hearts

Wednesday, April 11, 2012

bila gempa datang semula 11 April 2012

assalamualaikum wbt.

hari ini. gempa bumi kembali. tanda Allah sayangkan kita lagi. itu hanya ucapan salam dari Illahi.

tepat jam 1648 jam aku. bergegar seluruh isi rumah. kipas berayun kekiri kekanan. akuarium berkocak, ikan tak tahu entah apa. meja lantai segalanya bergoyang. terintai luar jendela. masih. pokok-pokok kekal menggoyang-goyangkan daun melambai-lambai isi alam. seperti tiada apa.

update twitter. 

aku harap ada yg RT semula. dan purfff! bukan twitter shj. malahan, isi Fb pun sama. takut. takut. takut.
Allah masih sayang kita semua sahabat. 

gegar kali ke dua.

tepat jam 1848. sekali lagi. 

Allahuakbar. selamatkan mereka ya Allah. selamatkan hamba-hambaMu yang soleh. selamatkan ahli-ahli keluargaku ya Allah. agar mereka sempat menyiapkan diri bertemu-Mu Allah.

2 jam berturut.

aku doakan yang terbaik buat sekalian saudaraku yg menetap di Acheh. insyaAllah. bakal selamat bapak-bapak ibu-ibu semua. 

XOXO enab


Sunday, March 25, 2012

diari guru minggu satu - akulah sang pemimpi

assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

19 Mac - 24 Mac 2012

bukan semua orang berpeluang jadi seorang guru. seorang pendidik lebih tepat. pekerjaan yang mulia. mendidik. dan aku antara manusia bertuah dalam kalangan lautan manusia dewasa. tidak mudah tetapi tidak mustahil. iya. mereka kata, aku hanya mengajar Pendidikan Jasmani. mudah. tanpa peperiksaan akhir tahun. pada mulanya, aku merasakan perkara yang sama. setelah beberapa tahun di IPG, atau lebih tepat tidak sampai peringkat pengajian ijazah lagi, aku sudah mengubah pemikiran kolot aku. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN. dengan minor PENDIDIKAN MORAL. tidak pernah mudah. walau tanpa peperiksaan, penilaiannya di hujung pembelajaran mereka di sekolah. adakah menjadi manusia anak-anak bangsa, atau sekadar pergi sekolah percuma sahaja? tidak mendapat apa-apa? menjadi perosak jatidiri bangsa? perosak akhlak agama? TIDAK MUDAH. seorang pendidik harus menjunjung tinggi harapan tinggalan Rasulullah. al-Quran dan as-Sunnah. seorang pendidik juga perlu mendukung tinggi harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saturday, March 3, 2012

wonder if he knew.

oh yes. late 2009. u asking me right? sorry. 



everything had change. but neither my feel nor my heart. still keep. just for you.


WL: enabcantiksangat

Tuesday, January 31, 2012

.tidak faham.

aku bukan pemuisi.
tidak terbanding tulisan, tidak memberi kesan.
tapi aku tulis tetap dari hati.
bukan rekaan, bukan cobaan.

mereka asyik bercinta.
ketawa, bercanda.
atmosfera indah kata mereka.
tiada duka, tanpa cuka.

sedang lidah lagi tergigit.
ini nak banding suami isteri.
cakaran, teriakan, tempiaran.
realiti sebenar suatu kehidupan.

tidak bermula, jangan tak segan.
enak pegangan tangan, merangkul badan.
tidak malu dengan Tuhan.
dosa dosa terus jadi harapan.

kita tahu, wujud dosa pahala.
tapi kenapa masih memilih jalan salah.
butakah hati kerana cinta?
atau kebenaran sudah hilang dari mata?

aku tak hebat soal cinta.
aku tak suka bicara soal cinta.
aku pendengus suka porak peranda.
tapi aku benci orang berpisah menyalahkan cinta.

engkau yang buta.
engkau yang dulu buat perkara sia-sia.
engkau yang dulu tak endah apa orang tua kata.
sebab apa?
sebab KAU terlalu membabi buta soal cinta.
atmosfera indah sementara kau bulat-bulat percaya.
kau BODOH bila kau agungkan cinta dia.

sakitkan?
kurang-kurang kau merasa.
garam gula kurang dimana-mana.
tapi jangan sekali kau menyalahkan cinta.
kesuciannya hanya yang berhak empunya.
sekali dah robek jangan kau punahkan semua.
bina semula.
kukuhkan batu bata cinta.
rapatkan semula jurang yang tercipta.

<emosi : tanah kubur season 2>

p.s penulis : cinta Agung hanya Dia yang berhak menerimanya. jangan kita leka sambil lewa. cerai memang halal dari segi cara, tapi tetap murka pada Dia.

p.s enab : aku sebenarnya tak faham kerenah orang yang dah kahwin. bercinta lama-lama, konon kata proses kenal hati budi, indah semua. bila dah kahwin, lain yang jadi. jadi tak mesra macam bercinta dulu-dulu. hipokrit ke sebelum ni? atau memang wujud ketidaksefahaman lepas berkahwin? atau sengaja tidak mahu kesefahaman dibina?


WL : enabcantiksangat