hearts

Tuesday, May 3, 2011

refleksi sepanjang aktiviti pendidikan luar pangkor mac 2011.

assalamualaikum. 


ceh. mesti ada yang cakap, pe benda la minah ni buat... tak paham betol.


HAHA. takde apa. before this kan aku pernah upload beberapa keping gambar kat sini. so, sekarang setelah aku freedom dari sebarang aktiviti, aku pun tulislah refleksi untuk kumpulan aku iaitu kumpulan Nania. seronok faham tak? HAHA.







REFLEKSI AKTIVITI AIR (KAYAK)

            Aktiviti air iaitu kayak telah dijalankan pada 26 Mac 2011 pada jam 9.00 pagi. Pada sesi ini, hanya tiga kumpulan terlibat termasuk kumpulan kami. Setibanya kami di pesisiran pantai, setiap kumpulan dibahagikan kepada tiga orang pensyarah iaitu Encik Faisal, Encik Alyes dan Encik Salehuddin. Kumpulan Nania telah dipilih untuk dibawah pemerhatian Encik Alyes.
            Melalui aktiviti pertama iaitu anatomi kayak, kami telah didedahkan serta dapat mengenal pasti anatomi kayak dengan betul. Kami telah diuji untuk menunjukkan bahagian-bahagian seperti bow dan stern, deck, portside dan starboard, dan bahagian-bahagian lain. Aktiviti kedua pula kami diuji untuk melakukan kayuhan T. Semua teknik kayuhan seperti maju ke depan, membelok ke kiri dan ke kanan dan mengundur ke belakang. Sesi pertama tamat pada jam 12.00 tengah hari.
            Aktiviti ketiga bermula pada jam 2.30 petang. Sesi kali ini kumpulan kami dikehendaki melakukan capsize dan rescue. Aktiviti ini mencabar mental dan fizikal kami keseluruhannya. Semangat kerjasama sangat diperlukan demi memastikan setiap ahli dapat melakukan penyelamatan dengan baik.


REFLEKSI ORIENTEERING

            Aktiviti orienteering telah dilakukan oleh kumpulan kami pada hari Ahad 27 Mac 2011. Aktiviti ini dilakukan pada sesi petang yang bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Aktiviti ini diselia oleh Puan Shanthi dan kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan kecil.
            Melalui aktiviti ini, secara kognitifnya, kami perlu berfikir bagaimana untuk meletakkan klu dan mencipta beberapa soalan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Jasmani yang telah kami pelajari sepanjang program ijazah kami. Semasa proses mencari klu-klu pihak lawan, kami perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain menggunakan kompas. Kebiasaannya pihak lawan meletakkan klu di tempat tinggi dan tersorok. Oleh yang demikian, kami dikehendaki untuk memanjat kerusi dan menyelit di kawasan yang sempit. Melalui aktiviti ini, setiap ahli memberi sepenuh semangat kerjasama.


REFLEKSI KEM KRAF

            Aktiviti kem kraf telah diselia oleh Puan Ang. Sebanyak 3 kumpulan yang terlibat dan ketiga-tiga kumpulan ini dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja. Aktiviti ini berlangsung pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.
            Aktiviti ini mengajar kami untuk menghargai alam sekitar. Aktiviti ini memerlukan kami untuk membuat gajet tripod, rak kasut dan ampaian. Selain itu, kami juga dikehendaki memastikan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih dan selamat. Kami juga diberi tugas untuk membuat jadual kumpulan memasak.
            Aktiviti ini memerlukan semangat setiakawan yang tinggi. Kami perlu memastikan setiap gajet siap tepat pada waktunya. Selain itu, aktiviti ini memerlukan kekuatan fizikal terutamanya ketika memotong buluh. Kreativiti setiap dari ahli kami diuji semasa mencipta gajet supaya gajet kami kukuh dan selamat.


REFLEKSI EKSPLORASI PANGKOR

            Eksplorasi Pangkor merupakan aktiviti yang dijalankan pada hari Isnin 28 Mac 2011. Aktiviti ini dijalankan serentak kepada semua kumpulan pada jam 9 pagi. Kumpulan terakhir yang tiba di Kem Raudhah ialah kumpulan Leopard.
            Aktiviti ini secara keseluruhannya memerlukan kekuatan mental yang sangat kuat. Perjalanan yang jauh, serta kerenah setiap pengurus setiap checkpoint memerlukan kekuatan mental. Setiap ahli kumpulan Nania juga saling memberi semangat kepada ahli lain ketika sampai di suatu tahap yang sangat kritikal di mana semua ahli keletihan dan sakit di beberapa bahagian badan. Perjalanan sejauh 22 kilometer ini juga meningkatkan kemahiran komunikasi kami dengan beberapa penduduk Pulau Pangkor. Aktiviti ini juga memperkenalkan kepada kami mengenai khazanah di pulau ini seperti Batu Bersurat dan Kota Belanda yang merupakan tinggalan Belanda pada kurun ke-18.


REFLEKSI RIPELLING

            Aktiviti ripelling telah berlangsung pada 29 Mac 2011. Aktiviti ini merupakan aktiviti kemuncak bagi keseluruhan Pendidikan Luar. Aktiviti ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa anatomi, fasa simulasi tali, dan fasa penurunan.
            Semasa fasa anatomi, kami dikehendaki menyatakan prosedur 5H iaitu helmet, hand gloves, hardware, harness dan hoof. Kami juga diuji untuk membersihkan carabiner, mengemas tali caramantel dan beberapa soalan lain secara lisan. Aktiviti ujian lisan dilakukan pada waktu malam.
            Fasa simulasi tali pula memerlukan setiap ahli kumpulan kami memasang tali sebelum penurunan dilakukan. Kami telah membahagikan tugas mengikut keperluan pemasangan tali seperti tali untuk keselamatan dan tali untuk penurunan. Kami telah diuji mengikut skema pemarkahan pemasangan iaitu cara ikatan yang digunakan dan kekemasan tali.
            Fasa penurunan pula menyaksikan kami untuk turun ke bawah dengan teknik badan dalam keadaan baring dan tali dilepaskan apabila kaki menendang dinding. Sebelum turun, kami pelajari bagaimana memohon kebenaran dengan betul.


kem raudhah


ada masa nanti, korang pergilah ajak fakulti korang buat outdoor ni. i mean real outdoor education. boleh tambah ilmu, boleh tambah pengalaman. taklah korang naik kayak semata naik kayak. tau setiap bahagian dan tau fungsinya. kan?

p.s: aku kan cikgu PJ. lainlah semangatnya. HAHA.

thanx for reading,

WL: enabcantiksangat


3 comments:

MuchuNadh said...

rajin giler update refleksi.. huhhuhuhu

Unknown said...

Pengalaman yang berguna

Unknown said...

Pengalaman baik berguna untuk dikongsikan dengan murid2 dan persediaan alam pekerjaan...