hearts

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Tips : Kaitan Kentut dengan Personaliti Anda.


siapa suka kentut? aku rajin kentut. takkan aku nak tipu bab cemtu. gila?


okay. aku pernah jugak baca pasal jokes kentut ni. salah satunya ;


Udin : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu : Wind of change.
UdinKentut yang tidak bunyi?
Cikgu : Sound of silence.
UdinKentut yang tak disengaja?
Cikgu : Careless whisper.
UdinKentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.
UdinKentut yang bau sangat?
Cikgu : Killing me softly.
Udin : Kentut di malam hari?
Guru : Wonderfull tonight.
Udin : Orang yang sering kentut?
Cikgu: No body but you.

enough said. aku terhibur dengan jokes macamni. wkwkwkw~~


ohh .. pandai yee nak condemn kiteee ...


apa kaitan pulak jokes kentut dengan tajuk aku kali ni? biasalah. korang yang spesies tak penyabor memang suka lawak-lawak hambar kengkonon intro aku kan? so, layan jelaa... mihmihmih~~

perkaitan kentut dengan personaliti korang bolehlah dikategorikan seperti ini ; 

  • Kentut Senyap.
jenis kentut ni kita tahu, jenis yang berbau hazabb. jadi, kalau korang spesies ni, atau terjumpa dengan pesen kawan macam ni, kita boleh kategorikan kamu/dia sebagai backstabber. sebab jenis ni selalunya nampak macam mulia tapi kalau kita/dia jatuh, kamu/dia akan bersorak sorai. eh, kau seronok eyh??

  • Kentut Berbunyi Paip.
jenis kentut ni selalunya berbunyi kuat. sebijik kalau kena memang mau berdesing telinga. jadi pesen kawan yang macam ni selalunya jenis yang tak kisah kau orang nak kata apa. dia yakin dengan semua benda yang dia buat. yang dia tahudia buat apa yang dia mahu. bukan buta tuli ikut arahan orang. he he he. korang ke?

  • Kentut Sembunyi-Sembunyi.
jenis kentut macam ni selalunya akan cuba tahan dari terlepas. sedaya upaya elak dari pengetahuan orang yang dia tengah kentut. so, kalau terserempak pesen ni, jangan risau. dia jenis yang tak peduli kisah orang lain. dia kisah pasal aib dia je. dia sedaya upaya taknak bagitau dunia dia ada masalah atau salah yang dia buat. so, korang buatlah hal korang macam biasa. he he he.

  • Kentut Vagina.
omputih menggelarkan jenis kentut ni sebagai Vart. gabungan VaginaFart. orang pempuan pahamlah cane rasanya. he he he. kebiasaannya, kalau korang jumpa pesen member macam ni, korang kena hati-hati. encik Wiki kata, Vart ni terhasil bila kerap having saks atau terlalu aktif exercise. jadi, korang paham-paham kan jela. HAR HAR HAR...... 
[nota kaki : orang laki takde ke????? musykil kejap...]

  • Kentut Ter-Ter.
kentut jenis ni selalu sangat Ter Ter. maksudnya, tidak sengaja. selalu korang akan dengar, "opps, tak sengaja lah olss.. sorry..." pesen manusia macam ni selalunya orang yang buat salah, suka nak coverline, konon dia tak salah. saja nak buat lawak hambar. tapi ada jugak yang kentut ter ter ni sampai Tercirit. jadi, sedia maklum, maafkan jelah. he he he


cukoplah nak kenal personaliti melalui jenis kentut. betul atau salah, tu takde kajian. sebab aku tulis berdasarkan perasaan aku yang kebuntuan. plus aku jenis yang ter ter ni. HA HA HA. 


jadi, bolehlah korang periksa diri korang, kentut pesen yang mana. HA HA HA!!



toodles!

Sunday, May 19, 2013

# Nak Makan Boleh, Tapi........ Tips

Lulu : nak kurus apa lagi ni RZ? dah kecik sangat aku tengok kau ni.
CRZ : huhu. aku nak susut sikit. rasa gemuk lah.
Lulu : ek eleh. tapi nasik lemak order sampai 3 dengan aku.
CRZ : itu semua penangan mimpi tadi weyyy~ jangan ah cakap cemtu...
Lulu : yeke...
CRZ : gila punya mimpi. mimpi nasik lemak markas lak tu. HAHAHA.
Lulu : yela. pegilah makan. :)
CRZ : thanx Lulu. kau memang memahami!


****************************************************


Assalamualaikum w.b.t dan happy Sunday olss~~ :)


well, disebabkan semalam saya telah bedal 3 bungkus nasi lemak markas yang sedap, dek kerana stress ulangkaji (tipu), hari ni dengan penuh iltizam, saya pun mengorbankan masa saya dengan berjoging dan berjoget di Mengkuang Dam. mihmihmih. syok jugak sebab rezeki saya ada senamrobik anjuran MyIPO tadi.


hari tu saya dah janji nak share sikit tips camne nak kurus kan? kan? errr. leh rujuk SINI kot. hihi.

***************************************************


1. set your goal first. aku selalu kalau orang tanya camne nak kurus, literally aku takkan sebut benda ni dulu. selalu nak last-last ayat. actually, inilah kedudukan sebenarnya. korang kena tetapkan dulu niat nak kurangkan berat, macam,

"Sahaja aku nak susut kerana aku bakal pengantin lagi 3 bulan" #hambar gtewww~~

eherher~ lebih kurang cemtu arr. tak payah nak sahaja pun okay. yang penting korang ada matlamat. matlamat pulak tak payah nak kecik-kecik sangat. motivasi kurang. dan tak perlu berat sangat. pun menyebabkan motivasi kurang. kiranya akan jadi inverted U lah graf korang nanti. eh

minggu ni aku ada paper pasal arousal sebenarnya. terbawak-bawak. he he he

2. pastikan air dalam badan sentiasa cukup. korang kena paham byline aku ni. cukup. tak lebih, tak kurang. selalu aku amalkan setiap sejam mesti teguk 3 kali air. cukup. seteguk tu pulak secomel yang mungkin. semuat mulut kata orang. erherher. ini tidak. ada orang tu teguknya macam setahun tak minum. ada jugak hanya having a sip. well dior, jangan begitu ye. badan kita ni perlukan air untuk banyak proses. bagi oksigen, proses penghadaman etc etc. so, jangan kedekut bagi badan kita air. atau korang sanggup kena sakit buah pinggang? hah? hah? takut tak?

bila aku ckp air, sila paham. air kosong kurang manis. okay?


3. serat tinggi dalam diet. orang Malaysia ni, femes dengan makanan. semalam dengar Chef Wan cakap kat Red.Fm, disebabkan orang kata makanan Malaysian ni banyak kolestrol, menyebabkan ramai chef muda memfusionkan makanan asli rakyat Malaysia.  padahal bukan makanan yang salah, manusia yang makan tu yang tak reti menyeimbangkan diet diorang. yang penting, bekalkan badan kita dengan makanan yang tinggi serat.

buah-buahan yang berwarna gelap dan sayuran hijau mampu untuk membantu perut comel kita menghadamkan makanan yang kita makan. ingat ye. serat tu banyak bakteria baik yang membantu menyahtoksinkan bakteria jahat dari usus kita. ibaratnya dialah janitor yang bekerja untuk usus kita ni.

set hidangan yang baik untuk anda! :)

oh, kalau korang adalah spesies tak makan sayur, boleh amalkan Yakult takpun Yogurt. yang penting, baca dulu kandungan minuman korang tu. kalau ada lactobacillus, kira okaylah. sebab lactobacillus ni adalah sejenis bakteria baik. dalam keju pun ada :)


4. make a move! garang tak kita?? hikhik.. okay. aku maksudkan korang kena bergerak kerap. kalau kerja tu pesen duduk doplohpat jam, apa kata, setiap 2 jam, korang gerak pegi toilet yang paling jauh dalam building ofis. bukan apa, kurang-kurang, urat sendi semua boleh diregang sikit. taklah kendur. bila urat sendi elok, perjalanan darah pun jadi smooth. hikhik. maaflah. bahasa kampung. kita orang kampung. ihiks!

buat keje sambil berdiri lagi bagus tau. serius tak tipu.

5. last sekali, (eh dah last dah?) korang kena tanya kawan-kawan, how do i look? selalu. kita ni kan selalu fefeeling kurus. eh, aku kot sebenarnya. mihmihmih. kita kena tanya kawan kita, elok tak saiz aku sekarang? muka aku pucat tak? aku buncit tak? dan lain-lain soalan yang sepatutnya. sebab itu sebagai motivasi kita. kadang-kadang bila dah perasan kurus, kita tak sedar, mata kita makin sembab, tangan makin gelebeh dan muka nampak cengkung serupa opah kita. hihi. so, jangan malu, tanya kawan kita. :)

time tanya tu, jangan buat muka cemni. silap haribulan, ICU.


**************************************************


so, kesimpulannya, nak makan tu, tak ada masalah. makanlah. sebab usus kita kena bersenam jugak, dengan menghadamkan makanan kita. cumanya, jangan berlebihan dan ikut kuantiti yang diperlukan. korang ikat perut camne pun, kalau makan serupa tak pernah nampak nasik, tak payah. he he he


till then,



toodles!


Sunday, February 24, 2013

# please stay. just stay.

assalamualaikum w.b.t and hello friends.


everytime i wake up, the first thing comes up is, what day is today? Alhamdulillah. today is Sunday. another day of preparing myself to be a good one young lady.

i never thought that i will be on this age, having such a plenty good girl friends, that i can spend my most time with them by sharing stories, ideas and gossips. oh, forgot, i've got less than 3 guys person that i could share gossips. hee :)

-----

everyday, i will said this magical words, "if i am not perfect, then i don't have to expect the others will ". so, in case i've got mad with my friends, i will tell myself this. every man on earth will never be perfect. we're like a pipe hose. the longer the pipe have been used, the more it can wear and tear. so were we. the more we live, the more we do mistakes. so, lesson #1, never expect the others perfect--


then, there will be a day with storm. in friendhood, we sometimes talking back each other. then, we will be good. then it recycle till we die. it is common. sometimes, we just saying this and that so we could reflect ourselves, we are just a human being. we want to let go some negative thinking by letting that feeling bad to some friend. maybe, we can count ourselves a new perspective about being in this relationship. lesson #2, it is okay if you talking back. BUT! you must have look the right person. if he/she cannot be trusted, then don't jump into the volcano guys... you MUST KNOW who is your friend.


a backstabber? yes. in the middle time of being a good friend, you must learn from backstabber. how hurt you are when you had been stabbed from your back? so then, you will never think about to back stab others, right? unless, you have some notion on get revenge, so there is nothing i could say. then, lesson #3, i should say is, learn from your backstabber.

-----

enough of three some tips being a good friend. in my life, i just hope that i would be the greatest friend that my friend dreams to be. but, yeah, we never be the same, and i just accept them the way they are. so let this ships plough the rough seas, and please stay with me. and i will just stay for you.  :)


love, .RZ.

Sunday, September 11, 2011

hantaran oh hantaran!

assalamualaikum. sekali lagi aku menyemakkan kehidupan korang yang serba indah tu. hehe. aku sayang korang. 
nahhh xoxoxoxoxoxoxoxoxoxo <3


encik google image adorable takde gambar yg lebih adorable utk keyword -HANTARAN

sekarang kan, aku selalu tengok dekat status dan dinding fesbuk kawan-kawan cerita pasal hantaran. kononnya ;-

>
>
>
>
>
>

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini (Ringgit Malaysia) dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000


realiti atau fantasi? 


aku perempuan. dan aku tahu, ramai kawan perempuan aku suka dengan sebut harga (mcm barang kan?) seperti di atas. kononnya, itu yang selayaknya. kalau mahu, harus sanggup. emm. terfikir seketika.


tiba-tiba. aku terjumpa sesuatu kata bantahan dari sang lelaki. oh. mereka begitu prihatin ye mengenai kes duit hantaran ni. tak betah duduk harus balas. katanya,

>
>
>
>
>
>
>
>
>

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH: Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ". Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat ".. Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ". Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!



sentap mak nak!
susah nak cakap. macam nak berniaga pun ada. 


kita manusia, bukan barang. sila ambik memory card, letak dalam otak, kalau rasa diri anda sebuah barang. harga hantaran bagi aku tak perlulah melebih-lebih. cukuplah sekadarnya, tidak menyusahkan pihak lelaki. kalau nak buat kenduri besar, sendiri keluarlah the money money. dan, kalau nak sangat hadap duit hantaran macam yang dicanang-canang, cari yang berkemampuan, buat apa cari pion opis, cari abg safeguards? carilah abg senior engineer (yg junior gaji ciput, kau tau kan?), carilah abg doktor bkn MA. 

eleh, boleh buat loan kot!

ewah! duit pinjam mana berkat! itu pasal aku suruh pasang memory card kat dalam otak. kasi kau ingat sampai bebila. duit pinjam bhai! tak abis bayar dah gaduh perang besar. konon tak mampu beli gelang tiap kali raya sebab nak settle kan hutang bodoh nak kawen dengan kau. penah tengok citer PRamlee yang seniman bujang lapok tu tak? tak ingat jalan cerita? aku malas cerita, kau cari sendiri boleh?

kau perempuan, #eh kita sama.

ye. aku pun teringin majlis besar. tak tipu. nak nak kerjaya macam aku, cikgu. banyak ni VIP list wajib jemput. guru besar, orang PPD, nazir sekolah. tapi, kalau itu yang aku nak masukkan, duit cari sendiri la. jangan susahkan pihak lelaki. diorang pun nak kumpul duit, bagi kita makan lepas kawen. kot-kot kita bunting pelamin, ahh sudah, susu lampin. semua nak kena sedia. kalau kita mudahkan diorang, diorang pun akan mudahkan kita, insyaAllah.

eleh, laki ni bukan boleh bagi muka. nanti dah dibagi, pijak kepala.

#eh kau pun satu kaum Adam. agak-agak la. kan aku dah cakap. kita semua manusia. bukan barang. nak main pijak-pijak. bersyukur la sikit bhai. jangan ingat kau je ada perasaan, yang wanita anggun ayu bergaya ni macam patung kau boleh tayang tapi boleh kau tipu tiap masa. dah girls ni baik hati, kau jgn salah guna. kerjalah untuk membahagiakan mereka setiap masa. ingat, orang perempuan ni lain sikit. kau naik suara pun, diorang dah fikir limaploh juta perkara negatif tentang kau. 

aku tak backup mana-mana pihak sebenarnya. aku cuma rasa, pandangan mengenai hantaran ni berbeza tiap orang. tapi tapi kita mesti selalu fikir, kita bukan barang utk dijual. jangan terpengaruh cerita pengantin utk dijual tu. hantaran tinggi utk sesiapa yang mampu. ingat tu je. kalau diluar kemampuan, aku kira tak mampu jugaklah. lainlah kalau laki tu yang offer diri nak tanggung kos AtoZ. tapi yang penting dia yang sebut. bkn kita. 

so, aku harap, feedback dari aku ni tak disalah erti oleh pihak-pihak tertentu. kita semua nak kawen kan? toleransi kunci utama. :)

sehingga itu (aku gantikan dengan till then), 
majulah perkahwinan untuk kita semua. HAHA


#ohmama #saya #mahukawen

WL: enabcantiksangat



Thursday, September 8, 2011

love youth, love your country!

assalamualaikum.

something noble is never easy to do - Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Vice Chancellor of UiTM.

hi friends! how do you do? well, i wish Selamat Hari Raya and happy birthday for those who celebrated. XOXO from me. :)


dear, what is the first thing comes to your mind when i said discipline? is it a teacher with "rotan"? or some races fighting? or just "pancitkan tayar cikgu tu"? how about self discipline? did you imagine about waking up late? or managing myself out? 

okay stop.

now let us see what is discipline all about. well, i said that a discipline is a routine that a human saw, did or heard everyday. well, i don't want to refer any Wiki's discipline definition. it just come along with my facts. that's all. in school, for example, students may lack of disciplines because they are exposed to too many negativity norms. as we could see, all medias like radios, tvs', newspapers, will brought these negativity right to their mind and poof! teenagers, they are more like fires, so the negativity will spreading in secs. don't be shocked, because, it is true hollywood stories

as an adults, it is our responsibility to help them. disciplinary is not about judging or punishing. it is about to educating youth. not to mention, teachers and parents should be together handling these matter. medias also. they should play a role with positive things. yayaya~ i know. it is your job to report all things that happened. but, you should know that your news is not only about dirty politics, and celebrities world, or even an abortion. it should be wider than that. my cousin takes journalism course, and yes, she did agree about all tabloids dirty games. political issues, abortions at some 'kampung', abortions between 'sekolah pondok' teenagers. it is all about money and ranking. not about the citizens, and most importantly it is not about YOU friends! write-lah something about that can motivating them. encouraging them. something that can bring positive and meaningful to them. it will helps, at least, decreasing discipline graph in Malaysia.

so lets help teachers, 'ringankan beban, berganding tangan'. :)


mesej komuniti ini disampaikan oleh saya, cik raja zainab. 

feel the passion, feel the care <3

#iloveteachers

WL: enabcantiksangat

Friday, July 29, 2011

pekak aku dengar pekikmu.

dengar sini rakyat jelata!!!!
itu saja kau laungkan tiap masa.
aku pekak sakit derita.
pekikan kau nyata sia-sia.
buat jiwa parah terseksa.

wahai anak bangsaku!!!
kenal aku pun kau tak tahu.
pandang aku pun kau tak mahu.
jerit tak sudah memanggil aku.
membantu kau saat buntu.

ayuh semua rakyat negara!!!!
kau pekik laung perkara sama.
namun sambutan tetap tiada.
kau becus tidak bersedia.
habis luluh punah semua.

telah berlaku tragedi ngeri.
kau dibuang sekalian kami.
tidak sanggup menjadikan kau menteri.
kerana khidmatmu bukan untuk kami.


p.s : kesedaran mutlak harus bermula sekarang anak muda. persis akan berlaku perpecahan sekira kau tidak bersedia. lihat kiri kanan kita. ada siapa? tidak ada yang berkuasa Maha Hebat dari-Nya. ayuh. bangunlah. pekakkan telinga elakkan jampi mereka. bangunlah kerana kita berdiri kerana-Nya!

WL: enabcantiksangat

Friday, May 20, 2011

tips boleh kurus untuk cik epal.

assalamualaikum.

hey soul sister!! ceh, berangan hazama kejap. okey. selamat petang untuk kawan-kawan yang sangat awesome. kita semua nak kuruskan? tapi, macam malaskan? terutama bila orang kata, kau kurus, kau exercise la. main sport ke, kurang makan ke. well, untuk orang-orang macam aku terutamanya, yang sangat pentingkan makanan, kurang makan tu macam satu perkara berat untuk dilakukan. bersukan pulak, duh, malas. walaupun aku ni bakal cikgu PJ. bersukan tu sesuatu yang sangat ekstrem untuk aku lakukan. so, untuk cik epal, dan kawan-kawan yang sangat awesome yang dah lama craving body ala-ala kilafairy ke, aishwarya rai ke, meh, aku share sikit pasal sukan yang tak berapa sukan ni. cekidaut!

1.  menari

muzik rancak, koordinasi badan yang pelbagai. yes. menari betul-betul membantu. maksud aku, tak ada peraturan bila menari. kau belasah je macam mana style yang kau nak menari. dalam 2-3 minit, mesti kau rasa jantung kau laju gila mengepam. keep continue sampai 20 minit. sure turun sekilo dua sehari.


2.  ice skating

oh. ini pun aktiviti super cool yang kau boleh buat. yelah, sedang kau ternak lemak dekat sunway piramid ke kan, kau boleh singgah main ice skating ni. bagi aku, aktiviti ni serius penat. penat jatuh. HAHA. tapi kalau kau nak buat selalu, better beli roller blades. boleh main kat UIA. hehe..


3.  snorkeling

ye, aku tau. dekat UIA ada kolam renang. tapi kenapa aku tak cakap berenang je kan? well, aku kan nak bagi tips kurus sambil berekreasi. hee:) tapi, jujur ye, berenang buat lengan kita jadi kembang bila kita stop dengan tiba-tiba, itupun based pengalaman aku. so, better lagi snorkeling. tenang je dalam air. tengok terumbu segala. heaven wehh!!


4.  naik kuda.

naik kuda memang best. yelah, nak nak pulak jalan-jalan kat tepi pantai macam kat atas ni kan. well, aku tak naklah kau serius sampai masuk sukan ekuestrian kan, tapi at least dapat naik kuda, dalam 30 minit, kau boleh rasa celah kangkang kau macam terik gila, plus belakang badan kau macam kena pukul-pukul. HAHA. takpe. tu perkara biasa. but in few days later, kau mesti dapat rasa macam postur badan kau dah ubah-ubah sikit. and kaki kau pun ala-ala model letopp giteww.. HAHA.


5. pilates

okey. fine. memang macam susah gila nak buat pilates ni. well, kalau nak beautiful abs, ubat yang paling best ialah pilates. aku serius. macam sorang member aku yang awesome, yaya qiestina. memang, totally works! kau buat sorang-sorang pun feel wehh. 


6. capoeira

capoeira ni brazil yang cetuskan dulu. sukan ni gabungan martial art, tarian dan pergerakan akrobatik yang lain. kalau kau penah tengok dekat channel astro Li 706, ada satu slot pagi-pagi pukul 7.30, diorang buat steps capoeira. try weh. serius mencabar dan extra seronok!


7. memanah

okey. memang memanah salah satu sport. ye. tapi kalau kau tengok betul-betul, memanah boleh buat tangan kau cantik! hehe. tengok, postur tangan, cara berdiri. semua tu boleh kembalikan postur tubuh super ideal untuk kau..serius ni weh!!


well, kalau nak kurus ada je cara. tapi kita jelah yang kena usaha. wuu. aku ada lagi seminggu je untuk kurus sebelum abang aku kahwin. doakan aku ye kawan-kawan! 

**majoriti info diatas aku translate dari allwomenstalk. great info.**


in addition!

kalau nak shaping badan, bawah lengan, double chin, kau boleh try EB atau eternal beauty dari elken.


thanks for reading!

WL: enabcantiksangat