hearts

Sunday, May 29, 2011

kejadian : kahwin fahmie marisa. perling. day 2. part 1.

oleh Raja Zainab dan foto oleh Ijat tauke besar.
Bukit Indah, 28 Mei 2011 - tepat jam 4 petang tadi merupakan detik keramat buat Fahmie dan Marisa setelah diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di hadapan keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.


ibu Fahmie, Puan Jamayah berkata, ini merupakan detik bahagia beliau dan berharap agar Fahmie dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai suami dengan penuh kerelaan dan tidak mempersiakan kehidupan barunya itu.


dikhabarkan, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM1200 beserta seutas gelang tangan dan cincin. manakala hantaran pula 7 berbalas 9.



kedua mempelai memakai tema pakaian nikah sedondon berwarna krim silver serta dirias oleh jurumekap profesional dari sebuah butik terkenal  daerah johor bahru tengah. walaupun pengantin lelaki seakan gugup, namun dengan sekali lafaz, Marisa telah menjadi yang halal buat Fahmie. para tetamu mendoakan agar jodoh di antara Fahmie dan Marisa berkekalan sehingga hujung nyawa mereka berdua. tahniah kedua mempelai.


video akan dimuatkan selepas post ini.

WL: enabcantiksangat

Saturday, May 28, 2011

aku dibahan.

assalamualaikum.

hari ini aku dibahan secukup rasa. 
sungguh terkilan.

terima kasih kau,kau,kau.
oh kau jugak. 
ye, kau pun sama.

benciiiiiiii!!
awww!!! 


i'm sorry...

kahkahkah!

Friday, May 27, 2011

hati


gugup.
berkali gugup.
gugup kerana dia yang perkasa.
gugup kerana dia sang perwira.
gugup kerana dia berkorban kasih dan cinta.
gugup bila dia kata "sayang, kau yang aku cinta."

aku tewas lemah kerana gugup.
aku tak berdaya semua kerana gugup.
aku tak berani pabila aku gugup.
dan aku tidak membalas kembali kerana aku gugup.

hati tak mungkin aku tipu lagi.
hati tak mungkin aku perdaya lagi.
hati tak mungkin dapat bersangsi lagi.
aku gugup dan cinta pun bersemi.


p.s: enab. kau bengong.


WL: enabcantiksangat

kejadian : kahwin fahmie marisa. perling. day 1.

assalamualaikum.


hai kawan-kawan super extra awesome! saya dekat JB, bukan jalan bukit, tapi Johor Bahru. percaya tak percaya? HAHA.



masa ni masih di kajang. tengah isi minyak. oh ye. saya naik kia sportage kawan pengantin. hebat. ada yg cakapcakap mcm polis tu. saya tak tau nama dia apa. comelkan saya. HAHA. nonsense gedik macam nak kena sepak. HAHA. oh. ada siren jugak. mmg power kan?




berhenti kejap dekat Jejantas Ayer Krohkroh. saya lepak dekat daily fresh. benda wajib beli mestilah soursop. hee:) tapi tapi, ape motif saya letak gambar yg super annoying ni? HAHA. sebenarnya, saya musykil. kenapa still letak gambar yg hodoh tu dan amaran konon-konon keras tu? berjaya ke buat geng smoking tu berhenti beli rokok? kalau aku, lagi dicakap, lagi dibuat. haisehhh... -.-'

gambar 1

gambar 2

gambar 3

okey. mari saya jelaskan. saat ni, kami dah sampai RnR Pagoh. hee:) makan bihun sup saje. konon nak kurus dalam sehari. mcm boleh kannnnnn!! HAHAHA. okey. mari saya cerita gambar 1 sampai gambar 3.

gambar 1. hai. ini reez. kawan sekolah teknik gombak. nama sebenar, harizah hanim mohamad. baru-baru ni, saya baru je hit wall fb dia. cakap dah dekat 5 tahun tak jumpa dia. tapi, takdir Allah. kami jumpa even sesaat dua. HAHA. sayang kau lagi banyak  reez!

gambar 2. ini pengantin. hish. aku sibuk je nak diet, kurus. tapi dia. damn! HAHA. maklumlah. pengantin ni nak tunjuklah yg dia super bahagia sekarang.

gambar 3. ni pulak ayen. kawan pengantin. masa ni dia buat aksi terdampar. aku tak paham la dgn gay sorang nih. HAHA.


hot sentap.
hey. gambar ni masa baru je lepas tol skudai. tengah tunggu konvoi yang bersama kami. kami bertolak pagi tadi berkonvoi 2 kereta je. lain-lain setel malam ni kot. dan esok pun ada konvoi lain sampai. kita doakan mereka yg akan bertolak tu selamat sampai ye.... hee:)

okey. yang terakhir. saya nak bagitahu group Geng Gemok Keji, sekarang, ada cabaran utk korang. sebab ada parody group untuk korang iaitu Geng Gemok Keji II. HAHA. lepas ni, korang bakal tak laku. HAHA.

korang ni takde kesedaran nak kurus ke? HAHA. maapmaap.

so, insyaAllah, saya akan terus update di laman facebook memandangkan ada wifi dekat homestay ni. hebatkan? HAHA.

till then, thanx for reading!

p.s: hari ni hari jadi bakal less than 24 hours sis in law saya. happy birthday kak marisa!

WL: enabcantiksangat

Thursday, May 26, 2011

masa itu emas.

kalau masa itu emas, kenapa orang suka buang masa?

~ sebab masa tu tak pasti lagi emas dia cap Habib atau Zhulian ~


WL: enabcantiksangat

Wednesday, May 25, 2011

under construction

assalamualaikum.


| this messy room owned by some girl name Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin. |

mood : packing and repacking.
wrapping and unwrapping.
<3

___________________________________


well, tomorrow. yeah. tomorrow morning to be exact.
i will be on road on my way to kajang. 
how i miss kajang's sweet and sweat perfume.
love it!

so people, it will take about 5 hours.
till then, don't miss me.
i love you.
i love you.
i love you.
-----


Sunday, May 22, 2011

birthday wishes untuk org muda.

assalamualaikum.

kawan-kawan yang terpaling amat awesome!
syokkan tarikh harijadi kita jatuh pada hari minggu?
mesti boleh plan berjuta plans!! 

okey okey okey. di kesempatan ini.
saya,

RAJA ZAINAB BT RAJA MUHAIYATDIN

a.k.a

enab, jenny, nanab, dan sewaktu dengannya 

mahu wish 


to my kawansampaimati merangkap adek bongsu terlebih kalsium

yang berkaca mata. 
wan nuradibah bt wan zakaria

a.k.a

diba, wandiba, dan sewaktu dengannya.


well, kalau nak ikutkan, kita dah kenal lama dulu.
dan usia persahabatan pun lama sangat.
tapi boleh kira berapa kali je aku bagi kau hadiah.
itupun time kita sambut bawah pondok dekat blok jaya tu.

tapi-tapi-tapi,
harga persahabatan kita tak sebanding sebarang benda yang wujud di dunia.
tak boleh nak banding.
walaupun sekarang kau pun dah ada numbers of new friends.
dan aku pun dah tambah 2-3 orang untuk list kawansampaimati.
tetap kau jugak yang on the top.
sebab semua kawansampaimati mana ada yg tak top! 
HAHAHAHAHAHAHA~

banyak moment yg sangat memorable bagi aku.
pertama, masa kau tak datang daftar form one. seminggu kau tak datang sekolah JB.
sebab terlampau berharap kau masuk convent.
aku call kau siap pujuk suruh kau datang je jalan bukit tu.
hentikanlah harapan ke convent.
tapi dalam hati aku memang berharap gila kau masuk jalan bukit.
takyah semak kat convent yg overheating tu. HAHA.

then, masa form one jugak, kau jadi sekutu aku tulis surat dekat sorang member kita.
sampai pindah sekolah dia tu.
betapa kita sentiasa backup each other masa tuh. HAHA.

oh ye. form two kita pecah kelas.
tapi ada aku kesah? kita tetap ada linking.
orang kata aku garu tangan kiri, kau rasa dekat kaki kiri.
HAHA.

form two jugaklah kita masih mengekalkan waktu rehat bersama-sama.
dan aku rasa banyak kali aku naik bas kau.
rajin gila aku datang rumah kau.
jalan kp2 kan?
entahlah. aku lupa sikit bab jalan nih. HAHA.
dan permainan kat komputer kau yang sebut nama kita tu.
ra-je- zei-nub and wen-nu-redibeh. HAHA

form three, kau jadi bendahari kelas.
tapi aku yang jadi ah long kutip dekat budak pemalas-liat gila nak bayar.
SABRISTUBBORN.
sesuai sangatlah tu nama dia.

anyway,
i heart you with all my heart (ala-ala siti punya tagline utk jusco)
selamat hari jadi.
marilah berdating untuk harry potter nanti.
jago diri mu molep-molep.
kijo molep-molep.
make molep-molep.
hee:)

dan tolong ye.. tolong maafkan aku kalau aku tergamak buat kau 
terkilan, 
tersentap,
dan terbuat kau tangan ke dada mata ke atas.
aku sentiasa bergurau.
dan kadang-kala ia terkasar.
dan terkurang ajar.
hee:)

untuk kau, aku hadiahkan kali ni dengan lagu ni,


Westlife - Season In The Sun 
(lagu ni kita selalu nyanyi masa kita duduk kejap kat kelas atas bilik guru tu)
Goodbye to you my trusted friend,
We've known each other since we're nine or ten,
Together we've climb hills and trees,
Learned of love and ABC,
Skinned our hearts and skinned our knees.

Goodbye my friend it's hard to die,
When all the birds are singing in the sky,
Now the spring is in the air,
Pretty girls are everywhere,
Think of me and I'll be there.

We had joy we had fun we had seasons in the sun,
But the hills that we climbed were just seasons out of time.

Goodbye papa please pray for me,
I was the black sheep of the family,
You tried to teach me right from wrong,
Too much wine and too much song,
Wonder how I got along.

Goodbye papa is hard to die,
When all the birds are singing in the sky,
Now the spring is in the air,
Little children everywhere,
When you see them I'll be there.

Goodbye Michelle my little one,
You gave me love and helped me find the sun,
And every time that I was down,
You would always come around,
And get my feet back on the ground.

Goodbye Michelle it's hard to die,
When all the birds are singing in the sky,
Now the spring is in the air,
With the flowers everywhere,
I wish that we could both be there.



Mariah Carey -  My All

I'm thinking of you
in my sleepless solitude tonight
if it's wrong to love you
then my heart won't let me be right
cause I'm drowned in you
and I won't pull trough
without you by my side

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
vividly emblazoned in my mind
and yet you're so far
like a distant star
I'm wishing on tonight

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song
I'd give my all for your love tonight

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song

I'd give my all for your love tonight
give my all for your love
tonight..

p.s I Love You


WL: enabcantiksangat

Saturday, May 21, 2011

bila Allah memberi amaran.

assalamualaikum.


sebelum kita teruskan, marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat. <al-fatihah>


hai kawan-kawan. petang tadi lebih kurang jam 2.30 petang, tragedi tanah runtuh berlaku di Batu 14 Hulu Langat. beberapa mangsa berjaya dikeluarkan dan ada di antara mereka telah terkorban. usaha menyelamat masih diteruskan meskipun hujan. ini merupakan kuasa Allah S.W.T untuk memberi amaran kepada kita yang selalu leka dan lalai terhadap-Nya.

baca selanjutnya.


- Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI
KAJANG: Enam mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.
Sebanyak sembilan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.
Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA
Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.
- Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS
Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.
Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

sumber : mstar online


in addition
Hulu Langat Landslide - they need 6 gen set, torch 
lights, waterproof canvas, blankets, fresh water, can 
food n warm food for rescue team & medic. Contact 
En Naza 0173280013. Location-Rumah Anak 
Yatim Semungkis,Bt 13 Hulu Lgt,@ Jln masuk 
Pusat rekreasi lembah azwin.

WL: enabcantiksangat

NUR KASIH the Movie

assalamualaikum.


well. the end was really awesome.


hye friends. hey there!

aku memang selalu nak speaking kan? bajet minah salleh kan? HAHA. dah. aku nak kasi review aku tentang cerita yg macam dalam poster ni kata, disaksikan oleh 19 juta penonton tv di Malaysia.


bagi aku, garapan cerita ni menarik. takdelah emosi sangat sampai aku menangis macam beberapa penonton yg kata kat aku, 5 minit mula pun dah meleleh air liur mata tu. sejujurnya, aku tak menangis teruk-teruk dalam panggung, cuma bergenang la beberapa part yang aku rasa wajar untuk air mata aku bertakung kannn.. ada jugak time aku gelak-gelak. ada time aku jadi jiwa kacau (ayat nabil ML). so nice work kabir.

and the actor pun, okeylah, walaupun aku mengharapkan ayu raudhah tu muncul balik, konon-konon ada budak bermasalah tu muka macam ayu ke kan. HAHA. well, aku ni penonton. so, patut kabir tanya aku watak apa yang aku nak tengok. HAHA.

next. the songs. sejujurnya, aku cuba untuk minat semua lagu macam orang-orang lain kata. tapi sorry. aku cuma ada heart feel kat satu lagu je. itupun bkn national singer yg nyanyi. so, you guys pun boleh teka siapalah kan.

the CGI's was really sucks! but as for kabir, i will accept it which i know, it is not our expertise. yelah, kalau nak cuba benda baru bukan selalu jadi kan? so, kira okeylah. walaupun dalam hati aku kata, kalau ada sentuhan yusry, mesti tak jadi teruk macam tu. well, macam aku kata, aku penonton. dan cuma bakal cikgu sekolah rendah. bukan student filem atau pengarah tahap shamsul yusof tu. HAHA.

the scenery. memang extra superb! especially masa dekat kampung tu. hehe. aku suka kehijauan. so, suka hati akulah.
shafie naswip. well, engkau ni makin dah besar makin melampaukan bakat kau? rasa nak date je cuti sekolah ni. HAHA.

GSC. hehe. itu pun aku nak jugak. well, filem ni tak keluar kat TGV lagi. so, sesiapa yang konon bajet nak tengok Nur Kasih The Movie ni kat KLCC or Jusco Prai, janganlah susah-susah. pegi cari dekat area yang ada GSC je. walaupun GSC sound sistem dia style hodoh gila nak mam.

well, keseluruhannya, aku kasi 3.5 out of 5 stars. tontonlah.



notakaki: gambar digugel. 

WL: enabcantiksangat

Friday, May 20, 2011

tips boleh kurus untuk cik epal.

assalamualaikum.

hey soul sister!! ceh, berangan hazama kejap. okey. selamat petang untuk kawan-kawan yang sangat awesome. kita semua nak kuruskan? tapi, macam malaskan? terutama bila orang kata, kau kurus, kau exercise la. main sport ke, kurang makan ke. well, untuk orang-orang macam aku terutamanya, yang sangat pentingkan makanan, kurang makan tu macam satu perkara berat untuk dilakukan. bersukan pulak, duh, malas. walaupun aku ni bakal cikgu PJ. bersukan tu sesuatu yang sangat ekstrem untuk aku lakukan. so, untuk cik epal, dan kawan-kawan yang sangat awesome yang dah lama craving body ala-ala kilafairy ke, aishwarya rai ke, meh, aku share sikit pasal sukan yang tak berapa sukan ni. cekidaut!

1.  menari

muzik rancak, koordinasi badan yang pelbagai. yes. menari betul-betul membantu. maksud aku, tak ada peraturan bila menari. kau belasah je macam mana style yang kau nak menari. dalam 2-3 minit, mesti kau rasa jantung kau laju gila mengepam. keep continue sampai 20 minit. sure turun sekilo dua sehari.


2.  ice skating

oh. ini pun aktiviti super cool yang kau boleh buat. yelah, sedang kau ternak lemak dekat sunway piramid ke kan, kau boleh singgah main ice skating ni. bagi aku, aktiviti ni serius penat. penat jatuh. HAHA. tapi kalau kau nak buat selalu, better beli roller blades. boleh main kat UIA. hehe..


3.  snorkeling

ye, aku tau. dekat UIA ada kolam renang. tapi kenapa aku tak cakap berenang je kan? well, aku kan nak bagi tips kurus sambil berekreasi. hee:) tapi, jujur ye, berenang buat lengan kita jadi kembang bila kita stop dengan tiba-tiba, itupun based pengalaman aku. so, better lagi snorkeling. tenang je dalam air. tengok terumbu segala. heaven wehh!!


4.  naik kuda.

naik kuda memang best. yelah, nak nak pulak jalan-jalan kat tepi pantai macam kat atas ni kan. well, aku tak naklah kau serius sampai masuk sukan ekuestrian kan, tapi at least dapat naik kuda, dalam 30 minit, kau boleh rasa celah kangkang kau macam terik gila, plus belakang badan kau macam kena pukul-pukul. HAHA. takpe. tu perkara biasa. but in few days later, kau mesti dapat rasa macam postur badan kau dah ubah-ubah sikit. and kaki kau pun ala-ala model letopp giteww.. HAHA.


5. pilates

okey. fine. memang macam susah gila nak buat pilates ni. well, kalau nak beautiful abs, ubat yang paling best ialah pilates. aku serius. macam sorang member aku yang awesome, yaya qiestina. memang, totally works! kau buat sorang-sorang pun feel wehh. 


6. capoeira

capoeira ni brazil yang cetuskan dulu. sukan ni gabungan martial art, tarian dan pergerakan akrobatik yang lain. kalau kau penah tengok dekat channel astro Li 706, ada satu slot pagi-pagi pukul 7.30, diorang buat steps capoeira. try weh. serius mencabar dan extra seronok!


7. memanah

okey. memang memanah salah satu sport. ye. tapi kalau kau tengok betul-betul, memanah boleh buat tangan kau cantik! hehe. tengok, postur tangan, cara berdiri. semua tu boleh kembalikan postur tubuh super ideal untuk kau..serius ni weh!!


well, kalau nak kurus ada je cara. tapi kita jelah yang kena usaha. wuu. aku ada lagi seminggu je untuk kurus sebelum abang aku kahwin. doakan aku ye kawan-kawan! 

**majoriti info diatas aku translate dari allwomenstalk. great info.**


in addition!

kalau nak shaping badan, bawah lengan, double chin, kau boleh try EB atau eternal beauty dari elken.


thanks for reading!

WL: enabcantiksangat

bodoh.

entri ini bukan mengata kawan-kawan yang sangat awesome.


assalamualaikum.

terfikir sekejap. aku ada kurang dari seminggu untuk ke majlis abang kesayangan aku. persiapan semua serba lengkap. tapi persiapan diri? aku tahu aku tak bersedia. fizikal dan mental.

beberapa hari kebelakangan ini, aku sibuk. belajar, tidur, main, wayang dan sebagainya. aku kurang sesuatu. kurang apa? itu yang aku tak tahu.

aku kini kembali. mencari diri sendiri yang sebenarnya hilang secara tiba-tiba. entah kenapa aku rasakan sedemikian. aku punya kemahuan, aku punya nafsu serakah. tapi aku masih punya agama. dan aku perlu untuk bangun tidak rebah. lemah.

melihat hujan terus turun.membuat otakku laju berfikir. bodoh. itu yang aku dapat zahirkan. aku tunduk dengan nafsu. aku tunduk dengan amarahku. aku tunduk dengan ahhh! semua itu. semua itu cukup buat aku katakan aku bodoh. perlahan-lahan aku diberi balasan. takut. takut tidak bersedia.

WL: enabcantiksangat

Wednesday, May 18, 2011

boleh kau jelaskan?

assalamualaikum.


err.. hai. apa khabar? err. skema. ehem. hello awak-awak yg super power kiut hensem comel lawa tu! hari ni rabu, so, pegi pecah panggung sekarang sebab murah! HAHA.

sebelum tu. nak tanya, kau orang pernah tak rasa macam aku rasa sekarang? maksud aku, rasa esok nak exam dan aku jadi gabra takut tak boleh jawab dan tak boleh tidur langsung? insane.

aku mengantuk gila, tapi bila aku lelap mata, aku jadi takut. so aku cepat-cepat cari buku untuk dibaca. dan aku hanya tidur untuk 3 jam je. tak cukup.

semalam sampai subuh pagi tadi. aku hanya baca beberapa perkara, ingat satu dua perkara. dan tidur sampai rumet aku balik. aku takut esok exam aku letih tak boleh nak menggoreng. macam mana?

weh. aku mintak explanation. bukan mintak simpati, apatah lagi mintak kaki.

okeylah. aku nak main game sampai lebam. mintak-mintak esok exam keluar pasal ancient 7 wonders. serius.


~thanx for reading.

WL: enabcantiksangat

Tuesday, May 17, 2011

mode : study

assalamualaikum.


hello peeps! well, i'm doing fine. just fine after going back from parit buntar. and starts to miss those beautiful angels.

ye. sekarang sedang bermodifikasi dengan beberapa bahan untuk diterjemahkan menjadi bahan penulisan saat peperiksaan. tak susah. asal baca, ulang baca, dan ulang baca. sesekali, peta minda dapat membantu untuk takrifan beberapa perkara yg mungkin tidak dapat diterjemahkan melalui pembacaan.

jadi. inilah dia. subjek taruhan untuk diperjuangkan sepanjang semester disini.


nama guru pelatih : Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin
no matrik pelatih  : 20103013 xxxx
subjek dikenalpasti : EDU 3104, PJM 3108, PKE 3102
tarikh peperiksaan : 19 Mei, 24 Mei, 25 Mei


selamat berjaya.

WL: enabcantiksangat

kepulangan tak dinanti.

assalamualaikum.

i'm back. 
from long "holiday".
with beautiful angels.
and awesomeness people that i'd met.
thank you. 
i love you.

hey paper,
here i come.
only for you.
then, 3 weeks bye bye.
holiday and marriage.
bye encik oreo.
i found someone like you.
hey. 
its you lah!

ok. fin. bye bye.


p.s: just a long greet to my friends. i love you friends.


WL: enabcantiksangat

Monday, May 9, 2011

photographer lomo.


assalamualaikum. 

yeay! saya sedang mengalami fasa boring dengan tabah. gimme 5! yeay!

Pulau Pinang, 8 Mei - Sepanjang beberapa hari duduk di kampus kesayangan, saya dan seorang lagi photographer terkenal telah mengisi masa lapang kami dengan menembak beberapa gambar seorang model shawl yang hot. well, dengan kekangan lokasi (terpaksa dirahsiakan demi model tersebut), kami cuba dari pelbagai sudut tepat segitiga bermuda sehingga mencapai seperti yang dirancangkan. walaupun bukanlah seperti UPM dan bukan juga seperti di Broga Hills, kualiti terbaik dari ladang yang selama ini menjadi tagline supernub and hundomia co.kini berjaya dibuktikan dengan kemahiran sinematografi yang gila kentang powernya. kami juga telah ditawarkan untuk menjadi VIP photographer untuk gala night sebuah majlis (terpaksa dirahsiakan atas permintaan host event). kami belum lagi memberi kata putus, dan apa kata anda yang tolong putuskan untuk kami. jammed! terima kasih kepada designer dan props manager dari Madhira's chains. jasa yang amat supernova hebat dari pihak mereka memang tidak dapat disangkal. akhir kata, terima kasih sebab membaca.


WL: enabcantiksangat

10 things dihentikan seketika dan terima kasih.

assalamualaikum.

selamat hari isnin. ye. isnin.
jgn ponteng.

so, disini saya nak buat pengumuman.

saya tak dapat nak update 10 things tu berturut-turut disebabkan kesibukan kerjaya.

 demi masa depan, yang kita impikan.

so, agak sukar sikit melakukannya. tapi insyaAllah.
akan diteruskan dalam beberapa ketika. mungkin di taip sekali terus.

dan. untuk encik oreo.

terima kasihlah balas mesej saya. 
saya benci awak. sungguh ni.

sekian terima kasih.

Sunday, May 8, 2011

budak.

budak.
kalau lagi di argue, lagi tension.
lagi migrain.

budak.
kalau di argue, semua kata dia betul.
kita ni kakak mcm bodoh dibuatnya.

budak. 
kalau boleh di argue, cerita semua boleh diungkit.
dari botol susu sampai ke cuci berak.

budak.
kalau nak di argue, satu malam tak habis.
melayan kerenah kau budak.


tapi. aku suka sorang budak.
bila aku argue, dia suka kata,
urgh! aku malas nak argue dengan kau!
itu tandanya aku betul, dan kau salah.

sekian. terima kasih.

WL: enabcantiksangat

inilah masalahnya.

assalamualaikum.

selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua warga yg menjenguk wilayah tak terbilang ni. so, harap-harap you guys sihat, tak cedera dan sentiasa dalam lindungan syafaat, insyaAllah.

well. kita hari ni nak cakap pasal apa? oh ye. masalah orang melayu. macam apa ye selalu? hurm.. let me tell you.

1. orang melayu suka pandang rendah dekat orang lain.
okay. as we can see, nowadays memang orang melayu suka pandang rendah pada orang lain instead of being a good or better people. cakap besar gila bab, tapi bila buat, or jadi ketua, hampeh. serius. masalah ni paling meruncing kat malaysia.

2. orang melayu tak tepati masa.
ah. ni memang selalu. kalau about kualiti masa, jangan berani janji dengan melayu, atau korang akan dengar, "ala, janji melayu kot". waddehek la kalau orang ni wujud berkoyan.

3. orang melayu kalau boleh nak cari salah orang lain.
oh. bab tuding menuding memang class pertama. orang ni salah, orang ni betul. orang tu betul, orang tu salah. semua pakar kalau bab menuding sama ada guna jari ataupun muncung.

4. orang melayu suka pura-pura.
hipokrit maybe?

ada banyak lagi. aku cuma nak state kan benda macam ni sebab ada kena mengena dengan sistem institusi pembelajaran malaysia. so, aku mintak maaf sekiranya kalau ada menyinggung pro-bangsa melayu yang lain. aku melayu, korang pun melayu. tapi, kita sama-sama kena ambil pro dan kontra untuk perbaiki nama baik orang melayu sendiri. kalau benda macam ni jadi lagi, apa masa depan yang korang dapat rasakan? pecah belah, atau semakin harmoni? oh. korang sendiri kena fikir.

seterusnya. salah tanggapan atau lebih kepada suka cari salah orang lain.

kita ni tak maksum. kita ni tak murni. tapi, kenapa kita suka cari salah orang lain. contohlah. ada satu team bola tampar. satu hari diorang kata kat manager,"bos, asyik kitorang je wakil kampus ni. carilah bakat lain. bagi diorang rasa pulak." (most pemain, melayu). okay, sebagai bos, korang mesti rasa, oh betul jugak.kesian kat budak-budak ni. then korang pun cari lagi satu team (team B lah konon-konon). then one day, korang ada satu pertandingan, dan korang pun bawak team B sebab nak bagi diorang pengalaman. tiba-tiba, team A dengar, diorang bengang. apsal bos kasi budak team B tu pulak? diorang kan ada? dah. mulalah kata bos tu syg team B, lebih-lebihkan team B.kalau kau jadi bos, apa kau rasa? mcm nak bunuh diri tak? gila. sebelum ni kata nak kasi budak baru tu pengalaman. lepas tu kau sentap sebab tak dpt follow. waddehek lagi sekali aku bagi free.

inilah masalahnya. selalu sangat jadi dekat budak IPT. sama jugak macam budak maktab. dah dapat, merungut. tak dapat, merengek. dan FB pun jadilah tumpuan. melepaskan rasa tak puas hati. dah rosaklah penubuhan FB tu sendiri. connecting others kan. lagi pecah belah ada. yelah, terlampau public kan? haishh..
+.+"

so dekat sini, aku harap, student melayu tak meLAYU. kita kena kuat, kena kukuh mental dan fizikal sebab banyak bangsa lain bersorak-sorai kalau kita ni pecah belah. siapa lagi nak memimpin negara kalau bukan kita? ubah diri kita sekarang dan bina jati diri yang lebih utuh untuk masa hadapan.

banyak pulak aku membebel pagi ni. so, mintak maaf lagi sekali siapa yang terasa. memang niat aku nak kasi nasihat. tapi macam biasalah, nasihat aku ni macam sampah je. sampah jenis apa, itu korang punya takrifan. kalau yang sisa, buang tak boleh pakai. tapi yang jenis recycle, buang pun masih boleh guna lagi. so, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi.

till then,

WL: enabcantiksangat

bila hari hanya 2 kupang dalam poket.

aku keluar pergi PC FAIR.
dan duit aku langsung tak boleh draw.
jadi, aku memutuskan untuk meningkatkan nilai dalam buku 555 aku.
waddehek.

dah. pagi nanti jela aku upload gambar. 
selamat malam.
arrivederci.

WL: enabcantiksangat

Saturday, May 7, 2011

andai masih punya sisa.

hanyut. hanyut.
fikiran terus hanyut.
hanyut dalam khayalan astonia.
mencari kebahagiaan tidak sedar.

pengemis cinta itu masih menanti.
andai masih punya sisa baki.
pasti diambil digilap bersinar kembali.

terus. terus apa lagi?

hampa. penuh, hampa.
baja tidak perlu kini.
cinta ini tak mungkin kembali.
biarkan sahaja ia pergi.

bangun. itu mimpi.

aku masih punya harapan.
walau bisa sudah sampai ke rawan.
kusedut semuanya.
andai masih punya sisa.


p.s : aku masih menanti sehingga kini. mungkin sehingga tiada lagi hari esok.

WL: enabcantiksangat

siapa tahu masa depan?

semalaman berfikir.
benarkah berita seperti yang dikhabarkan?
siapa boleh beritahu aku masa depan?

semalaman aku duduk di sana.
terkenang saat waktu itu.
kau dan aku.

semalaman mengimbau.
andai yang lalu dapat kukembalikan.
akanku pastikan tiada kekhilafan.

semalaman aku mengenangkan.
siapa tahu masa depan.



Friday, May 6, 2011

oh lunaku - Romancesa

Kumulus terapung bagaikan gula kapas,
Langit violet terbentang megah luas,
Pipit - pipit menari membelah bayu 
owh bayu.....

Rindu ini rindu buat ku sayu,
Kamu memang kamu istimewanya Lunaku,
Gelap - gelap ku mencari punca,
Punca - punca cahaya bahagia Luna...

Sayu ini sayu buatku rindu,
Luna, lunaku istimewanya kamu,
Cari ku mencari keindahan cahaya,
Indah rasa bahagia dengan cahayamu Luna,


Chorus:
Malam ku kosong tiadanya Luna,
Kataku bohong tidak mengapa,
Diri ku sendiri, sepi, mimpi ini...
Diriku sendiri....auuuuuu...



**********************************

assalamualaikum.

hai awan romancesa!! i guess you guys know this song for so long ago right? well, you don't know them? by clicking their picture above, you'll be link directly to their fb acc. so, what you waiting for? support our local industry bebeh!

p.s: i love oh lunaku. the lyric, ouh! tacing suda..


WL: enabcantiksangat

10 items you can't live without

assalamualaikum.

hello awesome peeps! well today i'm gonna tell you what is my must-bring items and must-have items! let's find out guys!

subject : 10 items i can't live without

item 1 : card holder.

a card holder must have mycard, a license cert, acc card and most of all my passport picture. (wtfish!) well, you know, as kaki gonjengans like me must bring all this important stuffs every day or else, i won't step out from my college. i really mean it. other things that i frequently forget to bring is my student id card. so, most of time i didn't get any special student price to catch any movie or even to play bowling. 
=.='


item 2 : my ELKEN stuffs.

HAHA. well, i should admit about this. i have spent about thousands, and why not i put ELKEN as my 10 items that i can't live? of course, the hygiene products, the pills. all in one. i love ELKEN. :)


item 3 : watches.
well, i'm kinda person who cannot live w/o any numbers. HAHA. lying. i am a person who don't like to be late for some red alert event. but somehow, i always late for class. isn't that a kind of red alert or is it me think that class is okay if being late? HAHA.


item 4 : bottles of plain water.

urghh! i need plain water by now. well, as i can say, plain water is one of my must have item. i could fainted if i don't get any. uhh pehh-liss! i need it now~ *gulp gulp*


item 5 : handphone.

well, i must say, it sounds so cliche. friends, even i don't like sounds cliche, i must admit, handphones or any other cellular items really important for some reason. even me like to left my handphone in my room while i go to my friend's room, i always feel uneasy or awkward (the right word actually) because i'm thinking if i have some emergency calls from home, hospital. urghh! sorry~


item 6 : books.

*jangan ketawa* yes. i cannot live without books. any books. reading type, it can be heavy novels, light mags, comics or anything else. even the brochures. i love reading. no. i just enjoy reading. well you know, living in metropolitan pushing me to read anything because of the kesesakan no matter where. 
-.-"

item 7 : hygienes.

well, despite of ELKEN products, i also needs toothbrush and else. like, shower cream, shampoo, and lots lots of water. macam pergi outdoor, must bring sanitary yang pakai buang tu. if tak, jenuhlahh..(well, yg ni pun baru belajar masa outdoor baru-baru ni)


item 8 : nail clipper.

this multifunction item should bring anywhere i go. i mean badly have to bring this. as example, you got an accident and need to covered some stitches. well, you can use nail clipper to cut piece of your shirt and stop bleeding to run out. besides, you can use nail clipper just like what we used to use nowadays.


item 9 : safety pins.

like in item 8, safety pins really helps during your what-can-i-do times. even my friends when i was secondary said that i am Raja Pin Sedunia because i bring a lot of safety pins during schooltime.


item 10 : a pen with a note book.
well, it is really important to me to jot down any important things when i am away. this kind of item became my must have and must bring since i got my license cert. in my car, i have at least a pen. and in my hand bags, also got one pen with a small note book. i don't know maybe i could have one iPad, so this item will no longer be my best one. HAHA.


<giggles>


so, enough to say that i really enjoy doing this kind of 10's. wonder when you gonna starts yours. and if you already start it, well done dear!!!!!!


till then,

WL: enabcantiksangat

IKLAN PERCUMA Untuk Blog ANDA


assalamualaikum. di suatu petang yang indah, skip kelas, tertido. argh! suraya! kau merepek apa ni? takpe takpe. gini. sempena posto yang julung-julung kalinya, aku mengambil keputusan untuk join segmen dak kayif ni. so, cekidaut cekidaut yawwww!!

kayif dalam entrinya (silalah ketik banner diatas) menyatakan bahawa antara syarat-syarat yang wajar dipatuhi untuk join segmen ni adalah kenapa perlu belog aku diiklankan di belog beliau. so, disini, aku cuba untuk penuhi. aku cuba yerr..

sebab 1 : ni entri ke 200 aku.
sebab 2 : aku nak support kayif.
sebab 3 : aku nak luaskan kawanan aku. :)
sebab 4 : nak dpt feedback dari orang lain tentang penulisan aku.
sebab 5 : aku suka kenal orang. the more u get numbers, the more u get learn.

skema? so what? aku memang skema pun.*grrr*


so kayif? pilihlah aku jadi iklanmu! *song title, gugel* oh yeah!

till then,

WL: enabcantiksangat

sekali lagi.



degup jantung kuat amat.
barangkali?

WL: enabcantiksangat

best moment ever.

assalamualaikum.


mother's day just around the corner my dear friends! i have PUAN JAMAYAH BT YATIM. and she is the best ever friend that i ever had. and i love being her daughter. so, this one just for you mak! and others mak also.

***************

well, it was like yesterday i was born into this world. biasalah, budak-budak. nak hidup normal, memang perlu jatuh bangun. bertatih. tak cukup kuat kadang-kadang. tapi tetap usaha. dihujung sudut dapur, mak potong-potong bawang, siang-siang ayam, sambil mata tak pernah lepas tengok aku. tengok abang-kakak aku. adik-adik aku. 7 orang semua. tak pernah lepas pandang. aku dah 22 tahun masuk tahun 2011. tapi mak masih tak alih pandang. masih terhadap aku. masih terhadap mereka. usia mak pun dah bertambah. tapi mak tak pernah penat. masih nak tengok kitorang. tangan mak pun masih pegang pisau yang sama. papan alas yang sama. kadang-kadang terluka, cepat-cepat mak basuh luka dengan air mata. orang tak sempat nak nampak luka mak. 

mak, kalau orang lain tanya, saat yang paling bahagia acik bila, acik selalu terfikir. selalu tertanya. masa aku kecik ke? or time aku kahwin nanti? tak pernah terlintas terfikir saat paling bahagia dengan mak. acik selalu lebihkan ayah. derhaka ke macam tu mak? mak tengok tangan tu. takut terhiris terluka.

orang selalu cakap, anak perempuan mesti rapat dengan ayah, tapi bukan dengan mak. acik pun terfikir macam tu, selalu. sampai acik terlupa mak yang bawak acik pergi toilet, mak yang sedekahkan susu mak. mak yang selalu selawat dekat kepala acik tiap kali acik terhantuk kat mana-mana. tak ingat mak. mak, tengok tangan tu lagi. acik tak nak mak cuci luka dengan air mata lagi.

bila dah jauh dengan mak, dah lama tak jumpa mak, baru ingat balik soalan pertama dekat atas tu. saat paling bahagia acik bila. selalu acik tak bagi jawapan. tapi kali ni acik rasa acik dah jumpa jawapan sebenar.
ni bukan aku. tapi aku gugel.
the best moment ever is in you mak! yes, your womb. dalam perut! secure, safe and lots of foodss! yummy~ mak, kalau mak nak tau, rasa bahagia sangat duduk dalam tu. tak buat tangan mak terluka. cuma tendang sekali sekala tu takpe kan? mak tak kisah kan? 

mak, selalu sangat nak tunggu hari raya baru nak mintak maaf. kali ni, mak, acik mintak maaf sangat-sangat. buat mak menangis, buat mak sedih, buat mak terluka. mulut ni kalau tak bertih memang tak sah. kalau boleh, tak nak tengok mak cuci luka dengan air mata lagi. nak mak senyum je. hee:))


sayang mak! selamat hari ibu untuk mak dan semua mak yang ada dekat dunia ni. and to PUAN RMJ, anda adalah terbaik, oh bukan, anda terlampau terbaik!

XOXO,

WL: enabcantiksangat