hearts

Friday, May 20, 2011

tips boleh kurus untuk cik epal.

assalamualaikum.

hey soul sister!! ceh, berangan hazama kejap. okey. selamat petang untuk kawan-kawan yang sangat awesome. kita semua nak kuruskan? tapi, macam malaskan? terutama bila orang kata, kau kurus, kau exercise la. main sport ke, kurang makan ke. well, untuk orang-orang macam aku terutamanya, yang sangat pentingkan makanan, kurang makan tu macam satu perkara berat untuk dilakukan. bersukan pulak, duh, malas. walaupun aku ni bakal cikgu PJ. bersukan tu sesuatu yang sangat ekstrem untuk aku lakukan. so, untuk cik epal, dan kawan-kawan yang sangat awesome yang dah lama craving body ala-ala kilafairy ke, aishwarya rai ke, meh, aku share sikit pasal sukan yang tak berapa sukan ni. cekidaut!

1.  menari

muzik rancak, koordinasi badan yang pelbagai. yes. menari betul-betul membantu. maksud aku, tak ada peraturan bila menari. kau belasah je macam mana style yang kau nak menari. dalam 2-3 minit, mesti kau rasa jantung kau laju gila mengepam. keep continue sampai 20 minit. sure turun sekilo dua sehari.


2.  ice skating

oh. ini pun aktiviti super cool yang kau boleh buat. yelah, sedang kau ternak lemak dekat sunway piramid ke kan, kau boleh singgah main ice skating ni. bagi aku, aktiviti ni serius penat. penat jatuh. HAHA. tapi kalau kau nak buat selalu, better beli roller blades. boleh main kat UIA. hehe..


3.  snorkeling

ye, aku tau. dekat UIA ada kolam renang. tapi kenapa aku tak cakap berenang je kan? well, aku kan nak bagi tips kurus sambil berekreasi. hee:) tapi, jujur ye, berenang buat lengan kita jadi kembang bila kita stop dengan tiba-tiba, itupun based pengalaman aku. so, better lagi snorkeling. tenang je dalam air. tengok terumbu segala. heaven wehh!!


4.  naik kuda.

naik kuda memang best. yelah, nak nak pulak jalan-jalan kat tepi pantai macam kat atas ni kan. well, aku tak naklah kau serius sampai masuk sukan ekuestrian kan, tapi at least dapat naik kuda, dalam 30 minit, kau boleh rasa celah kangkang kau macam terik gila, plus belakang badan kau macam kena pukul-pukul. HAHA. takpe. tu perkara biasa. but in few days later, kau mesti dapat rasa macam postur badan kau dah ubah-ubah sikit. and kaki kau pun ala-ala model letopp giteww.. HAHA.


5. pilates

okey. fine. memang macam susah gila nak buat pilates ni. well, kalau nak beautiful abs, ubat yang paling best ialah pilates. aku serius. macam sorang member aku yang awesome, yaya qiestina. memang, totally works! kau buat sorang-sorang pun feel wehh. 


6. capoeira

capoeira ni brazil yang cetuskan dulu. sukan ni gabungan martial art, tarian dan pergerakan akrobatik yang lain. kalau kau penah tengok dekat channel astro Li 706, ada satu slot pagi-pagi pukul 7.30, diorang buat steps capoeira. try weh. serius mencabar dan extra seronok!


7. memanah

okey. memang memanah salah satu sport. ye. tapi kalau kau tengok betul-betul, memanah boleh buat tangan kau cantik! hehe. tengok, postur tangan, cara berdiri. semua tu boleh kembalikan postur tubuh super ideal untuk kau..serius ni weh!!


well, kalau nak kurus ada je cara. tapi kita jelah yang kena usaha. wuu. aku ada lagi seminggu je untuk kurus sebelum abang aku kahwin. doakan aku ye kawan-kawan! 

**majoriti info diatas aku translate dari allwomenstalk. great info.**


in addition!

kalau nak shaping badan, bawah lengan, double chin, kau boleh try EB atau eternal beauty dari elken.


thanks for reading!

WL: enabcantiksangat

1 comment:

yu ya said...

haha.. tq for the compliment but lama dah x buat pilates tu syg... x sempat! kalau ada masa pun aq akan belengkaq jek =) cuti ni kena start balik la. selera da makin melampau2