hearts

Sunday, February 13, 2011

12 years and still.

assalamualaikum.

tak pernah lagi rasanya cerita tentang seorang lagi kawan baik aku. actually, kami ni tujuh beradik. semua terpisah bila dah masuk sekolah menengah. diorang semua still la, sebab masuk boy school. takkan aku nak join pulak kan? so, aku ditinggalkan masuk sekolah campur mcm rojak tu. gender, pandai, kaum bangsa, nakal, semua gaul sekali. oh, top 2 blacklist school kat selangor masa tu. (tak tau la kot dah upgrade jadi no 1 ke sebab ada kes membako bilik guru hari tu).

oke. hari ni aku nak cerita pasal salah seorang dari tujuh beradik kami.

USM Open Relay 2011
nama beliau, zulfadzli iman bin naim. aku paling ingat nama ayah dia sebab kitorang memang suka main nama bapak masa kecik dulu dulu. so serba sikit tentang iman ni (dah besar kena panggil nama betul yerr..) adalah mamat ni ada taik lalat kat atas bibir. antara kitorang bertujuh, dia paling pemalu, sweet dan mengikut. aku start rapat dengan dia ni time darjah 3 lagi. satu kelas Dedikasi. sampai darjah 5 kitorang sama-sama. ingat lagi masa darjah 4, cerita Si Lembik, tujuh-tujuh kitorang lepak kat rumah aku, tengok sama-sama. mak ayah aku kerja. so satu-satunya orang besar kat rumah aku adalah kakak aku. oh ya. kakak iman pun kawan kakak aku. nama kakak dia izzati. tyco besar KRS masa dulu. paling gerun gak dengan kakak dia. :)so nak jadikan cerita, lepas dah berjuta tahun tak jumpa, semalam masa dekat USM aku jumpa balik dengan dia. dia sekarang dah tinggi, kurang pemalu dan aling membanggakan, dah jadi atlet dekat UPSI. satu course jugak dengan aku, PJ. so, event dia dah habis pagi tu, so, dia just lepak story mory dengan aku jela kat astaka USM tu. banyak laa yang kitorang cerita. dan rupanya dia tak tau salah seorang dari tujuh beradik kitorang meninggal bulan 6 tahun lepas. nampaklah wajah frust dia.yelah. dia pun dah pindah johor. banyak yang dia tak tahu. tak boleh salahkan dia jugak. yang tahu pun aku dengan mail magek je.

so, sempena menulis tentang iman kali ni, aku cuma nak cakap, aku takkan lupa persahabatan kitorang. lama dan kekal. tak kisahlah jauh camne pun, johor ke kajang, UPSI ke bainun. tetap bagi aku kau kawan baik aku, yet my sibs. ada rezeki, kita jumpa lagi weh. bukan beza jauh pun. tetap orang PJ.

okeylah. tamat dah untuk 12 years and still ni. XOXO semua.

WL: enabcantiksangat

2 comments:

Fatin Razali said...

arghhhhh!

iman??

junior sekolah aku kot!
kecik gila dunia. -.-'

maizatul suraya said...

gila kau!

:)