hearts

Friday, May 6, 2011

best moment ever.

assalamualaikum.


mother's day just around the corner my dear friends! i have PUAN JAMAYAH BT YATIM. and she is the best ever friend that i ever had. and i love being her daughter. so, this one just for you mak! and others mak also.

***************

well, it was like yesterday i was born into this world. biasalah, budak-budak. nak hidup normal, memang perlu jatuh bangun. bertatih. tak cukup kuat kadang-kadang. tapi tetap usaha. dihujung sudut dapur, mak potong-potong bawang, siang-siang ayam, sambil mata tak pernah lepas tengok aku. tengok abang-kakak aku. adik-adik aku. 7 orang semua. tak pernah lepas pandang. aku dah 22 tahun masuk tahun 2011. tapi mak masih tak alih pandang. masih terhadap aku. masih terhadap mereka. usia mak pun dah bertambah. tapi mak tak pernah penat. masih nak tengok kitorang. tangan mak pun masih pegang pisau yang sama. papan alas yang sama. kadang-kadang terluka, cepat-cepat mak basuh luka dengan air mata. orang tak sempat nak nampak luka mak. 

mak, kalau orang lain tanya, saat yang paling bahagia acik bila, acik selalu terfikir. selalu tertanya. masa aku kecik ke? or time aku kahwin nanti? tak pernah terlintas terfikir saat paling bahagia dengan mak. acik selalu lebihkan ayah. derhaka ke macam tu mak? mak tengok tangan tu. takut terhiris terluka.

orang selalu cakap, anak perempuan mesti rapat dengan ayah, tapi bukan dengan mak. acik pun terfikir macam tu, selalu. sampai acik terlupa mak yang bawak acik pergi toilet, mak yang sedekahkan susu mak. mak yang selalu selawat dekat kepala acik tiap kali acik terhantuk kat mana-mana. tak ingat mak. mak, tengok tangan tu lagi. acik tak nak mak cuci luka dengan air mata lagi.

bila dah jauh dengan mak, dah lama tak jumpa mak, baru ingat balik soalan pertama dekat atas tu. saat paling bahagia acik bila. selalu acik tak bagi jawapan. tapi kali ni acik rasa acik dah jumpa jawapan sebenar.
ni bukan aku. tapi aku gugel.
the best moment ever is in you mak! yes, your womb. dalam perut! secure, safe and lots of foodss! yummy~ mak, kalau mak nak tau, rasa bahagia sangat duduk dalam tu. tak buat tangan mak terluka. cuma tendang sekali sekala tu takpe kan? mak tak kisah kan? 

mak, selalu sangat nak tunggu hari raya baru nak mintak maaf. kali ni, mak, acik mintak maaf sangat-sangat. buat mak menangis, buat mak sedih, buat mak terluka. mulut ni kalau tak bertih memang tak sah. kalau boleh, tak nak tengok mak cuci luka dengan air mata lagi. nak mak senyum je. hee:))


sayang mak! selamat hari ibu untuk mak dan semua mak yang ada dekat dunia ni. and to PUAN RMJ, anda adalah terbaik, oh bukan, anda terlampau terbaik!

XOXO,

WL: enabcantiksangat

2 comments:

syieda nome said...

WAH ~ sedihnya baca :D

syieda nome said...

WAH ~ sedihnya baca :'(