hearts

Tuesday, December 14, 2010

bully chapter 1.

as salam semua. hari ni nab nak tulis sesuatu yang mungkin boleh jadi panduan kita semua. yelah. nab dapat idea ni pun masa tengok one episode of oprah winfrey show. berkaitan cyber bully. so, nab cuba cari maklumat mengenai buli ni secara mendalam, dan akan mengupasnya untuk memudahkan pembacaan korang semua.


apa itu buli?
buli merupakan tindakan seseorang mengasari seseorang lain yang lemah untuk menunjukkan kuasa dan kekuatannya. keadaan ini memaksa yang lemah akan tunduk dan menghormati yang kuat dan berkuasa. pembulian akan mewujudkan suasana yang kurang selesa dan tidak aman bagi seseorang yang dibuli.

siapa itu pembuli?
kebiasaannya, pembuli terdiri daripada orang yang lebih senior. memandangkan kes buli lebih berat di sekolah, maka pembuli terdiri daripada pelajar-pelajar senior. pembuli juga mempunyai anggota kumpulan yang ramai dan bertubuh sasa bagi meningkatkan kegerunan mangsa buli terhadap mereka. mengikut pakar, gejala buli ini dilakukan bagi memberi hiburan dalam kehidupan senior yang lebih bosan dan tertekan. pakar juga menyifatkan pembuli terdiri daripada golongan-golongan yang kreatif tetapi tidak tahu saluran yang betul.

siapa itu mangsa buli?
mangsa buli kebiasaannya terdiri daripada seorang pelajar yang bertubuh kecil. selalunya, mangsa buli kelihatan bersendirian dan tidak mempunyai kehidupan sosial yang baik. mangsa buli juga mungkin terdiri daripada pelajar baru dan pelajar yang kerap dipuji oleh guru. di negara luar seperti indonesia dan amerika, mangsa buli selalunya merupakan pelajar 'nerd' atau pelik dari yang lain.

mengapa pembuli membuli?
banyak sebab yang dapat dikenal pasti. antaranya,
- pengaruh rakan sebaya. disebabkan pembuli terdiri daripada sekumpulan pelajar, maka mereka akan cuba mempengaruhi sikap antara satu sama lain.
- pembuli juga mahu kelihatan popular dan dikenali dengan kekuasaan mereka.
- mereka memerlukan perhatian. sebilangan pembuli membuli untuk memperoleh perhatian daripada guru dan rakan sebaya terutama pelajar berlainan jantina.
- terdiri daripada seseorang yang tidak pandai mengawal emosi. pembuli kadang-kala merupakan seorang yang bersikap hiperaktif dan ini menyebabkan mereka tidak mengambil peduli perasaan orang lain.
- kebanyakan pembuli mempunyai rekod disiplin yang teruk dan tidak mengambil berat mengenai pelajaran.
- pembuli juga tidak senang dengan seseorang yang digelar teacher's pet, dan benci kepada sesiapa yang cuba menggunakan bahasa inggeris kerana dianggap sebagai berlagak.
- sebab lain ialah mereka bosan dengan sekolah, sengaja mahu menunjukkan kekuatan, tidak memahami perasaan mangsa buli atau pembuli pernah dibuli suatu ketika dahulu sebagai contoh, junior yang telah menjadi senior seperti yang berlaku di mana-mana sekolah asrama.

bersambung.....



WL:enabcantiksangat

No comments: