hearts

Saturday, April 30, 2011

family jokers

assalamualaikum.


hai kawan-kawan! hari ni hari sabtu. jom kita buat sesuatu yang memanfaatkan! hee:)

hari ni aku nak cerita tentang family jokers. yelah. semua orang mesti ada adik-beradik (unless some of korang ni anak tunggal). tapi takpe. yang tunggal boleh jadi adik-beradik aku jugak, if korang bertahanlah dengan mulut serupa kaki macam aku dan abang aku. oh ye, dan ayah aku. hehe:)


okey. kita start dengan ayah aku. ayah aku ni jenis melawak stail sentap hati maknak tu. lembut tapi perghhh, bernanah telinga nak menahan. contohlah, dulu ada member aku, MELAYU, datang rumah aku. nak beraya. tapi kawan aku tu pakai skirt. labuh paras lutut. okey lah. fine (aku jela yg kata fine. whole family kata, plurghhh!!). then, tetiba ayah aku kata, "urmm, rumah kat mana? memang banjir ye nak ke sini?" HAHA. siot. aku time tu jugak gelak kawkaw. lawak ayah aku memang tak pernah berubah. contoh lagi, time aku sekolah rendah, aku selalu dapat nombor satu (sila take note, SEKOLAH RENDAH). masa tu ada lahh kazen mazen, jiran tetangga yang ada anak sebaya aku. ayah aku ni apa stail tah suka nak jaja aku nombor satu dengan cara tanya anak orang tu dulu dpt nombor berapa. bila nombor yg puluhpuluh, ayah aku mesti kata, "uii, banyaknya. enab dapat satu je. sikit sangat". ceh, ayah..... kalau nak mengutuk memang A. tapi orang yg keliling dengar mesti gelak cam cilaktutttt.. masa birthday ayah aku tahun ni pun. dia melawak. agak sentap. masa tu, ayah aku bersedih la, aku call lambat (aku ni spesis anak ayah, so sangat tacing beliau bila aku buat mcm tu).  pastu aku saja tanya, ayah aku nak apa tahun ni. boleh pulak dia jawab, "umur pun nak dekat 60. bagi dua award pun okey". korang paham tak? meh aku explain. dia mintak batu nisan. huwaaa!! ayah aku masih tacing dengan aku.....

baju hijau tu angah.
lepas tu, perangai buat lawak turun kat angah aku. ye. abang ngah aku. dia ni pulak stail kasar gila. lawak mesti mintak kaki. korang penah tak abang korang balik keje, tetiba sua stokin kat korang? mesti takde kan? cess. abang aku jela ni? angah aku ni, dah jadi satu kebiasaan. balik keje, mesti sua stokin kat sesape. selalu jadi mangsa adik-adik aku la. aku dah tak kena. sebab aku dah kenal siapa dia. hehe. hebat tak? cakap je hebat, nanti aku bagi doplosen. nak tak? HAHA. lepas tu, angah aku ni jugak, suka mengusik orang sampai menangis. yang tengok gelak kawkaw, yang kena usik, memang menangis lahh. contohlah kan, satu hari tu aku kena marah dengan ayah aku. pastu angah aku mesti ajuk balik stail ayah aku, sampai aku menangis. wuu~ kalau aku terhilang kan barang ke, pecahkan apa-apa ke, atau masuk CD dalam macbook ayah aku tanpa pengetahuan ayah aku, dia mesti nak usik aku konon-konon nak bagitau. dan aku serta merta akan melalak kat situ jugak. siot kau ngah. kalau lawak dia depan awek dia lagilah. double siot. contohlah, kereta viva aku baru pasang radio yang siap leh masuk cd bagai tu kan. so adalah remote. yang awek dia ni tak penah jumpa lagi stail kereta m'sia yang ada remote tu (awek dia tu study kat london). so, aku yang duduk kat belakang, ubah la station radio tu dengan remote. awek dia pelik, kenapa station boleh ubah-ubah. angah aku pun tanpa rasa segan silu kata,"oh, radio ni boleh tukar-tukar station dengan petik jari je". kalau korang jadi aku korang buat apa? kalau korang jadi awek dia? HAHA. yang awek dia pun stail comel gila main petik-petik. aku lah yang jenuh kat belakang menekan-nekan remote. hawau punya angah.
macam aku.
kisah aku pulak. aku dah pernah cerita pasal lawak aku kat sini sebelum ni. kali ni aku nak cerita yang selanjutnya. aku ni lawak biasa je. tapi kalau yang lain dengar mesti gelak. itu yang aku tak paham (sudahlah nab, kau tu perasan je lebih). maaf. okeylah, kalau dengan adik-adik aku, kalau aku nak berlawak, aku suka guna macam ayat-ayat siot macam,"boy, acik ada sesuatu nak cakap" dan boy ni akan sua telinga dia kat aku, so aku konon boleh bisik kat dia lah kan. sekali bila dia sua tu aku cuma cakap "sesuatu", hangin gila dia! *merempan-rempan* yelah, budak suci lagi kan.. ayah aku mesti gelak kawkaw. termasuklah laily. semua orang naik bengong dengan perangai aku yang memang mangkuk jamban tu. lepas tu aku suka guna pengalaman lampau untuk jadi bahan. contohnya macam angah aku (sebab dia abang paling rapat dengan aku). dulu, masa kecik-kecik, angah and along aku sangat rapat. nak kata sangat rapat tu sampai berjahit laa kepala angah sebab main lawan-lawan dekat katil mak ayah. so, bila dah besar, masing-masing ada haluan hidup sendiri. nak bersembang pun, makkk aiii. punya susah. so, dapat adik bengong macam aku, aku pun dengan yakin kata, "angah, kau rasa, boboy dengan azam nanti dah besar jadi macam kau dengan along tak?" lagi best kalau aku cakap benda ni depan ayah, memang gelak terbahak-bahak orang tua aku tu kalau benda mcm ni diungkitkan. HAHA. untunglah dapat adik hantu mcm aku nihh. HAHA.
laily
laily pun sama jugak. dia lagi bengong. kalau bab membahan, tolonglahhh. dia memang straight A. sebab tu korang jangan buat perangai pelik-pelik depan dia. kalau dia ada bahan nak membahan, memang dia guna macam baby. siot tol. contoh mcm aku dulu nak keluar minum dengan encik oreo dan aku bawak dia. okey. aku cover sikit. first time kann. HAHA. baby tak? laily ni masa kat situ dia tak bahan. bila dah sebulan dua, haaaa.. dia pun start lah. "acik, aku teringat bila first time kau keluar minum dengan oreo. aku takleh blah ah tgk muka kau bila jumpa oreo. mcm cilaktutt. apsal nak kaver2?" okey. aku dah sengih. baby punya adik. kisah lain pulak bila aku bawak barang baru macam beg ke, baju ke. mesti dia nak bahan kata "acik, baju kawan kau ke?" cehh. sekali tu je aku bawak balik baju kawan aku, dia nak bahan kawkaw. nasib aku sayang kau sengal!


cara kitorang melawak memang pelik sikit dari kebanyakan family. kalau orang tak biasa memang kata kitorang kasar. tapi, lain orang lain caranya kan???

apapun, jokers (selain aku) ni jugaklah yang aku sangat-sangat rindu. bila agaknya boleh balik rumah?

p.s: tadi pakcu call aku. wuu.....sedih. nak balik rumah jugak!!!

WL: enabcantiksangat

No comments: