hye kawan-kawan. harap semua sihat.
aku tidur sepanjang hari ni. kurang sihat,itu yg pasti. alhamdulillah. masih bernyawa lagi. dan aku malu dengan diri sendiri.
semalam, ceramah agama dari dua orang anak murid guru agama dari Yaman datang maktab aku. masa dapat mesej dari naqibah usrah aku, aku excited. serius. dah lama aku tak hadiri majlis ilmu. aku pergi hantar barang-barang mia dan manis. dan terus berpotpet leka (dlm fb) tak habis.
malu.
ya. aku malu. dengan seniorku yang bukan Islam. hatinya kuat. biar ada saja yg menentang. tetap Islam yang dipegang. ceramah tu juga dia hadiri. bertelekung lengkap kata sahabatku. detik hatiku,"nab, kau patut rasa malu. kau lahir dah siap agama Islam, tapi bersikap angkuh dengan Tuhanmu. tiada manusia yang lebih malang dari kau kerana sikapmu itu."
konsert muzik malaysia.
syaitan ibarat bersorak sorai bila aku ditanyakan hal konsert itu. dan aku mengaku. sebahagian kecil hati aku nak sangat tengok konsert tu. bukan selalu. ya, syaitan terus bersorak gembira. seperti wujud keramaian disisi mereka. terus, memikir. terngiang-ngiang lagi di cuping aku, "nab, dia pun turun surau semalam. siap bertelekung. ekau ado?"
sentap.
aku terus menolak ajakan rakan aku untuk ke konsert. malu. itu perasaan pertama yang tergambar. aku malu dengan diri sendiri yang bersifat angkuh dengan Penciptaku. aku malu kerana bersikap acuh tak acuh dengan agamaku. dan, aku malu kerana aku terlalu bangga mengaku aku penganut agamaMu sedang aku sombong untuk menambah ilmu agamaMu.
aku tak mahu malu lagi. itu yang aku rasakan kini.
Ya Allah. suburkanlah cintaku padaMu kembali. tebarkanlah benih cinta dan sayangku hanya padaMu. hanya padaMu.
credit to her FB account. |
p.s: terima kasih XUELI.
WL: enabcantiksangat
5 comments:
aku pon malu nab..same2 lah kite improve diri sendiri ye....
nish: insyaAllah.. :)
nab nab, hampir menitis air mataku bile membaca tulisanmu =')....kite semua same2 belajar dan saling mengingati ye.jangan dah terlambat baru menyesal :)selalu sayangkn Tuhan... dan sayangkn sis gak :b
with love
P: malulah dgn u sis. and from what i heard, i welcoming you as Muslim now. what shud i call u now huh? nur ye?
sebak baca luahan ni enab :'(
kita dh jah terleka sbb tlalu dilimpahi rahmatNYa..
huwaaa..
kembalilahhh
Post a Comment