hearts

Monday, January 10, 2011

tolong ingatkan aku.

tolong ingatkan aku.
hari ni dah hari isnin.
kelas mula lagi.
malasnya badan tak mahu pergi.

tolong ingatkan aku.
assignment dah kena mula.
dekan target semester tiga.
tak mau main bermuka selamba.

tolong ingatkan aku.
tak mahu cari cinta usia muda.
biar tercapai azam cita-cita.
takdelah malu jumpa orang tua.

tolong ingatkan aku.
hiburan bukan sasaran.
sekadar hobi peneman.
bila duduk bilik keseorangan.

tolong ingatkan aku.
update gajet hanya kemahuan.
bukan sesuatu yang aku perlukan.
cukup jela dapat sambungkan hubungan.
takdelah hutang semua terbeban.

tolong ingatkan aku.
ini semua angan-angan.
konon budak geek berkaca tebal.
atau si nerd yg naif.
tapi takpekan.
asal aku selaras dengan juara AJL si ana raffali.

hee:)
WL: enabcantiksangat

No comments: