hearts

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

# Nak Makan Boleh, Tapi........ Tips

Lulu : nak kurus apa lagi ni RZ? dah kecik sangat aku tengok kau ni.
CRZ : huhu. aku nak susut sikit. rasa gemuk lah.
Lulu : ek eleh. tapi nasik lemak order sampai 3 dengan aku.
CRZ : itu semua penangan mimpi tadi weyyy~ jangan ah cakap cemtu...
Lulu : yeke...
CRZ : gila punya mimpi. mimpi nasik lemak markas lak tu. HAHAHA.
Lulu : yela. pegilah makan. :)
CRZ : thanx Lulu. kau memang memahami!


****************************************************


Assalamualaikum w.b.t dan happy Sunday olss~~ :)


well, disebabkan semalam saya telah bedal 3 bungkus nasi lemak markas yang sedap, dek kerana stress ulangkaji (tipu), hari ni dengan penuh iltizam, saya pun mengorbankan masa saya dengan berjoging dan berjoget di Mengkuang Dam. mihmihmih. syok jugak sebab rezeki saya ada senamrobik anjuran MyIPO tadi.


hari tu saya dah janji nak share sikit tips camne nak kurus kan? kan? errr. leh rujuk SINI kot. hihi.

***************************************************


1. set your goal first. aku selalu kalau orang tanya camne nak kurus, literally aku takkan sebut benda ni dulu. selalu nak last-last ayat. actually, inilah kedudukan sebenarnya. korang kena tetapkan dulu niat nak kurangkan berat, macam,

"Sahaja aku nak susut kerana aku bakal pengantin lagi 3 bulan" #hambar gtewww~~

eherher~ lebih kurang cemtu arr. tak payah nak sahaja pun okay. yang penting korang ada matlamat. matlamat pulak tak payah nak kecik-kecik sangat. motivasi kurang. dan tak perlu berat sangat. pun menyebabkan motivasi kurang. kiranya akan jadi inverted U lah graf korang nanti. eh

minggu ni aku ada paper pasal arousal sebenarnya. terbawak-bawak. he he he

2. pastikan air dalam badan sentiasa cukup. korang kena paham byline aku ni. cukup. tak lebih, tak kurang. selalu aku amalkan setiap sejam mesti teguk 3 kali air. cukup. seteguk tu pulak secomel yang mungkin. semuat mulut kata orang. erherher. ini tidak. ada orang tu teguknya macam setahun tak minum. ada jugak hanya having a sip. well dior, jangan begitu ye. badan kita ni perlukan air untuk banyak proses. bagi oksigen, proses penghadaman etc etc. so, jangan kedekut bagi badan kita air. atau korang sanggup kena sakit buah pinggang? hah? hah? takut tak?

bila aku ckp air, sila paham. air kosong kurang manis. okay?


3. serat tinggi dalam diet. orang Malaysia ni, femes dengan makanan. semalam dengar Chef Wan cakap kat Red.Fm, disebabkan orang kata makanan Malaysian ni banyak kolestrol, menyebabkan ramai chef muda memfusionkan makanan asli rakyat Malaysia.  padahal bukan makanan yang salah, manusia yang makan tu yang tak reti menyeimbangkan diet diorang. yang penting, bekalkan badan kita dengan makanan yang tinggi serat.

buah-buahan yang berwarna gelap dan sayuran hijau mampu untuk membantu perut comel kita menghadamkan makanan yang kita makan. ingat ye. serat tu banyak bakteria baik yang membantu menyahtoksinkan bakteria jahat dari usus kita. ibaratnya dialah janitor yang bekerja untuk usus kita ni.

set hidangan yang baik untuk anda! :)

oh, kalau korang adalah spesies tak makan sayur, boleh amalkan Yakult takpun Yogurt. yang penting, baca dulu kandungan minuman korang tu. kalau ada lactobacillus, kira okaylah. sebab lactobacillus ni adalah sejenis bakteria baik. dalam keju pun ada :)


4. make a move! garang tak kita?? hikhik.. okay. aku maksudkan korang kena bergerak kerap. kalau kerja tu pesen duduk doplohpat jam, apa kata, setiap 2 jam, korang gerak pegi toilet yang paling jauh dalam building ofis. bukan apa, kurang-kurang, urat sendi semua boleh diregang sikit. taklah kendur. bila urat sendi elok, perjalanan darah pun jadi smooth. hikhik. maaflah. bahasa kampung. kita orang kampung. ihiks!

buat keje sambil berdiri lagi bagus tau. serius tak tipu.

5. last sekali, (eh dah last dah?) korang kena tanya kawan-kawan, how do i look? selalu. kita ni kan selalu fefeeling kurus. eh, aku kot sebenarnya. mihmihmih. kita kena tanya kawan kita, elok tak saiz aku sekarang? muka aku pucat tak? aku buncit tak? dan lain-lain soalan yang sepatutnya. sebab itu sebagai motivasi kita. kadang-kadang bila dah perasan kurus, kita tak sedar, mata kita makin sembab, tangan makin gelebeh dan muka nampak cengkung serupa opah kita. hihi. so, jangan malu, tanya kawan kita. :)

time tanya tu, jangan buat muka cemni. silap haribulan, ICU.


**************************************************


so, kesimpulannya, nak makan tu, tak ada masalah. makanlah. sebab usus kita kena bersenam jugak, dengan menghadamkan makanan kita. cumanya, jangan berlebihan dan ikut kuantiti yang diperlukan. korang ikat perut camne pun, kalau makan serupa tak pernah nampak nasik, tak payah. he he he


till then,



toodles!


Tuesday, March 26, 2013

# Chicken Wrap Tortilla

Assalamualaikum w.b.t and happy Tuesday.


as i promise myself to make tortilla for breakfast today, i made it and ayah as always will condemn because he love mek's nasi lemak. HAHA. but he really proud of me and said, " well adik, today's achievement will be our next presentation on Hari Raya instead of my lovely mee rebus and your favourite spaghetti".


my brother, Boboy, said, "it's really delicious acik! best than toasted twister (well, i add. HAHA).


i may not good at looking, but once you bite me, you'll be mine!
i just use as simple as i could because on this end of month, my wallet doesn't cooperate with me well :(


so, the ingredients are,

one pack of potato tortilla (one pack equal to 5 pieces)
salads (as much as you wish)
onions (chopped diced)
marina tempura nuget (chopped)
sausages (or it will taste lot better if you use meatloaf)
cheeses (i use pepperoni and mozarella)
spices (thyme are my most favourite spice)
and mayonnaise (as much as you wish)


at first, i deep fried the nugget first and let the sausages oven baked. then i do the leceh things like chopped the onions, and salads. as the nugget well cooked, and sausages already baked, i will chopped them into pieces and heat the frying pan. i put a piece of tortilla into the frying pan and put all the ingredients altogether. all this i could done only 30 minutes. and tadaaaaa~~~ the breakfast on heat y'all!!



till then,


love, RZ.

Friday, May 20, 2011

tips boleh kurus untuk cik epal.

assalamualaikum.

hey soul sister!! ceh, berangan hazama kejap. okey. selamat petang untuk kawan-kawan yang sangat awesome. kita semua nak kuruskan? tapi, macam malaskan? terutama bila orang kata, kau kurus, kau exercise la. main sport ke, kurang makan ke. well, untuk orang-orang macam aku terutamanya, yang sangat pentingkan makanan, kurang makan tu macam satu perkara berat untuk dilakukan. bersukan pulak, duh, malas. walaupun aku ni bakal cikgu PJ. bersukan tu sesuatu yang sangat ekstrem untuk aku lakukan. so, untuk cik epal, dan kawan-kawan yang sangat awesome yang dah lama craving body ala-ala kilafairy ke, aishwarya rai ke, meh, aku share sikit pasal sukan yang tak berapa sukan ni. cekidaut!

1.  menari

muzik rancak, koordinasi badan yang pelbagai. yes. menari betul-betul membantu. maksud aku, tak ada peraturan bila menari. kau belasah je macam mana style yang kau nak menari. dalam 2-3 minit, mesti kau rasa jantung kau laju gila mengepam. keep continue sampai 20 minit. sure turun sekilo dua sehari.


2.  ice skating

oh. ini pun aktiviti super cool yang kau boleh buat. yelah, sedang kau ternak lemak dekat sunway piramid ke kan, kau boleh singgah main ice skating ni. bagi aku, aktiviti ni serius penat. penat jatuh. HAHA. tapi kalau kau nak buat selalu, better beli roller blades. boleh main kat UIA. hehe..


3.  snorkeling

ye, aku tau. dekat UIA ada kolam renang. tapi kenapa aku tak cakap berenang je kan? well, aku kan nak bagi tips kurus sambil berekreasi. hee:) tapi, jujur ye, berenang buat lengan kita jadi kembang bila kita stop dengan tiba-tiba, itupun based pengalaman aku. so, better lagi snorkeling. tenang je dalam air. tengok terumbu segala. heaven wehh!!


4.  naik kuda.

naik kuda memang best. yelah, nak nak pulak jalan-jalan kat tepi pantai macam kat atas ni kan. well, aku tak naklah kau serius sampai masuk sukan ekuestrian kan, tapi at least dapat naik kuda, dalam 30 minit, kau boleh rasa celah kangkang kau macam terik gila, plus belakang badan kau macam kena pukul-pukul. HAHA. takpe. tu perkara biasa. but in few days later, kau mesti dapat rasa macam postur badan kau dah ubah-ubah sikit. and kaki kau pun ala-ala model letopp giteww.. HAHA.


5. pilates

okey. fine. memang macam susah gila nak buat pilates ni. well, kalau nak beautiful abs, ubat yang paling best ialah pilates. aku serius. macam sorang member aku yang awesome, yaya qiestina. memang, totally works! kau buat sorang-sorang pun feel wehh. 


6. capoeira

capoeira ni brazil yang cetuskan dulu. sukan ni gabungan martial art, tarian dan pergerakan akrobatik yang lain. kalau kau penah tengok dekat channel astro Li 706, ada satu slot pagi-pagi pukul 7.30, diorang buat steps capoeira. try weh. serius mencabar dan extra seronok!


7. memanah

okey. memang memanah salah satu sport. ye. tapi kalau kau tengok betul-betul, memanah boleh buat tangan kau cantik! hehe. tengok, postur tangan, cara berdiri. semua tu boleh kembalikan postur tubuh super ideal untuk kau..serius ni weh!!


well, kalau nak kurus ada je cara. tapi kita jelah yang kena usaha. wuu. aku ada lagi seminggu je untuk kurus sebelum abang aku kahwin. doakan aku ye kawan-kawan! 

**majoriti info diatas aku translate dari allwomenstalk. great info.**


in addition!

kalau nak shaping badan, bawah lengan, double chin, kau boleh try EB atau eternal beauty dari elken.


thanks for reading!

WL: enabcantiksangat

Saturday, January 22, 2011

makan malam.

assalamualaikum.

tepat jam 0006.
aku makan kuey teow tanpa rasa bersalah.
petanda apa ni?



WL: enabcantiksangat