hearts

Sunday, February 8, 2015

belum cukup Pro.



gambar tak clear enn?? 

ha ha ha ha..

jentera baru aku ni baru je angkat jumaat lepas. runsing gak bila nak guna. satu, sebab ayah aku bukan tahu pun pasal barang baru ni. lepastu, pen dia pulak buat hal. penat aku menggigibirukan supaya kengkonon boleh guna. tapi sedih. memang sedih.

tapi kenapa aku pilih surface pro 3?

mudah je. sebab handy dan boleh buat kerja tak kira tempat. yelah, sejak dah bekerja ni, aku lebih produktif dan asyik fikirkan kerja je. sampai kawan aku sendiri gelar aku generasi cintakan sekolah. cuti pun rela datang sekolah. bila senior-senior suruh kahwin, aku boleh pulak mintak excuse me, jangan tanya saya soalan itu. bukan apa, aku faham, diorang taknak aku dipergunakan. niat dah baik. tapi nak buat macam mana. bila soal kerja, kadang-kadang senior tak boleh bagi komitmen disebabkan suami dan anak kecil. kesian kan?

sebab yang kedua pulak, aku pilih surface pro 3 ni sebab dia boleh link semua kerja susah payah aku masa belajar dulu ke dalam file pro 3 ni. so tak payah aku nak guna pendrive or hard disk dan komputerku akan lebih terjamin keselamatannya.

ketiga, takde sebab lain selain look trendy and masa depan sangat. kau boleh cabut keyboard bila-bila masa, touchpad tak rosak sebab asyik nak scroll email. 

cuma biasalah, camera dia depan belakang 5Mp. tak boleh nak bergambar cantik sangat. lagi pulak, aku bukan nak amik gambar je, ye tidak??

stylus pen pun aku kena study lagi. tak cukop pro untuk pakai Pro3. kampung girl macam aku ni memang ambik masa sikit nak belajar. terlebih protein. ha ha ha ha...

harga surface ni basically kena pergi banyak kedai untuk dapat harga patut. macam aku angkat ni 128mb je. okay dah untuk orang pesen aku. harga tablet dgn pen je MYR3k. tambah keyboard lagi. salah kedai korang pergi, memang masak teruk sebab ada yang tekan harga sampai 4k. ada jugak asingkan harga tablet dengan pen. padahal, memang combination pro3 dengan pen. 

akhir kalam, kalau korang beli pro3, korang takkan kata AKU MENYESAL!