hearts

Sunday, November 15, 2015

WEEKLY HIGHLIGHTS - i call it BULLSHIT.


Randomly, I am going to highlights some topic based on what I feel weekly. I know, quite random, but I guess it is the best way for myself letting all my drama days.

Commitments.

Jobs, relationships, social works, and workouts. It never upside down before. I mean, I will jot down everything that matters, reschedule everything based on the importance scale, and make sure everything that I have done is completely following the due date. I am a particular person, yet crazy-dramatic some other time.

Few days ago, I have these kinds of conflicts, between my job, my love life, and my family life. I am a family person. I put FAMILY as my first priority while my job and love life sharing the second place. The story goes like I have a date, a movie date with my dear. And need to settle down marking test papers and put the marks on SAPS system ASAP. I did my job well, unfortunately, my senior colleagues keep pushing me to do something that I don't like which is printing the marks and giving it to them. Since I have movie date (it is 007 Spectre movie date kind), I postpone the stupid AF demand from them. Still, I am powerless when it comes to my parents demand when they asked me to bring them to Klang for a wedding. Well, even though I am kind of rejecting some wedding, I still have to bring my parents to Klang. Again, I called my dear to postponed the movie time. I guess I don't have to elaborate his reaction.

Bullshit is when he became an irresponsive person. He's not acting matured, yet becoming weird day by day. I know, he's losing his job, but it doesn't mean he has to be an immatured-responsive person.

I hope next week will be better and happiest week since last week of long working hours. Oh yeah, maybe the perfect week to give my dear back what is his.

Love,
Enab.

Thursday, April 30, 2015

blog.

assalamualaikum. selamat sejahtera .

baru-baru ni ajar budak buat blog. tapi diri sendiri dah lama x update. haih. karat betol.

nak menulis sekarang rasanya macam nak tulis rancangan mengajar. penuh dengan rasa menyusun aktiviti. hmmmm

Tuesday, March 10, 2015

Tunggakan kerja

Assalamualaikum w.b.t and happy tuesday guys!

hari ni aku nak sembang pasal tunggakan kerja. sebab lama sangat aku perati diri sendiri yang asyik menunggak kerja entah sampai bila.

al-kisahnya. aku senang bekerja 24/7. kadang-kadang aku rasa aku boleh kerja non stop 36hrs. masalahnya sekarang, kerja aku dah banyak tertunggak sebab pengurusan waktu untuk level 2015 kali ni macam tak berapa nak cun. mungkin aku banyak masa untuk makan. mungkin jugak aku banyak buang masa buat kerja lain. yang aku tau, contact hours aku dengan kerja hakiki aku macam dah takde makna.

banyak tanggungjawab, banyak jugaklah kerjanya. dengan board panitia aku tak siapkan, dengan stor sukan sepah macam tsunami 2004, dengan bilik komputer takde air-cond, dengan technician acah janji nak call balik, dengan coaching budak bola sepak dengan bola jaring. itu tak termasuk lagi anak orang kaya yang janji nak jadi pengakap tapi sampai sudah tak bayar duit ahlinya. ye. aku bukan guru kelas, yang sibuk dengan failing anak-anak kelas sendiri. tapi aku kena control separuh sekolah yang diorang sendiri kerjasama tak diberi. sudahnya, mengajar pun dah kena sembunyi-sembunyi. control book untuk bilik ict masih tak update. vle frog masih tak ke mana. hoih. banyak nau kerja yang tertunggak. 

nampak gayanya, malam ni kena stay up, buat kerja, kurangkan makan. sebab aku bukan perokok, maka, banyakkan kafein dan chewing gum mesti dalam genggaman. itu je petua aku boleh buat kerja tanpa tidur. 

Sunday, February 8, 2015

belum cukup Pro.



gambar tak clear enn?? 

ha ha ha ha..

jentera baru aku ni baru je angkat jumaat lepas. runsing gak bila nak guna. satu, sebab ayah aku bukan tahu pun pasal barang baru ni. lepastu, pen dia pulak buat hal. penat aku menggigibirukan supaya kengkonon boleh guna. tapi sedih. memang sedih.

tapi kenapa aku pilih surface pro 3?

mudah je. sebab handy dan boleh buat kerja tak kira tempat. yelah, sejak dah bekerja ni, aku lebih produktif dan asyik fikirkan kerja je. sampai kawan aku sendiri gelar aku generasi cintakan sekolah. cuti pun rela datang sekolah. bila senior-senior suruh kahwin, aku boleh pulak mintak excuse me, jangan tanya saya soalan itu. bukan apa, aku faham, diorang taknak aku dipergunakan. niat dah baik. tapi nak buat macam mana. bila soal kerja, kadang-kadang senior tak boleh bagi komitmen disebabkan suami dan anak kecil. kesian kan?

sebab yang kedua pulak, aku pilih surface pro 3 ni sebab dia boleh link semua kerja susah payah aku masa belajar dulu ke dalam file pro 3 ni. so tak payah aku nak guna pendrive or hard disk dan komputerku akan lebih terjamin keselamatannya.

ketiga, takde sebab lain selain look trendy and masa depan sangat. kau boleh cabut keyboard bila-bila masa, touchpad tak rosak sebab asyik nak scroll email. 

cuma biasalah, camera dia depan belakang 5Mp. tak boleh nak bergambar cantik sangat. lagi pulak, aku bukan nak amik gambar je, ye tidak??

stylus pen pun aku kena study lagi. tak cukop pro untuk pakai Pro3. kampung girl macam aku ni memang ambik masa sikit nak belajar. terlebih protein. ha ha ha ha...

harga surface ni basically kena pergi banyak kedai untuk dapat harga patut. macam aku angkat ni 128mb je. okay dah untuk orang pesen aku. harga tablet dgn pen je MYR3k. tambah keyboard lagi. salah kedai korang pergi, memang masak teruk sebab ada yang tekan harga sampai 4k. ada jugak asingkan harga tablet dengan pen. padahal, memang combination pro3 dengan pen. 

akhir kalam, kalau korang beli pro3, korang takkan kata AKU MENYESAL!



Tuesday, January 27, 2015

masa berlalu.. pergi.

berjalan letih. berlari letih. entah apa yang tidak letih. aku cuba untuk kuatkan semangat. bukan kerja yang aku endahkan. hati letih. semua benda jadi tak boleh.

baring. terlentang. pandang siling.

aku rasa itu saja yang lebih menenangkan. mp3 ditutup. hanya bunyi kipas siling dan cahaya terang kalimantang buat aku rasa diri bebas seketika.

berat perasaan kali ini. walau 3 kali sudah pergi, entah kenapa sekali ini aku tidak betah mengharungi. serabut.

fikiran menerawang jauh. jauh di sudut hati, aku mohon. harap masa berlalu dan kau turut pergi.