hearts

Wednesday, December 22, 2010

boleh x nanti..... and farewell to...

assalamualaikum.

well, baru sangat-sangat balik dari kajang. sangat sesak ok? sangat sesak! yelah, sekarangkan musim back to school atau kembali ke sekolah kata melayunya, so.... haruslah dipenuhi warga pekannya. 

oke oke. sebenarnya, aku suka musim back to school ni. yelah, time ni, bata, parkson, tesco, mydin, ali store dan sang lee akan berperang habis-habisan. bukan la perang ala-ala combat tu, perang harga je... lepas tu, gelagat budak-budak yang baru nak masuk darjah satu mesti komen banyak-banyak. baju tu tak best lah, nak macam kasut abang lah, yelah, anak-anak kumon dengan smart reader kids ni mulut petah tak ingat. hahahaha!! kat czip lee pulak (kedai buku paling murah dan berkualiti) mesti wujud parents yang tak penyabar, gelagat macam nak makan pekerja je. sabar la kak-kak, bang-bang oiii... (ecehh.. dah kak bang dah. dulu acik acik jooo). kiranya, musim back to school ni sama hebat dengan musim raya. kan? kan?

tadi pergi bata, walaupun niat asal nak pergi sang lee je. sebab selalunya kat situ semua murah. tapi tak kisahlah. bata pun oke je harga. memang target kasut untuk si lily ni below than RM30 je. kalau tak target, mau budak tiang ni nak yang hebak hebak harganya. hahaha!! lagipun, bata macam relax sikit. nak pilih pun tak terlalu tertekan sebab ramai orang ingat bata dah low quality with higher price. i don't think so. kalau kasut sekolah dengan kasut ofis, i will prefer bata as my first choice. sebab quality of comfort and the price still make sense lah. kalau kasut sukan, hahaha! better al ikhsan. sebab brand power hanya untuk orang yang tak guna kerap. beza la dengan aku yang bakal cikgu PJ ni. oke. pilih punya pilih tadi, kejap nak yang sarung je, kejap nak yang lekat 3 lah, kejap nak tali, last-last lily pilih north star bertali. sesuai lah dengan dia. kawan-kawan dia yang follow sekali pun kata itu trend budak zaman sekarang. *padahal aku sekolah dulu pun pakai kasut macam tu*

lebih kurang je north star lily dengan all star aku dulu.
lepas ke bata, lily ni tiba-tiba nak tudung pulak. hish.. macam-macam. aku dulu kasut,tudung,baju sekolah 2 tahun sekali baru ganti. kalau elok lagi, tambah sepasang je untuk semua. yelah, pernah rasa susah. tak macam budak zaman sekarang. asal boleh, 2 bulan sekali tukar kasut. 6 bulan sekali tukar baju, tudung. maka berjalanlah kitorang semua ke sang lee. jauh la dari bata tadi. tapi takpelah. senam-senam! haha. kata nak kurus. kehkehkeh! masuk je sang lee, mak aih!! syurga back to school mak ayah. PENUH!! dengan mak ayah nye, budak-budak nye. kitorang nye. hahaa!! nasib ada budak melayu sorang yang kerja sang lee tu tegur "akak nak cari apa?" aku pon gunalah peluang tu, sebab nak cari 1 je tudung, maka kenalah cepat. hahaha!! 5 minit je, dah siap bayar. senang je. 

perghhh.. lepas harung semua tu, aku memang bernekad dah. kalau boleh, bila dah kahwin nanti, aku nak dua je anak. jarak enam tahun. hahaha! sebab nye mudah, aku tak nak tiap-tiap tahun kena bersesak cari baju sekolah. hahaha!!! pandai x? tak payah jawab! hehehehe....

esok plan nak beli buku tulis lily pulak. duhh! malas gila kot? tapi takpelah. kira macam belajar untuk masa depan. aiceh!

bila korang dah baca sampai sini, mesti rasa aku ni kakak yang prihatin dan solehah kan?? yang ni baik korang jawab ye. hahahaha!!

papepun, farewell to amira syahidah (kawan lily) sebab tomorrow kena pindah ke kelantan. aku ni memang baik dengan kawan-kawan lily. aku anggap macam adik-adik aku gak. dia ni pindah ikut family je. dan sekolah kat smk meranti, pasir mas. yer yer je aku sebut nama sekolah tu. hahaha!!

hai! ini amira. and she's just turned 13 last 18.

itu sajokk.. terima kasih sebab baca!


WL: enabcantiksangat


3 comments:

Hanis MY said...

wahh good planning gitu beza 6 tahun hehe, akak pun masa zaman skolah guna sampai lunyai, baru boleh ganti baru... huhu..

nora said...

ye ye ko mmg kakak yg prihatin

aku punnnn (maneleh leh kalah =p)

maizatul suraya said...

kak hanis: kan? zaman sekolah dulu nak ganti memang kena tunggu kuning baru ganti. tp, dah kalau baju biru, nak kuning bile ye dakk?? hehehe..

nora: hehe. kan kan? kakak prihatin gtooo~~