hearts

Sunday, June 5, 2011

sekadar termampu.

menulis. bukan sesuatu yg baru.
terlihat, terdengar satu persatu.
aku bolos. bolos terus tidak semena.
aku berhenti. berhenti kerna tiada.

semua itu mainan sukma.
jiwa gelora remaja penuh tipu daya.
tak perlu tewas.
tak perlu upaya.
cukuplah satu.
sekadar termampu.

dayungan ke muara hidup takkan pernah berhenti.
andai jodoh kita pasti bertamu kembali.
kelak tiada bukan bererti harus mati.
kuatkan iman. cekal di hati.
dan kekal terus cinta padaMu Ya Rabbi.

aku tak mahu menjadi manusia yang pelong kerana cinta manusia.
sesat terus buat aku rasa berdosa tiap masa.
biarpun kasih manusia buat aku bahagia di dunia.
kelak di sana terpaksa menggalas segala.

sudah.
aku berhenti.
4 tahun sudah dan masih sendiri.
melihat panorama manusia yang tidak mampu hidup tanpa insan bernama lelaki.
bertukar pasang baju sekejap itu ini.
lirik senyum aku kembali.
mencari pengalaman tepat dari manusia-manusia ini.
dan sekali lagi.
cukuplah satu. sekadar termampu.

p.s: luahan sehingga 4 pagi begitu menenangkan sukma jiwa lara. dan sekali lagi, hai awak!


WL: enabcantiksangat

1 comment:

Emilia Sarah said...

enab......sedihlaaa! mcm ape yg kite rase dulu..sabar ye syg :)