hearts

Thursday, June 30, 2011

ep.1 : tiba-tiba

Dia datang bawa air minuman. Arina juga pelik. pelik kerana sikapnya berubah terlalu selamba. aku teruskan permainan yang aku sendiri khuatir dengan pengakhirannya. 

kami bertiga terus menuju ke pusat ilmu. peperiksaan akan berlangsung tiga minggu lagi. aku dan Arina masih belum bersedia kerana kali ini kami terpaksa repeat beberapa paper. Aswad masih kelihatan selamba. keputusan peperiksaan yang sudah beberapa kali mencapai status Dekan menyebabkan Aswad begitu selamba. aku lihat Arina begitu khusyuk. aku juga masih tiada semangat. bagiku, peperiksaan hanya kayu pengukur kejayaan di kampus. realitinya, aku mahu berjaya dalam hidup. bukan atas kertas semata. "hey, mengelamun teruk-teruk ni. dah sampai mana ni Ain?" tiba-tiba suara itu menyentak lamunanku. "dah ke venice dah encik Aswad.. kenapa? nak join ke??" balasku, selamba. "eleh, dia nak join kau la tu Ain. jeles, kau boleh berangan sampai ke Italy. HAHA," tambah si Arina, sakit hati. Aswad hanya senyum, tidak berkata. aku terus mencapai buku HBM3112. malu dengan sikapku terhadap Aswad.

"err, Ain, awak free tak lepas Asar ni? err, macam ni.. sebenarnya, saya nak mintak awak temankan saya beli baju untuk adik saya. lagipun, adik saya kecik, macam awak jugak. err.. boleh?" soal Aswad. "weh, takkan Ain je. aku kau tak nak ajak. memilih kawanlah kau ni Wad....." celah si Arina. "err, Wad, awak ajak Arina jela. dia nak sangat ikut. lagi pulak, saya dah janji dengan Iwan. nak prepare design bunting  untuk Exam Month nanti. takpe kan?" helahku. Aswad dengan rela hati menerima alasanku. dan kami menukar arah masing-masing.

**************
"Ain, I tengok, si Aswad tu macam syok dekat you je. you tak minat dia ke?" jolok si Iwan. "for your information Encik Iwan, saya dengan Aswad, just friend. tak lebih dari tu. lagi pulak, dia tu nerdy. mana pulak datang kasih-kasih, lovie dovie macam yang you cakap tu, right?" aku membidas Iwan, yakin.  "well, i know that you won't to fall in love, especially with nerds. girl like you should have big strong guys like me as bf, kan?" ujar Iwan dengan jelik. "kalau nak big strong guys, aku tak nak yang macam kau. busuk pekat. yuckss!!! dah la. aku dah siapkan design. kau nak, kau ambik. kalau tak nak, kau reka lain. malas aku nak layan cita-cita cinta kapas kau tu!" tinggi suaraku, tanda protes.





aku nasihat je.

tengok kiri, tengok kanan.
pusing belakang, ready depan.
satu-satu aku ucapkan.
takdelah kau jatuh memalukan.

cinta datang tak patah balik.
yang pergi-pergi tak usah nak sedih.
samalah jugak yang tak pernah berkasih.
ada ganjarannya untuk kau dik..

pakai seluar serupa cawat.
pakai baju yang ketat-ketat.
nak tayang body kau ke yang konon mampat.
lemak segalon kau nak banggakan?

dulu diam duduk tepi.
muka tak cantik tak sape sudi.
dah lawa sekarang semua kau nak bagi.
atas bawah semua kau kasi.

aku nasihat je.
tak niat nak kata apa.
kutuk itu sifat hina.
kan aku kata aku nasihat je.

:)

Tuesday, June 28, 2011

puasa ngomong.

bicara banyak buatku lelah.
dosa bertimbun aku menambah.
dusta tiada.
perkara sia-sia.
masa langsung pergi.
tinggal jauh aku sendiri.
telat.
kerjaan tidak sudah.
janji hancur.
punah.


aku harus puasa ngomong.
bkn ngomong puasa.
zipp~


:x

Sunday, June 26, 2011

kenapa masa itu emas?


<ketika subuh>
adik. bangun, solat. nak tunggu jam berapa baru nak bangun?
adik. cepatlah. ayah kena pergi hospital ni.
adik. turunkan ayah kat situ je. lepas tu adik carilah parking.

_________________________________________

assalamualaikum.

hai kawan-kawan. selamat hari Ahad. ingat, hari ni hari cuti. tapi esok dah mula kelas atau kerja macam biasa. dah prepare belum untuk esok. yelah. masa itukan emas. 


kenapa masa itu kita ibaratkan seperti emas?

pernah tak dengar pepatah masa itu duit? lebih kurang sama konteksnya. orang yang suka buang masa samalah dengan orang yang suka buang duitnya. oh. tak jugak. konteks kali ni lebih besar. orang yang suka buang masa akan menyebabkan kerugian lebih banyak. kita boleh lihat contoh restoran Cina yang buka seawal 5.30 pagi di kawasan kejiranan Cina macam tempat yang aku tinggal sekarang. i mean, Kajang. Penang pun sama je. Seremban pun ada. kenapa? sebab bagi mereka, wang adalah segalanya. jika kita tak pantas, atau membazir masa, kita akan rugi. dan lihatlah. ekonomi mereka lebih berjaya. dekat Kajang pun. kaum Melayu berebut buka gerai nasi lemak seawal 6.30 pagi. sebab apa? takut rugi. kalau lambat sikit, orang akan cari kedai lain yang lebih awal. 

dialog kat atas tu pulak jadi sendiri dekat aku. selalu kejadian waktu bangun subuh. kali ni aku nak seru kawan-kawan sebaya dan adik-adik remaja. bangunlah awal. solatlah awal. sebab kita tak tahu perkara akan datang. ayah aku selalu berpesan, 

"masa ni ibarat pesaing kita masa berlari. kita kena lari jauh tinggalkan masa. tapi kalau kita biar masa tu ngam-ngam atau dah tinggalkan kita, kita mesti rugi."

most student selalu cakap, aku jenis yang last minute. kalau last minute mesti jadi punya. truth is, ia takkan jadi sebaiknya. memang sesuatu itu akan terjadi. tetapi tak semestinya ia terbaik. kita perlu didik diri kita untuk sentiasa bersedia. dah siap satu kerja, prepare mental dan fizikal kita. mungkin ada perkara lain yang akan tiba secara tiba-tiba. kita tak tahu masa depan, bukan? sentiasalah bersedia. kejarlah masa. 

oh ya. jaga kesihatan sama. jangan terlalu bekerja sehingga stress. rehatkan minda sekali sekala. take five.


WL: enabcantiksangat

Saturday, June 25, 2011

.ciuman pantas.




XOXO untuk awak.
dan awak.
awak pun sama.

:)




fenomena ML lebih ekstrem.

assalamulaikum.

well. hai kawan-kawan yang semanis kurma ini. hee:) sorry. mungkin anda dah jelek dengan jajaan cerita tentang ML since SEPAH crowned as Maharaja Lawak. maaf. saya supporter SEPAH. so, kalau tak berniat nak skrol lagi, ada [x] kat atas tu. klik je.

sebelum-sebelum ni, banyak je reality shows yang wujud dekat Malaysia. dari menyanyi ke lawak, dari street dance ke imam muda. dan macam-macam lagi. and believe it or not, memang selalu dapat perhatian dari pelbagai peringkat umur. dan every time sesuatu persembahan habis, mesti peminat or penonton akan jadi juri. but from home lah kan. sembang kencang gila dekat youtube. kalau yang terlampau lalai sangat, mesti keluar hadis segala. dan ada pulak yang macam takde agama nak tegak benang basah. tu pasal jadi meleret. buang yang keruh, ambik yang jernih. baru teguh, peribadi. pramlee dah pernah cakap dulu lagi. orang bagi nasihat, ambik. jgn pertikai. kita ada agama, kita ada bangsa...haaa semput... jep pun kata macam tu.


dari perspektif peribadi, aku tengok, reality show paling ekstrem sekali, rancangan kat atas ni. fenomena ML kat mana-mana je. yelah, dari skrip pelawak sampai jadi tulisan biru-biru dekat facebook. rimas jugak. tapi dah aku katakan tadi, rancangan ni memang dapat perhatian yang ekstrem dari rakyat malaysia. hebat bukan? bukan aku nak kata reality shows lain tak syok, tapi kurang kick. mungkin kesedaran peminat atau penonton itu sendiri. minat mereka. tak semua orang minat benda yang sama. masing-masing ada pengikutnya. 


dan aku akui, aku minat rancangan ni pun sebab ada mereka kat atas ni. baik shuib, mamat atau jep. ketiganya memang aku puji. kerendahan diri semasa berbicara serius. tak mendabik, tak mendongak. ye. aku setuju. banyak komen kata, tanpa mamat, sepah boleh maju. or sepah ni bagus sebab ada jep je. dan mula mereka bandingkan dengan pelawak solo yang lain. sangat buang masa. sahih dah kekuatan sepah sebab mereka bertiga ada chemistry bersama. susah atau senang, harung sama-sama. masuk maharaja lawak bukan nak menang semata. kami bertanding dengan orang-orang yang senior daripada kami, dan bakat yang orang kata kita kena fight-fight lah (Jep, 2011). dan memang. sepah paling adik sekali masa final tu. dan tawaran untuk berlakon sebelum-sebelum ni susah nak dapat dekat diorang sebab bagi aku, kita still got another best kumpulan pelawak iaitu Senario. kira abang senior sepah la. itupun kutipan, kurang. Sepah bernasib baik sebab at least they got their own sitcoms macam bujang sepah lalalitamplom, gelak khas. dan siapa kata mamat tak lawak, mesti tak follow sitcom datin opps datuk. itu yang rugi bila langgan astro warna untuk ML sahaja. HAHA. kekuatan persahabatan, sifat merendah diri, tahu dari mana asal diri sendiri, berjaya menjulang sepah menjadi Maharaja Lawak pertama. tujuannya, nak tunjuk dekat rakyat Malaysia, mereka punya bakat dan perlu lebih pendedahan. tahniah syuib. rezeki untuk tahun ini. mamat, cepat-cepat langsung. jep, kita tunggu awak je.. ;)

syuib bijak, jep cemerlang dan mamat terbaik dari ladang.

kehebatan rancangan ni jugak buat aku dan kawan-kawan aku yang lain gigih nak tengok final dekat restoran terpilih. memang superb! bersiar-siar aku dekat area Perda beberapa jam before ML bermula. mula di restoran Nasmir Nasi Kandar. aku terfikir, mamak ada tayang ML ke? dan aku pergi tanya dekat macha. hampa. aku dan mereka terus mencari sehingga Jusco SPC, juga tiada. yang ada bf-bf dah mula bertanya pasangan mereka, rancangan tu ada di mana. oh. di area WanZai. tapi dimana, itu yang tak pasti. mula dah order dekat kedai char kuey teow, tetap hampa sebab takde ditayang jugak. aku masih gigih. sebab aku mula topup, risau. sampai di kedai boy nasi lemak utara, aku hampa lagi. kali ni walaupun ada tayangan perdana, tapi takde tempat sampai bergaduh kitorang dengan senior. haishhh.. ekstrem gila. pasal kerusi pun boleh cerita. isk isk.. dah ada tempat, jauh dan tak dengar pulak. apelahhh aiii... 

dan nasib menyebelahi kitorang sebab kakak hasz sudi memberi ruangan rumah kondonya utk dijadikan super mini stadium melawati sebab penonton memang over gila ramai depan tv. yelah, kitorang je dah 6 orang. campur family kak ta 3, ipar kak ta pun ada sebanyak 6 orang jugak. boleh bayangkan? demi ML.

bagi aku fenomena ML dah habis. tunggu jela lepas ni sepah macam mana. hopefully, adalah lagi rezeki diorang. jozan aku tak risau mana. sentiasa ada job menanti. tu pasal populariti mereka melebihi bekas-bekas juara yang lain. hebatkan? muka market bro. :)

apapun, aku tak pernah berhenti menyokong sepah seperti mana aku enjoy dengan geng senario. all the best syuib, mamat, jep.


WL: enabcantiksangat

Thursday, June 23, 2011

.FREAKS.

assalamualaikum.

hey there! i love you.

okeylah. berdasarkan tajuk di atas (okey tahu, skema.) aku bukan nak mengarut. tapi aku nak cerita tentang sejenis manusia yang entahlah, suka sangat buat perkara tak masuk dek akal. (okey, intro teramat panjang.)

straight to my point. nowadays, aku tengok, still got species yg suka sangat try called number yang dia tak kenal pun siapa. well, bagi aku, that's so lame. and pathetic. to me, it was like so 90's kau nak main tekan number orang and cakap, "oh, saya main tekan-tekan je" or "err, sorry, ni suraya ke?" (ok, promot diri.)

well, girll (even aku tau, yg banyak guna taktik mcm gampang nih mostly boys, dan bukan gender bias okey. no offense) dah tak laku cara macam ni. kau nak mengorat? takut orang panggil kau psiko? apa susah.. kau pergi dekat lah kenduri mana-mana, mengorat sebidang awek. ambik sebentuk gambar (okey, penjodoh bilangan salah. jangan ikut.) or try lah langgar bahu mana-mana awek masa nak keluar dari wayang ke (it sounds like me.. err) okey? jangan buat taktik cibcib ni. sangat fishy. 

dan. tolonglah mengaku dengan jujur, jangan kata kau main tekan-tekan. kata jela kau mintak member si dia tu number si dia. takdelah hangin sangat si dia tu (okey. ayat dah macam dalam majalah Remaja). 

okey. dari entry ni. akulah mangsanya. dan. orang tu tak tahu betapa menyesalnya dia kalau tengok muka aku. HAHA.

p.s : hai awak yg awesome. nak kenal dengan this freaks? just dial 017-6355610. HAHA. welcome. ;)


WL: enabcantiksangat

red heart covered by a yellow shirt.

this is so called a song..

breathing...
really harder..
when you walk away..
yeah..

smiling..
never seen that....
when you leaving..
ohh..

thinking back what does just past
you were with that tiny red heart
covered by a yellow tshirt.
oh dear..

flashing back what done is done.
feeling bad when time's goes by.
hiding with the glory of love.

urgh. tak boleh tulis banyak. ada FREAK sms from some FREAK person. damn!

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

chill.




don't ask them to CHILL when they got mad.
kang aku CILI mulut kau.




puteri candu.

puteri candu.
mentahmu melalaikan.
hebatmu terkatup pilu.

puteri candu.
ubatmu ketagihan.
sumber kekuatan.
batin dan zahir.

puteri candu.
melambai-lambai.
mereka memujimu.
dan dunia kepincangan.

puteri candu.
harammu bukan halangan.
suntikanmu jadi igauan.
pelepas keresahan.


puteri candu.
ajar baniaz,2011.

Monday, June 20, 2011

stupendous time ever.

i miss 'stupendous' word. 
i mean i miss my late friend who used that word long time ago.


now i love to used it for my flying colours result.

thank you Allah for blessing me.
i won't leka again.
remembering you and i will try to be nicer servant. 

and thanks to my parent. 
by blessing me too.

friends. thanks.


btw, Al-Fatihah to my late friend, Fathier. i miss you.



i let.

i let myself to be free because the freedom didn't come by itself.



Sunday, June 19, 2011

penang, aku dah muak.

assalamualaikum.


selamat hari ahad. awak, awak. saya dah nak balik penang. awak. saya cakap ni. saya nak balik penang sudah.
*ayat macam ........*


aku fed up lah. aku bosan. aku muak. aku cemuih. semuanya dalam satu perasaan amat teruk negatif. aku benci pulau pinang. bukan. aku benci ulang alik selama 4 tahun ni. empat tahun. walaupun aku baru tahun ketiga dekat maktab. tapi kalau dikira dari saat UiTM dihatiku kupunya cinta tu, memang tahun keempat. wadde.

pulau pinang. kalau perak, aku memang terima dengan hati terbuka. sebab dalam tempoh 2 atau 3 jam dah sampai. tapi bila 5 jam nak sampai, aku dah jadi macam 1st time aku datang penang. aku penat. aku letih. aku tak larat.

dah lah. aku nak jerit laung kuat-kuat. aku muak dengan PULAU PINANG. ambik!



dengan sedihnya; enabcantiksangat

Friday, June 17, 2011

kucing berhingus



kalau kucing aku demam, tapi aku malas bawak pegi jumpa vet,

adakah sesuai aku kasi dia makan ubat adik aku?



Thursday, June 16, 2011

hackers or fakers?

assalamualaikum.


hai readers! tak mau cakap banyak-banyak.


well today, sana sini semua bising, si anon dah buat kerja diorang. godam sites kerajaan. namapun hackers. haruslah hack. takkan nak gali kubur pulak kan?

so, ramailah friends of mine yang letak pic anon / guy fawkes tu dekat profil fb. tanda sokongan katanya.

sumber google.
kata anon di youtube, dia nak hack government sebab government dah melanggar hak asasi manusia utk terima maklumat. dari gaya anon, dia sebenarnya bengang dgn kerajaan malaysia yang abaikan warning anon ni dulu. well, mak jemah nak kata apa nokkk??

dari dulu lagi, aku rasa, kerajaan patut hired je hackers ni kerja dengan diorang. so, takdelah hackers lain try hack sites kerajaan lagi.

persoalannya, hackers nak ke kerja dengan kerajaan? takut-takut diorang yang arah kerajaan. no more PRU. tak ke biol jadi nya?

google
banyak lagi warning anon ni dkt youtube. pasal operation india la, operation payback la. kalau rajin, pergi cari sendiri. aku malas kasi link. as malaysian, please lah alert dgn hal-hal macam ni. jangan asyik gosip artis sana-sini. HAHA. loser gila bila aku cakap macam ni.

aku tak nak korang kata hackers tu betol, dan fakers dalam kerajaan tu salah. atau sebaliknya. kita ni, especially yang konon-konon  lost tribe tu, perhati, semak, kenal pasti. jangan tau tekan like, or kau ni memang dasar pirate suka hati nak bebas curi dalam internet, so kau pun like. janganlah macam tu kawan! tengok dulu. hackers tu mungkin buat mcm tu, takut diorang tak ade bahan nak sumbang kat wikileaks. dan mungkin tindakan diorang tu sebenarnya permulaan untuk malaysian bukak mulut tak takut kerajaan. maksud aku, kita ni berani bersuara. suara kita, hak kita.

banyak yang aku kena study. aku tak reti pasal semua ni. tapi, sila. silalah berani untuk bagi aku link lain untuk aku pelajari pasal hackers ni. teringin jgk jumpa anon. kan?

we are anonymous
we are legion
we do not forgive
we do not forget
expect us

tag ni dah semacam perkara wajib diorang ucapkan. kau takut?


p.s : tadi dalam berita kerajaan dah confirm kan 51 sites telah digodam. dan UiTM Penang salah satunya. salah siapa?


WL: enabcantiksangat

tiada kata secantik bahasa.





"kalau hidup tak bergurau senda
hilang nikmat cinta
bila rindu mendebarkan dada
sembunyi bawah tangga
"


by P Ramlee



try translate this on your own way.



WL: enabcantiksangat

Wednesday, June 15, 2011

perjalanan.






success is a journey, not a destination.

by Ben Sweetland





Tuesday, June 14, 2011

Monday, June 13, 2011

taktik mahal seorang jejaka menarik perhatian sang dara.


jom layan lagu ni malam ni. best ever sequel movie. dan paling penting, hebat suara si arai ni. saya suka. dengan jujur. dan please. inilah sebenarnya cara lelaki mahal mengorat anak dara orang. ada berani?

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
kualamatkan

T'lah kuterima suratmu yang lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan sabda fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah tandamu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
kualamatkan

Terimalah jawabanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
sMoga lah Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan berjumpa




daripada filem Sang Pemimpi.




WL: enabcantiksangat

magisnya bahasa inggeris.

assalamualaikum.

hai awesomeness people! kau orang memang best. titik.


hari ni reSLUT MUET keluar. aku rasa bangga dengan diri sendiri. target aku menjadi. sebab sebagai seorang yang tidak study langsung, tidak prepare, ia merupakan suatu rezeki yang tidak akan kembali lagi.

so hari ini, aku nak cakap tentang how english people very down to earth though bagi aku, diorang lah makhluk paling mendabik dada, tapi masih, ramai manusia tunduk dengan bahasa mereka. kau orang tahu tak kenapa?


#1 mereka mendahulukan orang lain, berbanding kita.
contoh :

BM - saya dan keluarga pergi ke restoran itu setiap hujung minggu.
BI - my family and i go to that restaurant every weekend.




#2 mereka menggunakan ejaan yang singkat.
contoh :

BM - mereka
BI - they




tapi. aku tetap bangga dengan bahasa melayu. lagi klasik, lagi memikat.

p.s : enjoy learning english.


WL: enabcantiksangat

urup

lebih sejengkal bahaya tiba
menyaksikan sejuta tangan menerpa.
hanyut dibuai perasaan bangga.
putih hati dinilai dengan kasih.

urup.
bukan cinta biasa yang didamba.
lebih lagi rasa kasih disulami mesra.
rupa cantik ada dimana-mana.
putih bersih jiwa tiada.
luaran boleh dilupa.
dalaman jua pengikat rindu rasa hiba.


urup.
 Ajar Baniaz. June, 13 2011

-

seraya sang pawana menghembus
menghindar aku dari ketakutan yang amat jelas.
jelek dengan dunia.
jelek dengan pentas yang penuh pura-pura.
letih.


can you just shut that f**k**g big mouth!

WL : enabcantiksangat

Saturday, June 11, 2011

maharaja lawak ke johor bahru!

anyone please.
i'm broke but i need to see my Sepah live!
and i need to meet Jep, personally.
so please.
help me to be there.



well, please, beno.

Friday, June 10, 2011

i do, nadzri.

siapa tak kenal Mohd Nadzri Zainal Abidin? sila angkat tangan. ok terima kasih.

mode nama : saya.


ceritanya bermula begini,


"adik, kenapa dia yg kau suka? dah la pelat. terabur. apa yg ada? sebab dia artis?" kata ayah.

"isk, tak best la dia tu. macam ape tah." kata kawanku, dua tahun dulu.

"kesianlah aku tgk dia. bukan lawak mana pun drama dia tu. komedi satu pun tak paham." sampuk beberapa lagi kawan aku, pun dua tahun dulu.

*****************************
dari FB sepah maharaja lawak

well, saya tak pernah berhenti menyokong orang Johor kegemaran saya yang sorang ni. tinggi, pelawak. memang buat saya jatuh cinta setiap hari. bukan sebab dia artis. sebelum dia jadi artis. sebelum dia dan gengnya diangkat sebagai juara. saya sudah jatuh cinta sejak minggu pertama. pelat, terabur, cakap tersembur. bukan satu masalah. sebab itu satu kelebihan yang dia ada. dan itulah rezeki dia.  dan dia pandai menyanyi. okey. jatuh cinta lagi dan lagi.

sekarang, dia dan geng bagai disanjung. dan saya harap dia tak berubah. tak lupa peranan songkok tinggi dengan baju melayu teluk belanganya. saya tetap di sini. mengharap dia mencari. HAHA.

******************************

mode nama : aku.

itu kisah Nadzri atau lebih dikenali ramai sebagai Jep Sepah. kalaulah satu hari nanti, Jep tibatiba tweet aku balik dan kata, "boleh kawen dgn kita tak?" dan aku mesti syok lompat-lompat. dan ye, aku akan jawab balik, "i do, nadzri."

dah. sudahlah berangan. bai.


JepWL: enabcantiksangat

Wednesday, June 8, 2011

Brandy - Have You Ever (1998)




"Have You Ever?"

[Chorus]
Have you ever loved somebody so much
It makes you cry
Have you ever needed something so bad
You can't sleep at night
Have you ever tried to find the words
But they don't come out right
Have you ever, have you ever

Have you ever been in love
Been in love so bad
You'd do anything to make them understand
Have you ever had someone steal your heart away
You'd give anything to make them feel the same
Have you ever searched for words to get you in their heart
But you don't know what to say
And you don't know where to start
[Chorus]

Have you ever found the one
You've dreamed of all of your life
You'd do just about anything to look into their eyes
Have you finally found the one you've given your heart to
Only to find that one won't give their heart to you
Have you ever closed your eyes and
Dreamed that they were there
And all you can do is wait for the day when they will care
[Chorus]

What do I gotta do to get you in my arms baby
What do I gotta say to get to your heart
To make you understand how I need you next to me
Gotta get you in my world
'Cuz baby I can't sleep
[Chorus]

bila lawak tahap pengarah filem je boleh faham.

assalamualaikum.


well, hari ni tiba-tiba along aku langgan astro first sebab nak tengok kongsi. okey. ecewah. aku optimislah sebab FR kata cerita ni not bad. terima kasih.


but once for a life, bagi aku, cerita kongsi ni memang 100% depends on Sam sahaja. kalau orang kata david teo boleh kumpul sampai 7 juta pun aku tak kisah. sebab memang kerana Sam. aku peminat Sam. dan aku sedih, sebab macam perguna Sam untuk lakukan filem ni.


tak apa. cubaan bagus dari Farid Kamil. tapi serius. lawak hampir 97% tak menjadi. nak kata action pun, 1.4% je yang menjadi. yang menarik perhatian aku. contohnya, part si Wawa tu (okey, aku masih carry watak Wawa dalam Nan Sempit) masa dia nak kejar Sam kat petaling street. tak real. Wawa macam takut-takut. okey Wawa cun, so, cerita masih berjalan. lepas tu, macam masa Fizo dengan Sam lawan-lawan dekat bengkel ada besi banyak-banyak tu. memang sebijik gedik macam scene cerita Chocolate (thailand). korang pernah tak tengok cerita Chocolate? Raging Phoenix? perempuan yang sama. but she is very very good doing action stuff. plus, she's got adorable look.

so. jangan marah aku sebab kata filem ni bosan. baik lagi cerita hantu kak limah weh. mamat khalid memang terbaik setakat ni. Setem ke, Estet ke. semua tu lebih kurang je dengan cerita Kongsi ni. sebab nak 1Malaysia. tapi Kongsi memang kurang laa. so, mintak maaf banyak-banyak dekat abang Sam sebab aku tercakap perkara begini. aku tak terer bab filem. tapi bila buat comparison tang lawak, aku rasa Farid Kamil kena belajar banyak. tak apa. belajar kann...

so, aku masih terus support filem Malaysia. especially filem-filem mamat khalid dan afdlin shauki. oh dan kabir bhatia.

dah. 

p.s: aku masih menunggu bila shamsul yusof boleh buat filem ala-ala Fast5. HAHA.


WL: enabcantiksangat

Tuesday, June 7, 2011

play it well.

assalamualaikum.

semua sihat? ya atau tidak kita harus optimis. jangan biar sakit pemusnah hari. oh. aku sakit hati. tapi tak apa. biarlah ia.

sana sini orang kahwin. abang aku pun baru seminggu bergelar suami. tahniah abang!

okeylah. tajuk aku play it well. apa tu? play apa? play ball ke? play a girl ke? tak kisah. tu bukan subjek penceritaan. aku lebih suka jadikan sesuatu itu general. so then, kita mesti boleh guna untuk macam-macam.

play it well.

play atau main atau lakukan sesuatu mesti bersungguh-sungguh. mesti ada kesedaran taktikal. mesti ada strategi. tak seronok kalau kita buat, kita main atau kita play dan tidak punya strategi.

so, untuk guys out there yang try to be a good playboy or hottie chicks yang memang love being a wonderful playgirl, jangan nakal tamak haloba ye. jadilah player terbaik. HAHA.


p.s: tadi aku kata nak cakap secara general, tapi tetiba aku tetap mention tentang heart player ni kenapa?? MML betol. HAHA.


WL: enabcantiksangat

mulut.

assalamualaikum.


hari ni nak bagi satu favorite quote yang sering aku guna.


kerana mulut badan binasa

that's all.

Monday, June 6, 2011

amboi!

ewah ai!
bahan baru konon terbaik.
oh, korang hina aku ye..
tak baiklah. dosa.

ewah ai!
aku cakap pasal dosa.
yg selamba badak muke toyer pakai diesel tua ape benda?
eheh. janganlah mention.
malaysia panaslah. aku nak buat kerja.

ewah ai!
kesian weh dia tak tahu ape.
datang rumah terus korang gelak sakan kenakan dia.
isk. akulah punya idea.
sorry weh. aku memang suka bahan semua.

ewah ai!
diam diam.
dia pendiam.
blurr tak tentu hala.
lambat pick up tu ceritanya.

ewah ai!
aku nak pencen membahan.
kena batang hidung sendiri buat aku tak boleh nak menelan.
kesian weh, lemak ternakan.
tak dapat nak kumpul bila aku sendiri di bahan. 

HAHAHAHA!!


WL: enabcantiksangat

Sunday, June 5, 2011

meet HIM.

assalamualaikum.

whoa! it was a very long and tiring week. wedding here and there. plus my own brother weds really need my 500% effort to make it clean and smooth. heart you.


well, got a lot of memories that i snap before and after the weds. chaos, ouh please don't mention how stress i was. i really need a very comfort night after all. comfort. yes. mentioning comfort i remember about him. thanx to him because really helps me. we sung along. baldu biru. perfect.

cinta si baldu biru, yang kau berikan dulu, ternyata hanya palsu. HAHA.

well, he told me that someone in his workplace called him Remy Ishak. geli-geleman. he is the biggest fan of my favorite football team enemy. i hate him.

thats all.

p.s: give me your number if you want to know him closer. :))

WL: enabcantiksangat

sekadar termampu.

menulis. bukan sesuatu yg baru.
terlihat, terdengar satu persatu.
aku bolos. bolos terus tidak semena.
aku berhenti. berhenti kerna tiada.

semua itu mainan sukma.
jiwa gelora remaja penuh tipu daya.
tak perlu tewas.
tak perlu upaya.
cukuplah satu.
sekadar termampu.

dayungan ke muara hidup takkan pernah berhenti.
andai jodoh kita pasti bertamu kembali.
kelak tiada bukan bererti harus mati.
kuatkan iman. cekal di hati.
dan kekal terus cinta padaMu Ya Rabbi.

aku tak mahu menjadi manusia yang pelong kerana cinta manusia.
sesat terus buat aku rasa berdosa tiap masa.
biarpun kasih manusia buat aku bahagia di dunia.
kelak di sana terpaksa menggalas segala.

sudah.
aku berhenti.
4 tahun sudah dan masih sendiri.
melihat panorama manusia yang tidak mampu hidup tanpa insan bernama lelaki.
bertukar pasang baju sekejap itu ini.
lirik senyum aku kembali.
mencari pengalaman tepat dari manusia-manusia ini.
dan sekali lagi.
cukuplah satu. sekadar termampu.

p.s: luahan sehingga 4 pagi begitu menenangkan sukma jiwa lara. dan sekali lagi, hai awak!


WL: enabcantiksangat

Friday, June 3, 2011

sebuah pencarian.

RAJA ZAINAB - SEBUAH PENCARIAN

duduk kemas buku kertas memori dulu.
saat waktu diri naif bodoh melulu.
terlihat gambar satu persatu. lucu.
kenangan menerjah mengusik kalbu.

sekeping gambar coretan jiwa remaja.
gembira tidak endah siapa-siapa.
tangis simpan biar jadi pengalaman.
tawa luah biar tahu dek semua.

aku pernah menjadi remaja macam kamu semua.

muka buku jadi saksi.
google search jadi juri.
betapa engkau sanggup kucari.
kerana selama ini hanya kau yang aku rindui.

teman-temanmu aku tambah, biar senang dicari.
tapi tetap kau tiada. seolah semua ini hanya sebuah mimpi.
akukah arai? akukah sang pemimpi?

gambarmu aku simpan semula.
kerana aku tak mahu lupa sedikit tentang rupa kau. semuanya.
hidung, mulut. mata. kening. segalanya.
dan paling penting. senyuman manja.
yang selama ini buat aku tewas dalam kerasnya jiwa.


andai kau terbelek puisi ini kawan, aku mahu kau tahu, aku tewas dengan sifat keras hatiku.

WL: enabcantiksangat

kejadian : kahwin fahmie marisa. perling. day 3.

assalamualaikum.

ini hari ketiga. tapi ditulis ditaip dan disudahkan pada hari yg kelapan.
minta maaf.

so, memandangkan saya tidak mengupload sebarang gambar ke dalam pc,
maka saya mengambil keputusan utk menulis sedikit.

hari ketiga. perling. kahwin fahmie marisa.

hari ketiga merupakan hari persandingan kedua mempelai di rumah pengantin perempuan.
yakni kak marisa lah.
ramai tetamu yg hadir. saudara mara lah yang paling meriah sekali.
dan saya duduk di meja pengantin.
nak tau bagaimana saya boleh terpilih di meja pengantin?

louyah: enab, tak makan ke?
enab: ouh. aku tak lapar. nanti aku lapar, aku makan la ekk..
louyah: isk.. duduk la sini..
enab: takpe, aku nak teman laily ambik nasik. biasalah, pemalu.(sambil mata ke arah meja pengantin)
louyah: haa. okeyy..

setelah beberapa ketika, saya pun menuju ke meja pengantin dan berpura-pura mahu mengambil gambar.
dan seperti yang dirancangkan, saya telah dipanggil oleh abg faizal utk bersama-sama memenuhkan ruang meja pengantin.

oh alangkah gembira apabila hidangan pengantin menjadi santapan tengah hari saya!
sgt terbaik!

saya tahu, memang agak bosan. jadi saya terpaksa mengubah penulisan di kesempatan lain.

selamat hari hari!

WL: enabcantiksangat