hearts

Wednesday, September 10, 2014

jualan langsung tak peka langsung!

siapa biasa dengan produk jualan langsung? dekat Malaysia ni, banyakkk gila produk jualan langsung. each brand menjanjikan pelbagai keuntungan lumayan. siapa taknak memang kurang cerdik. kan?

aku pun dah lama terjebak dengan jualan langsung. pernah jugak cuba jadi salesperson but end up aku kasihan. satu, sebab produk yang aku jual memang mahal bak ang tak sesuai dengan harga student. keduanya, aku jual produk yang aku tak pakai. sobs sobs.. rasa berdosa....

tapi sekarang aku bangkit balik. bukan apa. sebab sekarang aku yakin. kalau dulu, aku tak pakai produk. bila kesannya dah ketara baru aku berani.

aku tak tipu. dan dengan rela hati aku berkongsi pada korang, bagaimana kita nak kenal pasti produk tu tak merbahayakan orang lain.

aku ambil produk kecantikan lah. atau kebersihan diri. bila aku cakap facial cleanser atau shampoo rambut, atau sabun mandi, perkara pertama yang korang kena tahu, produk macamni kena ada 5 NO's.

No's yang pertama, SLS atau sodium laureth sulfate. SLS ni buat sabun korang tu berbuih-buih syok tu. dan mengeringkan kulit. aku bagi contoh, clean and clear. best kan rasa bersih lepas guna? tapi lepas sejam dua, mesti muka berminyak teruk. sebab apa? sebab bila buih banyak, means dia akan keluarkan banyak minyak dan lembapan dari kulit. lepas sejam, kulit akan hasilkan lebih banyak sebum.

No's yang kedua, Paraben. korang check je dekat ingredients tu, kalau ada paraben, memang nasihat aku jangan beli. sebab apa? sebab paraben ni mengaktifkan sel kanser. kalau korang degil jugak takpe. sebab korang boleh lakukan insurans yang member aku jual. ehehehehe...

No's yang seterusnya Alcohol, Fragrance (Parfum) dan Lemak Haiwan. selalunya ketiga-tiga ni tak banyak, but still,  bahaya untuk kita guna.





okay. contoh macam baby shampoo kat atas ni. paling awal ialah water (aqua). maksudnya kandungan air paling banyak. dan fruit oil antara paling bawah. maksudnya paling sikit.

kita selalu excited bila baca produk tu keluarkan produk baru yang ada fruit extract lah apelah. tak check pun ingredients kat belakang tu. tu pasal aku kesian. sebab kita ni memang nak bau manis-manis buah. tuptup paling sikit dalam mixture. tak ke sedih? lepastu pesen bisnesmengg yang jual produk ada guna habbatus sauda, madu. kita ni punya excited nak ikut sunnah, tak ke kecewa rupanya bahan tu paling sikit dalam campuran ingredient? hmmm...


tepuk dada tanya diri sendiri. ada google, semak sendiri. memanglah makan masa. tapi kalau ada dua bahan macam kat atas tu, elakkan lah. ramai sangat orang sakit dekat Malaysia ni. dek kerana taksub dengan artis yang cantik belaka tu. well, artis pun manusia jugak. ada jugak yang menderita sakit. ada jugak yang menderita kanser. takkan kita nak kena jugak baru rasa insaf?


salam sayang.

enabdacrazie.