hearts
Sunday, February 8, 2015
belum cukup Pro.
Sunday, August 3, 2014
.GALAU. part 3.
"kau busy? boleh Whatsapp aku kejap?" diulang baca Reedah berkali-kali pada mesej tersebut. jelas dan seperti penting. hendak saja diabaikan tetapi perasaan sayang kawan masih menebal. dicapai telefon pintar Smartel, dan terus menunaikan permintaan sahabat baiknya.
..... ..... ..... ..... .....
Reedah terus tunggu. tiada balasan dari Fathul. "sekali lagi aku dipermain perasaan ke?" Reedah cuba bersangka buruk. diendahkan telefon sementara.
"nanti aku mesej kau balik. kejap ek?" Fathul membalas. hati Reedah terus bersangka baik. entah kenapa perasaan Reedah kurang enak. terdetik barangkali Fathul dilanda masalah.
..... ..... ..... ..... ..... ..... ..... .....
kejap yang tiada noktah. Reedah bosan menunggu ketibaan. tiada lagi kurang enak perasaan. hanya rasa bosan melayan harapan.
WL: ms
Friday, August 30, 2013
[draft] # deep. perkara satu. ubah diri.
maaf. terbersin pula. mihmihmih....... lama gila aku tinggalkan. iyelah. kengkonon busy berrraya.. banyak punya raya sampai kerja tertangguh entah habis bila. hikhikhik.... alih alih, kat sini pulaak. isk isk isk. ampun.
jadi. seperti biasa, selagi tiada benda bersifat sentap atau emosi, aku kurang mengabadikan kisah kat sini. sebab rata-rata orang suka nau nau membaca benda yang lebih epic dari kisah aku, jadi aku sentap kuasa seribu. kah kah kah ... kessssahh????
balik kepada motif cerita kali ni. aku nak share SATUUUU benda. berkenaan hati. perasaan. jiwa muda. benda yang hanya dakdak deep je paham.
ok. aku mula ye. bismillah.
pejam celik dah lima tahun aku belajar ilmu perguruan. banyak benda aku belajar. kemahiran inter dan intrapersonal. termasuklah kaunseling dan perkembangan manusia. aku perasan. banyak manusia sekeliling aku berubah, ikut edar masa. sama juga aku. ya mungkin, berubah, jadi lebih baik untuk aku mahupun untuk orang lain. tidak pandai aku nilai diri sendiri. nanti dikata puji diri sendiri. aku lepaskan pada pemerhatian korang.
even, dalam penulisan, aku banyak perbaiki, disamping kekalkan prinsip diri. oh ye. prinsip diri. berkaitan itu, aku akan selitkan pada perenggan seterusnya. cuma, aku nak terus menegaskan, kita semua semaakin dewasa. YEAY! untuk semua orang. dan muah pipi kiri kanan!
jadi, berkenaan prinsip diri dan perubahan diri. aku sering bertanya, adakah aku membiarkan prinsip menjadi benteng perubahan atau aku mengubah prinsip selaras dengan perubahan?
aku kembali kepada persoalan tadi. apakah sebenarnya aku yang takut akan perubahan hingga membentengkan prinsip sebagai halangan? aku perasan, banyak mereka berubah kerana manusia lainnya ingin mereka berubah. namun berbalik kepada prinsip diri, apa aku mahu berubah demi mereka? jelas, dari prinsip diri tekal menyatakan tidak akan sampai kapanpun aku berubah demi manusia lainnya. justeru bagaimana? adakah aku tidak perlu berubah?
berfikir lebih dalam.
Dan lebih dalam.
hingga lemas kerana terlalu dalam.
habluminallah wa habluminannas.
jagalah hubungan dengan Allah dan jagalah hubungan sesama makhluk.
; makhluk maksudnya luas. selain manusia, tumbuhan dan haiwan, serta benda hidup yang lain adalah makhluk. :
orang melihat aku senang didekati. Alhamdulillah. kerana Allah juga aku berniat. pernah sekali atau dua yang aku sebutkan sebelum ini bersama Kelly, jika aku lebih mengutamakan kualiti kawan berbanding kuantiti, entah bagaimana harus aku menilai kualiti seorang kawan sekiranya sebaris dua sahaja kawan yang aku dekati? aneh kerana hanya yang mengenali lebih arif sifat aku.
aku akui, sifat ringan mulut suka sembang seperti aku mudah untuk didekati. topik yang dibincang juga aku selidiki. tidak semberono supaya tidak menyentuh sensitiviti. tapi jujur, aku seorang yang pemalu dan juga seorang pemerhati. tidak sekali aku mulakan dahulu melainkan ada yang berani merapati. meskipun sudah banyak negeri aku jejaki. Alhamdulillah.
mungkin ada yang kurang senang. aku harusnya bikin apa? mengubah kembali menjadi diri yang hanya berkawan dengan mereka yang terpilih? Sekali lagi. sukar untuk aku puaskan hati manusia lainnya. mungkin saat dan ketika ini mereka perlu mengikut rentak aku dan bersama-sama mencari kualiti diri sendiri.
I live like a dance. once I lead, once I follow. Begitu juga anda.
begitulah. bila aku cakap benda-benda deep, selalu ada yang menguap. bosan katanya. pedulikan kisah aku. nahhh baca benda yang anda suka. kita semua sama. punya hak untuk bersuara. cumanyaa,, kali ni aku nak korang baca secara deep. duduk bilik sorang-sorang sambil tengok siling dan bayangkan apa yang aku utarakan. sebab adakala kita pilih untuk mencorak manusia lainnya mengikut acuan kita. sedangkan kita nyata BERBEZA.
#dakdakdeep #hatiperasaan #cakapbelakang
Sunday, May 19, 2013
# Nak Makan Boleh, Tapi........ Tips
CRZ : huhu. aku nak susut sikit. rasa gemuk lah.
Lulu : ek eleh. tapi nasik lemak order sampai 3 dengan aku.
CRZ : itu semua penangan mimpi tadi weyyy~ jangan ah cakap cemtu...
Lulu : yeke...
CRZ : gila punya mimpi. mimpi nasik lemak markas lak tu. HAHAHA.
Lulu : yela. pegilah makan. :)
CRZ : thanx Lulu. kau memang memahami!
Assalamualaikum w.b.t dan happy Sunday olss~~ :)
well, disebabkan semalam saya telah bedal 3 bungkus nasi lemak markas yang sedap, dek kerana stress ulangkaji (tipu), hari ni dengan penuh iltizam, saya pun mengorbankan masa saya dengan berjoging dan berjoget di Mengkuang Dam. mihmihmih. syok jugak sebab rezeki saya ada senamrobik anjuran MyIPO tadi.
hari tu saya dah janji nak share sikit tips camne nak kurus kan? kan? errr. leh rujuk SINI kot. hihi.
eherher~ lebih kurang cemtu arr. tak payah nak sahaja pun okay. yang penting korang ada matlamat. matlamat pulak tak payah nak kecik-kecik sangat. motivasi kurang. dan tak perlu berat sangat. pun menyebabkan motivasi kurang. kiranya akan jadi inverted U lah graf korang nanti. eh
| minggu ni aku ada paper pasal arousal sebenarnya. terbawak-bawak. he he he |
2. pastikan air dalam badan sentiasa cukup. korang kena paham byline aku ni. cukup. tak lebih, tak kurang. selalu aku amalkan setiap sejam mesti teguk 3 kali air. cukup. seteguk tu pulak secomel yang mungkin. semuat mulut kata orang. erherher. ini tidak. ada orang tu teguknya macam setahun tak minum. ada jugak hanya having a sip. well dior, jangan begitu ye. badan kita ni perlukan air untuk banyak proses. bagi oksigen, proses penghadaman etc etc. so, jangan kedekut bagi badan kita air. atau korang sanggup kena sakit buah pinggang? hah? hah? takut tak?
![]() |
| bila aku ckp air, sila paham. air kosong kurang manis. okay? |
3. serat tinggi dalam diet. orang Malaysia ni, femes dengan makanan. semalam dengar Chef Wan cakap kat Red.Fm, disebabkan orang kata makanan Malaysian ni banyak kolestrol, menyebabkan ramai chef muda memfusionkan makanan asli rakyat Malaysia. padahal bukan makanan yang salah, manusia yang makan tu yang tak reti menyeimbangkan diet diorang. yang penting, bekalkan badan kita dengan makanan yang tinggi serat.
buah-buahan yang berwarna gelap dan sayuran hijau mampu untuk membantu perut comel kita menghadamkan makanan yang kita makan. ingat ye. serat tu banyak bakteria baik yang membantu menyahtoksinkan bakteria jahat dari usus kita. ibaratnya dialah janitor yang bekerja untuk usus kita ni.
| set hidangan yang baik untuk anda! :) |
oh, kalau korang adalah spesies tak makan sayur, boleh amalkan Yakult takpun Yogurt. yang penting, baca dulu kandungan minuman korang tu. kalau ada lactobacillus, kira okaylah. sebab lactobacillus ni adalah sejenis bakteria baik. dalam keju pun ada :)
4. make a move! garang tak kita?? hikhik.. okay. aku maksudkan korang kena bergerak kerap. kalau kerja tu pesen duduk doplohpat jam, apa kata, setiap 2 jam, korang gerak pegi toilet yang paling jauh dalam building ofis. bukan apa, kurang-kurang, urat sendi semua boleh diregang sikit. taklah kendur. bila urat sendi elok, perjalanan darah pun jadi smooth. hikhik. maaflah. bahasa kampung. kita orang kampung. ihiks!
| buat keje sambil berdiri lagi bagus tau. serius tak tipu. |
5. last sekali, (eh dah last dah?) korang kena tanya kawan-kawan, how do i look? selalu. kita ni kan selalu fefeeling kurus. eh, aku kot sebenarnya. mihmihmih. kita kena tanya kawan kita, elok tak saiz aku sekarang? muka aku pucat tak? aku buncit tak? dan lain-lain soalan yang sepatutnya. sebab itu sebagai motivasi kita. kadang-kadang bila dah perasan kurus, kita tak sedar, mata kita makin sembab, tangan makin gelebeh dan muka nampak cengkung serupa opah kita. hihi. so, jangan malu, tanya kawan kita. :)
| time tanya tu, jangan buat muka cemni. silap haribulan, ICU. |
Friday, May 10, 2013
# Nak Makan Boleh, Tapi........TrueStory
CRZ : oh, aah. diet. hari tu bunbun sangat. orang diet sikit-sikit je. mak jangan worry worry ekk?
Mak : diet diet jugak. jangan sampai tak makan. (muka serius)
CRZ : erk? yelaaa. orang makan.
| cemni ah reaksi aku bila rasa penimbang tu menipu. wkwkw |
| FCFC selalu bagi perangsang cemni. sedih tau awak.. :( |
![]() |
| aww. kita tak kurus dan kita tak pakai cemni. ihiks! |
| aah. teh ni lah :) |



