hearts

Tuesday, May 7, 2013

# kamu tahu.. tapi..

assalamualaikum w.b.t dan hai kawan-kawan.


aku ada satu kisah mahu kongsi bersama. aku harap, dapat jadi pengajaran dan iktibar kita bersama. insya-Allah.


*******************************************

ada sorang awek ni. cun. memang tak dapat dinafikan. muda, bibir berkilat, loose powder melekat. pergh. triple cun dari aku. dan, biasalah. orang cun ni selalunya dah berpunya. yelah. barang baik mesti pantas disambar, tak gitu kak ton? kisahnya, gadis cun ni sering menjadi igauan lelaki, baik yang bujang, mahupun tak bujang mana. aku memang salute awek ni. sebab berjaya seimbangkan dunia bersama pakwe dan jejaka yang entah siapa. 

satu hari. awek ni jadi tak keruan. pakwe buat hal. laki orang mula cucuk line. ah sudah. laki orang pulak bukan sebarangan. tua ganyut harap malaikat datang pulak. tapi laki tua tu perasan muda. konon nak test power. guna ayat manis konon cinta dibalasnya. pergh. tak sedar lagi orang tua demikian. umur pula ditipunya. aiseh. yang si awek cun, mula menagih kasih sang kedayot. mula ber'abang' 'sayang'. tak tahu gamaknya si isteri tua ganyut sudah memerhati lama. tunggu masa.

*******************************************

haah. takde ending. sebab aku suka fikir ending yang baik-baik. jadi aku letakkan korang tertanya-tanya dan buat spekulasi sendiri. cuma aku rasa, kita semua tahu. dalam inci perkahwinan, tipu jika tiada orang ketiga. maksud aku, tidak semestinya orang ketiga itu berlainan jantina dan tidak ada kena-mengena. barangkali, orang ketiga itu kawan baik mereka, keluarga mereka mahupun anak-anak mereka. 

pokoknya, kita. apakah asas rumahtangga? adakah mahligai indah dibina atas dasar cinta atau desakan keluarga? kita lihat dalam-dalam. mengapa mesti kita rebah dengan ujian yang kita tahu pangkalnya nanti pasti datang gembira? ruas-ruas yang diduga perlu diterima sebaiknya dan dibaiki segera. abaikan semua noda yang menyinggah sementara. sebab banyak lagi tongkahan yang perlu dibuat demi mencapai klimaks nikmat cinta. jangan dibinasakan cinta yang kau sendiri bina.


ah. si tua. aku ada satu pengalaman dirisik kenalan seorang lelaki tua. entah. bagi aku, tidak salah berpoligami, asal alasan kukuh diberikan. bukan semata mahu anak setelah 25 tahun melayari bahtera bersama isteri yang alami kanser serviks. itu NAFSU, kalau kau fikir aku bodoh tuli tak tahu. dan, apa kiranya nanti panggilan kamu untuk ayah aku? bapak atau dude? sendiri boleh nampak. gagah bagaimanapun luaran kamu, tetap kurang cerdik bagi aku mencari pucuk muda yang mahu kenal dunia. kasihan aku 100% untuk isteri kamu. kerana diam saat kamu miang.


kita tahu, salah. tapi kita tetap ingkar. kerana apa? kerana kita lemah, lemah iman, lemah godaan, lemah dengan pujuk rayuan. kita manusia, memang sering lakukan kesilapan. tapi tak bermakna kita tidak boleh kurangkan kekhilafan. terang-terang perkara salah, mengapa sibuk mahu langkah. *sigh*








kita harus sedar. jangan cuba mencari masalah. dan jangan pula lari dari masalah.


love, .RZ.

No comments: