hearts

Sunday, May 29, 2011

kejadian : kahwin fahmie marisa. perling. day 2. part 1.

oleh Raja Zainab dan foto oleh Ijat tauke besar.
Bukit Indah, 28 Mei 2011 - tepat jam 4 petang tadi merupakan detik keramat buat Fahmie dan Marisa setelah diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di hadapan keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.


ibu Fahmie, Puan Jamayah berkata, ini merupakan detik bahagia beliau dan berharap agar Fahmie dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai suami dengan penuh kerelaan dan tidak mempersiakan kehidupan barunya itu.


dikhabarkan, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM1200 beserta seutas gelang tangan dan cincin. manakala hantaran pula 7 berbalas 9.



kedua mempelai memakai tema pakaian nikah sedondon berwarna krim silver serta dirias oleh jurumekap profesional dari sebuah butik terkenal  daerah johor bahru tengah. walaupun pengantin lelaki seakan gugup, namun dengan sekali lafaz, Marisa telah menjadi yang halal buat Fahmie. para tetamu mendoakan agar jodoh di antara Fahmie dan Marisa berkekalan sehingga hujung nyawa mereka berdua. tahniah kedua mempelai.


video akan dimuatkan selepas post ini.

WL: enabcantiksangat

1 comment:

Anonymous said...

huaaaa!! sayang nye tak dapat p tengok nab oiiii! Promise dekat KL aku pergi okay cuz? :D