hearts

Showing posts with label maktab. Show all posts
Showing posts with label maktab. Show all posts

Sunday, June 15, 2014

happy graduate!

Assalamualaikum w.b.t
and helllllllllo Sunday!


dear friends,

now i am officially graduate from Teaching Institute. proud me!
instead of writing, i chose visual type to tell you what did happen during the C-day. yeap. C-day. Convocation Day lahai....



toodles!

WL: enabdacrazie

Thursday, October 31, 2013

. mengundang .



kau dah siap AR nab? kau nak siapkan bila nab? kau dah hantar kat penyelia kau? dah tajuk mana dah AR kau? kau tak jilid lagi?


bertalu. selalu soalan macam ni bertalu dekat aku. baik dari pensyarah, atau kawan-kawan aku. magisnya, aku jawab dengan lancar. dengan nada marah, adakala dengan nada menyampah.

manusia. motivasi ada naik turunnya. iman pun sama. jadi hendak digahkan apa? aku dicanang tidak hebat bekerja? aku dihebah hanya petah berkata? nahh. kesetanan jenis apa yang korang cuba ni? kenal aku hanya pada nama, tidak bermaksud kain aku habis kau selak baca.

jangan jadi kera. kau hendakkan aku, dilambung-lambung sayang. buangkan aku, ditunjal-tunjal macam celaka. sekali lagi aku tanya, kesetanan apa yang korang cuba ni?

lama aku diam, lama aku perhati. bukan aku sengaja diam. konon diam mahu positif. lihat kurang apa dalam diri. makin aku diam, makin seronok korang menari. jelik dengan korang, aku blah angkat kaki. biarkan korang seronok dalam dunia yang dicipta fantasi.

datang balik. cerita tak sedap pasal aku. alaaaaahai. jangan sampai aku gelar yang menyampaikan tu bangang abadi. yang ikut sama lagi dahsyat, konon kamceng padahal baru lepak tak sampai sehari. ini, aku bagitau, kalau baru makan gaji sekali, jangan cerita macam esok kau punch card terakhir kali.

benda macam ni, mengundang beb. tak tahu cerita, ditanya apa. bukan semberono kau canang satu dunia. bukan boleh kau gelak ketawa macam takde agama. tanya.

eh iye. lupa pulak aku. kau kan sempurna, suci dosa. iman kau tiada hadnya. motivasi kau tiada kurangnya. kot ye pun gitu, reti-retilah jauhkan diri dari pendosa macam aku. jangan mintak macam-macam dari aku. aku pendosa. bukan berhala yang kau simpan hujung meja. kau tak sembah berhala, kan?

ada masa aku sabar, ada masa aku pendam. pendam sebab malas cakap dengan orang suci dosa macam kau. yang takde masa untuk orang-orang macam aku. yang hanya "sembah berhala" bila tahik kau dah minta keluar.

kau. memang mengundang.


Friday, February 1, 2013

# Observe Kali Pertama versi Wanita.

assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat.


Alhamdulillah. selesai minggu kedua praktikum. syukur. sepanjang minggu, berjalan dengan baik. aku terus berdoa supaya segalanya berjalan lancar sampai aku graduate. Aamiin.

hari ni, kali pertama aku di observe oleh AngAng. dan rasanya, berbeza. sungguh berbeza. aku selalu berhajat, moga-moga dapat lecturer yang prihatin dan empati. tak tipu. masa first time aku dapat tahu, AngAng jadi pensyarah penyelia aku, aku rasa super-down. serius punya super-down. yelah. banyak story aku dengar pasal AngAng. mostly, bad things. entahlah. aku percaya pulakitu yang teruk-teruk aku down. sepanjang cuti sekolah hari tu, aku fikir. benda sekarang, dia nak observe aku. kalau aku okay, dia pun akan okay jugak. well, jujur ye, aku teruk-teruk berserah dekat Allah, mohon segalanya dipermudah. mujur ada Adhir. dia yang selalu cakap AngAng okay. Alhamdulillah. setakat ni masih terasa senang dan tenang.

tadi, masa AngAng pra-observe aku, aku tenang je. tak gusar. tak menggelabah. mungkin sebab aku buat kerja. dan mungkin aku letak semuanya atas tangan Allah. kun fa ya kun. kalau Allah kata jadi, jadilah. so, aku redha. dan benar, bila kita letak segalanya atas Allah, lepas habis kita usaha dan ikhtiar, segalanya insya-Allah jadi mudah. tadi AngAng ada komen sikit-sikit cara penulisan aku. aku terima. dan dia juga terima. sebab masing-masing tahu, semua orang tak sempurna. aku lega. dia juga bagi kata-kata semangat kat aku, jangan jadikan tohmahan itu kenyataan. jadikan ia satu cabaran. kalau betul aku tak salah, aku kena bangkit untuk buktikan aku tak salah. terima kasih Allah. Kau bantu aku dengan menghantar orang yang memahami situasi aku. akhirnya, ada lagi insan yang percayakan aku sebanyak ARH.

mungkin ada di antara kalian yang mengenali AngAng akan merasakan aku tipu. #JanjiPengakap, aku tak tipu. AngAng tidak memaksa aku menjadi orang lain, bukan jadi Cada, bukan jadi Lina.  tapi dia memaksa aku untuk menjadi the better me. itu yang membuatkan aku ikhlas dari segenap segi. bukan untuk impress others, but for me. and thanks for that.


akhir kalam, aku akan terus serah segalanya pada-Nya. aku redha dalam segala hal yang berlaku dan aku percaya ada yang terbaik untuk aku. tutup buku pasal Mat. sebab dia hanya satu kisah epik pengajaran berguna masa depan. sebab Allah yang benarkan perkara tu berlaku. dan inilah pengajaran yang aku dapat. :)


terima kasih Allah. Alhamdulillah.


Love, RZ.

Thursday, January 31, 2013

# aku tak kuatlah.

assalamualaikum w.b.t and hello guys.


tadi tidur kejap
konon nak hilangkan letih separuh hari mengajar.
rumet aku balik, cerita.
dia jumpa Mat time dia pi dekat Ang Ang.
but then, Mat tanya, siapa lagi bawah Ang Ang.
pelik.
korang meeting dari tahun lepas tu, takkan sampai sudah tak tahu aku bawah Ang Ang.
konon menduga? pura-pura.
bila dia dapat tahu aku bawah Ang Ang, dia bagi amaran.
serta-merta.

hati-hati dengan Enab. (sumber google)



terima kasih Allah.
sebab bagi aku peluang untuk bangkit dari rebah.
sebab bagi aku sebab untuk bangun.
sebab bagi aku kekuatan untuk hadap segala tohmah.
kerana aku tahu aku tak kuat. 
hanya serah pada Kau, itu yang aku buat.

Allah Maha Besar. 
Dia saja tahu tiap butir perkara.
dan aku akan terus percaya.
bahawa Engkaulah punca rezekiku bermula.


Love, RZ

Tuesday, January 8, 2013

# Kelas Kajian Tindakan.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengahari.


Bismillahirrahmanirrahim.

suasana pun sekarang dah fefeeling macam sekolah dulu. al-maklumlah, tahun akhir. 5 tahun dah dekat sini. Alhamdulillah.

so, kita mula dulu dengan zikir hari selasa kita sama-sama. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad (10x). TAMBAHAN! niatkan pahala zikir kita, sedekahkan kepada kedua ibu bapa kita ye kawan-kawan :)


hari ni, ada kelas Kajian Tindakan. taklah stress sangat meskipun black and white kata kelas 5 jam. tak apa. tahun akhir ni, korban lah berhabis-habisan. lepas ni, komfem rindu nak belajar balik. hiks!


aku taknak komen apa-apa, aku cukup jelas perjalanan nak menghasilkan satu kajian tindakan yang baik, meskipun OCM ada keluarkan satu perkataan yang at first aku rasa macam, "aik? aku tanya, aku dpt taik?" eh, entahlah. katapun AT FIRST. ehehehe...

soalan aku masa kelas semalam, jawapan aku dapat hari ni, camtulah temanya. tapi memang pedas dan aku faham. sefaham-fahamnya. soalannya, "Encik, boleh tak bagi time frame tentang apa yang kitorang perlu buat sepanjang kajian tindakan ni? sebab saya takut tak boleh disiplin, plus tak nampak sejelasnya apa yg perlu dilakukan." camtulah. soalan mcm bodoh, mcm tak buat research. tapi biasalah. aku ni cepat gelabah, cepat stress. so, aku selalu bagi soalan-soalan yang out of yang orang normal fikir. tak penyabor lah bahasa mudahnya. Bod*h pun boleh juga.

sekali encik bagi jawapan pulang paku. Dangggg! kejap. "saya jelaskan prosedur hari ni, so awak boleh nampak perjalanan kajian awak nanti. saya bukan taknak bagi time frame, nanti awak semua ni macam anjing, tunggu tuan suap maaaaaakan je. maaflah bahasa saya kasor ye Jenab. saya nak awak semua buat sendiri time frame. yg saya tahu, minggu keempat dah ada proposal untuk dibentangkan".

okay. first sekali. sebut nama aku. tak perlu rasanya. hiks. tapi bila disebut tu, aku terus faham, benda ni, kajian aku. aku yang kena fikir sendiri. secondly, OCM dah pun bagi time frame. perasan tak perasan, memang beliau dah bagi. kih kih. tetapp disuap. namanya pun, bapak. ego ego tinggi melangit, sayang anak tetap diselit. thank you so much lahhh abahhh ;)

anyway, tahun akhir ni, aku akan cuba sehabis baik. dalam pelajaran, dalam persahabatan dan dalam akhlak. nak jadi cikgu, kenalah praktis dari sekarang. teringat pesan arwah Tok Wak, hidup kita ni mulut kena manis, hati kena baik. campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jadi gunung. boleh saja hidup di mana-mana. doakan aku untuk kekal istiqamah dalam semua perkara di atas. aku pun doakan korang jugak <3

okay. tinggal kejap. nanti kita share lagi.


WL : enab

Thursday, January 3, 2013

#GADOH

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

2013 aku bermula dengan perjalanan yang serba tidak semangat ke Penang. kepulangan kali ini menjurus kepada matlamat jangka pendek aku, - dapat elaun terbang ke Langkawi, dan beli sebijik Blackberry. -

tidak terlintas rasa mahu belajar. entahlah. kebarangkalian aku lelah dengan negeri orang. kecapekan terhadap Penang amatlah membimbangkan. ya. kau merasakan kali ni, aku menulis seakan luahan hati. tapi itulah yang terpaksa aku hadapi. perasaan 2 kali di sekolah menengah. sedangkan sekolah menengah hanya perlu dihadap sekali seumur hidup. ah. bosan melihat tulisan kali ini. mohon beredar.

aku dapat tahu aku dapat bilik asrama di tingkat 3, sama dengan Mie, Yaya dan rumet aku Fiza. kitorang dicampak di tingkat tertinggi dan dibiarkan berempat dalam bilik yang sama. Yeayyyyyyyyyyyyyyyy!!! <-------- itu perkara pertama yang aku sebut.  seronoklah gila babi sebab dapat duduk dengan makhluk Tuhan yang aku tahu lepas maktab ni tak boleh nak bahan satu sama lain. benda ni disampaikan oleh Mie masa aku buat lawatan ilmiah kat rumah dia. tapi deeeeeeeeeeeep talk dengan mak Mie buat aku sadar, duduk bilik sesama ni tak bawak sebarang manfaat punnnn.. aku fikir-fikir, benda ni ada betulnya. Semester 7 pulak lama nak praktikal. kalau duduk berempat ni selalunya akan ada sesi luahan hati sampai lupa nak buat RPH untuk hari esoknya. ni based on pengalaman aku masa duduk SEMTEG dululah. asal bulan naik jek, mesti nak muhasabah diri, mesti fefeeling nak jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. TINDAKAN? takkan ada. sembanglahhh sampai kiamat. sembanglahhh...

nasib baik Yaya balik awal. ye. beliau adalah seorang yang amat seronok bila melibatkan hal maktab. seronok sangat sampai mimpi MissTeo pakai bulu mata tanam. tahpape. bila dah balik awal, dia argue pasaipa kitorang je yang dapat 1 bilik berempat tu. then, dapat tukar. but still, tingkat 3. aku ni bukan kisah sangat pasal tingkat-tingkat ni. cuma prinsip aku, sekali dah naik, jangan harap nak turun dan begitulah sebaliknya. gelak sendiri. aku nampak banyak kerutan timbul sejak Yaya jejak tanah Bainun ni. serius dia serius.

2 Januari. first day kelas yang kitorang merancang tak mahu ke kelas sebab Naim tak balik Penang lagi. memberontak katanyaaaaahhh..... taklah. niat utama sebab nak argue dan setelkan hal asrama. tahun akhir ni memang taring aku menjadi-jadi. semua benda konon tak puas hati, semua tak kena. ayat mula-mula aku dekat Yaya, "korang cakap, aku tambah-tambah nanti" ye. nampak macam tak bertanggungjawab mulanya, tapi tolong jangan mula buat dosa dengan perasaan rasa aku ni yang jenis menumpang je. jujur ye, aku kalau nak argue, aku keluar apa saja dari mulut, tak guna otak. lidah lagi cepat membariskan ayat. aku suruh geng aku cakap dulu sebab aku nak fikir senjata paling hebat. hasilnya, selepas hampir 400jam di depan pejabat asrama, kitorang mula lose hope untuk dapat bilik GRONDFLOOR. sengaja eja macam tu sebab nganjeng pejabat asrama eja salah. Fiza dengan Mie jadi taruhan, aku dan Yaya duduk tepi, fikir apa yang patut. tiba-tiba Fiza and Mie buat muka macam memang kita patut angkat bendera putih, terus jadi pemangkin buat aku. aku bangun dari duduk bodoh. pegi depan kaunter pejabat asrama dan buat muka saiko aku. ala-ala muka Puss in Boots. taklah secomel dia. mohon tidak terjijik rasa hati.

puff. akak tu terus bagi satu solution. mungkin dah naik jijik dengan muka kitorang menempel dekat depan pejabat dia buat dia loya. peduli pulak aku. yang penting, kitorang berjaya menyaiko 2 orang arahan** orang atasan yang sewenang-wenangnya melepaskan batuk di tangga hingga menyebabkan diri mereka disaiko oleh budak penyaiko. tahniah SuperSaikos. kenangan tahun akhir di awal tahun. keh keh keh


kesian jugak mereka yang terkena penangan geng SuperSaiko. nasib diorang tak jumpa SuperSailang. lagi haru. -wujudakah SuperSailang kat maktab ni? aku tahu siapa.


semoga tahun 2013 memberi kitorang Batch 2010 menjadi terhebat dalam sejarah Bainun. sejarah yang mustahil dicipta meskipun berjuta batch dicipta, tetap kitorang batch terunik. UNIK. dari sebaik-baik kes sampailah kes pelik Rizal bukan nama sebenar.. #eh?

bodoh mensi nama beliau. habis geng motor berkuasa tinggi cari aku. mohon cari mazidul akmal. dialah punca semua ini. KAH KAH KAH.


aku sayang diri sendiri. tak payah rasa bongok. aku sayang korang sebenarnya lah penyentapppppppppppp!




**arahan = sebenarnya aku nak tulis badut orang atasan. tapi, nanti pun aku akan merasakan seperti mereka. cuma aku akan pastikan aku tidak ulangi kebodohan sia-sia. nak bodoh, biar bodoh yang comel-comel jek, macam cerita korea yang bodoh tu. tak. aku tipu.


WL : enabcantiksangat

Friday, September 30, 2011

the day she said goodbye -Bainun-rians!

assalamualaikum.


tajuk kali ni, aku tujukan buat pengarah tercomel aku, Cik Hjh Rosenah, yang bakal bersara tidak berapa lama lagi.


pertamanya, aku takkan lupa cara beliau yang sangat approachable. eh? boleh guna ke perkataan tu? tak kisahlah. yang aku tau, dia sangat open-minded. yelah. especially dalam ease your tension. bagi beliau, sometimes, kita kena chillax diri sendiri dengan aktiviti kebudayaan such as menari, menyanyi etc. etc. memang jadi isu kuat dekat maktab aku ni if malay girls join something yg kebudayaan ni. so, first time aku jumpa pengarah, masa tu dekat DAB*, rehearsal pasal apentah. beliau komplen dekat aku macam-macam. tanya pelbagai perkara. first Q, WHY dalam tarian tu takde budak melayu? then aku jawab, ade je, tu, dua orang budak laki *sambil tunjuk jari arah dua orang FAIZ*. then again, WHERE the malay girls? kenapa tak join? kamu tak menghargai seni budaya warisan kita ke? i answered, well puan, kat sini malay girls are forbidden utk aktiviti menari. dikata mereka, lenggok tari mencolok mata. lemah gemalai jari jemari buat banyak adik berdiri. *ape ape? kau double meaning lah tuuu*


keduanya, aku takkan lupa cara beliau attend every single students program. and more, aku takkan lupa macam mana beliau join senamseni berpakaian sukan full. bukan apa, selalunya, makin berpangkat besar, makin jiwa besar. setakat baju pj buat lemuih muka apa crita? HAHA. so, aku berbangga. dan beliau ni jugak suka dengan muzik. well, singaporean! jiwa klasik lah sikit. eh eh? orang gurney road kot. hai pengarah! saya orchard road girl *tiberrrr*


ketiganya, aku suka every single words yang beliau cakap. menarik, meleret. maksud aku, ceritanya hanya pasal batu. dan beliau boleh elaborate sambil keluarkan lirik lagu klasik dan meleret sehingga habis. hey, tak ramai orang ada communication skills macam tu. aku pun tade. hukhuk. :(


cukuplah tiga perkara yang aku betul-betul suka tentang pengarah kali ni. biarlah ape orang nak kata, tapi first impression aku terhadapnya tak pernah berubah walau sekali. drastically beliau ubah corak pimpinan mantan pengarah lama. dan drastically aku terus suka. :)


welcome and goodbye Cik Hjh Rosenah. thanxsomuch for everything. till we meet again. :)


p.s : aku tak ada gambar dgn pengarah masa dekat KOGUM itu hari. hukhuk. sape ade sape ade?


WL: enabcantiksangat

Sunday, September 11, 2011

tatkala rindu menyinggah by dear Yani


so today, i just want to read and read. and for now, i wanna share something that i read from my dear friend's Yani, fb. 

**************************************

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..bingkisan nota ini khas buat rumateku Ana Zahidah..
dan semua yg merindui air telaga Rasulullah..
bukan niatku titipkan rasa ini untu menyatakan kehebtan atau kealimanku..
sekadar berkongsi rasa..
berada di singgah sana ini sungguh gembira bersama keluarga..
namun mujahadah sendirian amat menggoyahkan tanpa shbt2 yg soleh..
ingin aku luahkan tarbiyah yg aku peroleh sepanjang di rumah..
malas aku nk menulis tetapi insyaAllah ini juga pena dakwah..
membaca qasidah burdah..yg bermaksud..
' yah, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidurpun susah,begitulah sebenarnya cinta apabila telah bertapak di di dalam hati,ia akan menukar segala kelazatan menjadi derita',..

4 sunnah yg aku menonton tanpa sengaja di tv n ada yg aku terbaca...rindu hati ini pada nabi..rindu sekali

1) bagaimana caranya nabi itu ke pasar
bicaranya nabi dari sekecil hal sehingga sebesarnya untuk mendidik ummah..nabi masuk ke pasar didahului dgn doa..agaknya g mana sikapnya kita pabila ke pasar..nabi itu ke pasar bergaul dengan penuh kesopanan.. nabi xsuka penjual yg melelong barangan dgn meninggikan suara...ada juga kisah nabi bersama abu hurairah..tatkala nabi membeli brg abuhurairah ingin bantu membawanya..tetapi nabi menolak katanya nabi biarlah yg membeli lebih afdhol membawa..jika diteliti nabilah sayyidul suq..tuan ptama yg memperkenalkjan pasar..penuh dgn peniaga yg beradab sopan..akhlaknya mulia.,,sungguh hari itu air mataku berderai...betapa sunnah itu ditinggalkan sehingga pasar jadi tempatnya penuh maksiat...mengapa mengaku cinta jika banyak yg dilakukan bukan sunnah..=(

2) nabi itu sukakan semua bermula dgn kanan
nabi masuk kerumah dgn kaki kanan,nabi mkn dgn kanan,nabi minum juga dgn tgn kanna, pkai bju juga mulakan dgn tgn kanan..SUBHANALLLAH...mengapa aku ini xtahu  mengambil keberkatan sunnah...sgalanya bermula kanan kecuali masuk ke tandas...nabi mahu semuanya dalam keadaan penuh kebaekAN..sama seperti membaca bismillah setiap kali mulakan pekerjaan kerna risau hilang berkahnya.. dan jgn sekali lupa mengambil sikap rahman nrohim dalm kalimah basmalah itu..benarlah keturunan nabi yakni ahlul bait..jika masuk kie rumah dgn kaki kiri mereka akn melompat keluar seperti nampak ular kerna hanya satu perkara iaitu menghidupkan SUNNAH..

3) nabi itu sagt sukakan kucing
SUBHANALLAH..ari ni ada org benci kucing,pijak kucing..takut dgn kucing..tatkala bubur saidatina a'isyah dimakan kucing..n dia membuang sedikit bekas jilatan nabi memberitahunya xperlu buang krna kucing xkotor..jika air dijilat kucing..nabi tetap menagmbil wudhuk dgnnya..sahabat nabi abu hurairah juga suka dgn kucing..ya Allah..bila dikaji saintis ya benar kucing itu bersih dri kuman..kerna itu dia xsuka dimandikan.,,kena air krana dlm air byk kuman..air liurnya mampu jdi penawar..ini bermakna cintanya nabi bukan hanya padaummat tapi pada haiwan juga xpernah berbelah bahagi..nah lihat saja akhlaknya terhadap binatang..Allah

4) nabi itu cintakan kanak-kanak
nabi jika jumpa kanak-kanak nabi peluk nabi cium pipi kanak-kanak..nabi mrh jika org dewasa mengajar menipu..nabi berlumba lari dgn kanak-kanak...jika diminta pukul kanak2 umornya 10thun jika xsolat..pukulannya tidaklah kuat..cukup sekadar sebesar batang kayu sugi..ya ALLAH..lembutnya nabi..halusnya akhlaknya...tatkala solat cucunya naik ke belakang..maka sujudnya nabi panjang hingga cucunya turun..tatkala menjamu buah kepada kanak2 baginda akn membaca doa pda buah tersebut agar jin yg suka menganggu kanak2  lari..tatkala cucnya nabi termkan  kurma zkat..dikoreknya dari mulut cucunya kerna itu bukan hak mereka yg berketurunan nabi..juga ingin aku katakan bahawa tatkala nabi menyatakan andai kata anakku fatmah mencuri maka tangannya akn ku potonhg..Allah..

Ya RAsulullah..Ya Habiballah..andai dlm hadis qudsi..Allah menyatakan dusta org yg mencintaiku sedangkan dia tidak bangun untuk qiam n merintih padaKU..begitu juga org yg mencintamu nabi..yakni aku tetapi akhlakku jauh tidak halus sepertimu..maafkan aku..aku masih dlm bimbingan murobbi..

ANDAI RASULULLAH SAW YG KITA CINTAI MAKA MARILAH KITA TURUTI AKHLAKNYA=)
                                                                   - FATTABIUNI -

yg membaca post ini..share n sebarkanlah...hanya satu pesanku..cintailah nabi sedalamnya..lama kelamaan satu persatu kejahilan,kekerasan,keegoan n akhlak buruk akan gugur seperti berguguran air mta kerinduan..hanya yg melalui keasyikan..merasainya...

**************************************

#iloveteachers


WL: enabcantiksangat

Thursday, September 8, 2011

love youth, love your country!

assalamualaikum.

something noble is never easy to do - Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Vice Chancellor of UiTM.

hi friends! how do you do? well, i wish Selamat Hari Raya and happy birthday for those who celebrated. XOXO from me. :)


dear, what is the first thing comes to your mind when i said discipline? is it a teacher with "rotan"? or some races fighting? or just "pancitkan tayar cikgu tu"? how about self discipline? did you imagine about waking up late? or managing myself out? 

okay stop.

now let us see what is discipline all about. well, i said that a discipline is a routine that a human saw, did or heard everyday. well, i don't want to refer any Wiki's discipline definition. it just come along with my facts. that's all. in school, for example, students may lack of disciplines because they are exposed to too many negativity norms. as we could see, all medias like radios, tvs', newspapers, will brought these negativity right to their mind and poof! teenagers, they are more like fires, so the negativity will spreading in secs. don't be shocked, because, it is true hollywood stories

as an adults, it is our responsibility to help them. disciplinary is not about judging or punishing. it is about to educating youth. not to mention, teachers and parents should be together handling these matter. medias also. they should play a role with positive things. yayaya~ i know. it is your job to report all things that happened. but, you should know that your news is not only about dirty politics, and celebrities world, or even an abortion. it should be wider than that. my cousin takes journalism course, and yes, she did agree about all tabloids dirty games. political issues, abortions at some 'kampung', abortions between 'sekolah pondok' teenagers. it is all about money and ranking. not about the citizens, and most importantly it is not about YOU friends! write-lah something about that can motivating them. encouraging them. something that can bring positive and meaningful to them. it will helps, at least, decreasing discipline graph in Malaysia.

so lets help teachers, 'ringankan beban, berganding tangan'. :)


mesej komuniti ini disampaikan oleh saya, cik raja zainab. 

feel the passion, feel the care <3

#iloveteachers

WL: enabcantiksangat

Tuesday, July 26, 2011

cubaan : puisi alih bahasa.

bumi ini
subur.

tak lapuk
dek rezeki.

tak lekang
dek tumbuhan.

tapi kita?
tiada usaha.
putus asa.

zhe da  di shi fei wo de
shi yong hen de.
ru guo zhe li mei you le li yi zhe liang gezi.

zhe da di shi bu hui xiao shi de.
yin wei chong man zhe cong cong de shu mu.

ru guo you yi tian da di hui gai bian.
bi ding shi ren lei de zi si er zao cheng de.

err. macam pelik kan? tapi ini semua telah di alih bahasa oleh saudara yong dan rakannya yang sudi membantu aku mengalih bahasa. so, kalau aku tulis salah, maksudnya ada kesilapan pada tulisan mereka. hikhik. 
btw, thanx adik adik!

WL: enabcantiksangat

Wednesday, May 25, 2011

under construction

assalamualaikum.


| this messy room owned by some girl name Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin. |

mood : packing and repacking.
wrapping and unwrapping.
<3

___________________________________


well, tomorrow. yeah. tomorrow morning to be exact.
i will be on road on my way to kajang. 
how i miss kajang's sweet and sweat perfume.
love it!

so people, it will take about 5 hours.
till then, don't miss me.
i love you.
i love you.
i love you.
-----


Monday, May 9, 2011

photographer lomo.


assalamualaikum. 

yeay! saya sedang mengalami fasa boring dengan tabah. gimme 5! yeay!

Pulau Pinang, 8 Mei - Sepanjang beberapa hari duduk di kampus kesayangan, saya dan seorang lagi photographer terkenal telah mengisi masa lapang kami dengan menembak beberapa gambar seorang model shawl yang hot. well, dengan kekangan lokasi (terpaksa dirahsiakan demi model tersebut), kami cuba dari pelbagai sudut tepat segitiga bermuda sehingga mencapai seperti yang dirancangkan. walaupun bukanlah seperti UPM dan bukan juga seperti di Broga Hills, kualiti terbaik dari ladang yang selama ini menjadi tagline supernub and hundomia co.kini berjaya dibuktikan dengan kemahiran sinematografi yang gila kentang powernya. kami juga telah ditawarkan untuk menjadi VIP photographer untuk gala night sebuah majlis (terpaksa dirahsiakan atas permintaan host event). kami belum lagi memberi kata putus, dan apa kata anda yang tolong putuskan untuk kami. jammed! terima kasih kepada designer dan props manager dari Madhira's chains. jasa yang amat supernova hebat dari pihak mereka memang tidak dapat disangkal. akhir kata, terima kasih sebab membaca.


WL: enabcantiksangat

Wednesday, May 4, 2011

serabut.

duduk sorang dalam bilik.
tak makan tak minum buat muka sedih.
exam dah dekat buku tak belek.
apa nak jadi dengan aku ni?

tengok luar orang jalan-jalan.
"duit tak abes ke?" aku dah heran.
aku ni tak bau kajang pun dah 2 bulan.
korang meniaga apa sampai duit berkoyan-koyan?

jadual dah keluar, apa tindakan.
mata berpinar hati serabut.
buku pun takda satu nak buat rujukan.
habislah aku kena cari mood.

<jadual exam untuk semua ambilan PISMP dah keluar. tolong nasihatkan aku supaya belajar.>
tekan kotak empat segi ni untuk saiz sesuai dengan mata anda.

WL: enabcantiksangat

Friday, April 29, 2011

makan.

assalamualaikum.

malam ni, 

saya

dan 

kawan saya

nak keluar cari
makanan

sebab saya berbuka makan sosej dan milo je tadi.

:)

WL: enabcantiksangat





Thursday, April 28, 2011

alhamdulillah. she did.

assalamualaikum.

ingat lagi post before this? about my senior yg non muslim tu? tak ingat tekan sini.


btw friends, its done. alhamdulillah. now she is fully MUSLIM. i'm not sure when, but i will ask her then.

i love u more now sis! <3<3<3

WL: enabcantiksangat

Sunday, April 24, 2011

saya suka edit gambar. jadi?

assalamualaikum.

hello kawan-kawan. dah malam, tapi masih tak tidur?

hehe. kali ni nak update gambar-gambar yang sepatutnya diletakkan sejak seminggu lalu. baru ada mood nak edit sikit-sikit.


RPH

refleksi bersama puan ang

"uolss kena pandai tackle markah"

kelas intel @ blogging?

tips sebelum exam HE.
presentation

kusyuk sebab apa?

mocippp?
tetap Rohani. HAHA.

KK konon-konon berkaliber.

dan lagi korang posing.

haiyarrkk!

ampunkan saya penunggu gua!

setakat belantan, ada aku kesah?

ini sibs saya. excluding yg mamat tuh.

girlmates. hehe :)
saya dan adik saya.
baby sarep. my dear son.
bergelimpangan
saya baru kenal ini kakak.

oh dan mereka sgt gemar bergambar.

saya sayang mereka yang ada dalam gambar ni. saya sayang mereka semua. semua ada kelebihan dan kekurangan yang saya suka. suka hati sayalah. saya memang gila edit. jadi?


p.s: kejadah guna mode kata nama "saya"?? 

WL: enabcantiksangat