hearts

Tuesday, December 28, 2010

satu dalam ribu.

semalam, aku ke sana lagi.
kerana teringat saat itu.
saat yang mana, aku pun keliru.
tapi kurasa kau memang jauh, jauh berbatu-batu.
tak terkejar kaki untuk bertemu.
aku rebah. aku resah.
kenapa kau yang aku mahu?

semalam, aku cuba menambah kenalan.
konon untuk lupakan kenangan.
oh bukan. aku mahu kau dilenyapkan.
tak larat lagi memikirkan.
tapi aku gagal.
semakin aku cuba, semakin aku buntu.

sebab kau satu dalam seribu.

WL: enabcantiksangat

No comments: