CRZ : oh, aah. diet. hari tu bunbun sangat. orang diet sikit-sikit je. mak jangan worry worry ekk?
Mak : diet diet jugak. jangan sampai tak makan. (muka serius)
CRZ : erk? yelaaa. orang makan.
*****************************************
Assalamualaikum w.b.t and morning Fridaysss!! (sambil terbayang MV TGIF Katy Perry)
awak-awak-awak. KITA ADA SATUUUUU PENGUMUMAN!! kita dah susut tauu. mihmihmih.
dulu, aku ingat lagi.. nak turunkan berat badan sebab nak kurus. kekdahnya nak kurus kalau rangka memang kecik, ye tak??? tapi memang memainkan peranan ye, bila kau timbang, kau rasa penimbang semua tipu sebab berat kau macam mendadak. serius itu aku. lepas tu mulalah Yo-Yo diet. seminggu and puffffff!! berjaya turunkan 3kg++. cewahh. bangga diri, then nak dekat period, nafsu makan membuak balik. pergh. padan muka naik balik.
cemni ah reaksi aku bila rasa penimbang tu menipu. wkwkw |
aku jadi give up sebenarnya. dah 2 tahun aku amalkan prinsip, takpelah. makan je macam biasa. kalau fikir diet, makin lapar pulak rasanya. yang penting sihat. ceh. dunia je wehh semua tu. dalam hati aku siapa yang tahu?? sob sob sob.....
last year, aku mula sebilik dengan fiza fcfc. dialah pencetus semangat aku nak kurus balik. dia kata, "antara kita siapa yang turun 5kg dulu, kita bagi hadiah, cane?" wow. bersemangat tak korang, membaca? ekeke... kalau dalam situasi tu, aku jadi semangat gillaaaa! so, aku mula balik berdiet. tapikan, kekdahnya nak diet kalau rumet aku tu ajak makan, aku menurut perintah dan makan sekali? siud. jadi, masih tidak berjaya.
FCFC selalu bagi perangsang cemni. sedih tau awak.. :( |
kitorang teruskan lagi tahun ni. so, masa awal tahun (precisely, a week practicum) aku pergi timbang. aiyooo... 60kg gileee!! aku ni tinggi ala-ala Eva Longoria jek. sangatlah down masa tengok penimbang tu. penipuuuuu! so, aku rasa, aku boleh susut sebab praktikal kan penat. semakin penat badan, semakin tak larat makan (hipotesis awal aku).
dijadikan cerita, tokey kantin sekolah aku amatlah terer bab masak. sampai bau masakan dia menusuk hidung aku masa dalam bilik guru. aku terus dibuai rasa mahu makan. makan-makan-makan-makan. satu hari yang hening, ada seorang cikgu bergelar Puan menegur, "amboi cheq, masuk hari tu kecik ja. la ni tembun macam anak dua," sambil gelak kecil. dah caci hina, boleh gelak pulak. konon berjenaka lah? ye. aku butthurt tahu?
aww. kita tak kurus dan kita tak pakai cemni. ihiks! |
bersemangat aku nak susutkan berat. kali ni, objektif aku tukar. NAK SUSUT SEBAB NAK SIHAT! jadi, aku amalkan NASI SEMINGGU SEKALI, iaitu pada hari Sabtu. dan kuantiti nasi adalah sebanyak 6 suapan besar. lebihkan serat yakni sayuran dan buahan. deep fry perlu dielakkan. ayam goreng ke, pedal goreng ke, semua tu, NO! aku sangatlah berdisiplin, tahu? lepas tu, aku telan air teh pelangsing lepas aku ambil heavy meal.
aah. teh ni lah :) |
minggu pertama macam berat sikit, tapi masih fokus. masuk minggu kedua, teringin nasi tapii!! jeng jeng jeng... mulut aku tak larat nak kunyah. nikmat makan nasi dah kurang. big hurrayyy!! so aku teruskan sampai target aku tercapai. wkwkwkw~~
oh ye. aku jugak jadi aktif berjoget semasa dalam program diet aku ni. sebagai satu senaman aktif. sebab aku malas nak lari-lari jog-jog ni. malas cari tudung. ekekekeke~~
so, aku buat kesimpulan dalam entry lain. sebab macam panjang sangat TrueStory aku ni. hikss!
til then,
toodles!
No comments:
Post a Comment