hearts

Showing posts with label ProudTeacher. Show all posts
Showing posts with label ProudTeacher. Show all posts

Sunday, February 8, 2015

belum cukup Pro.



gambar tak clear enn?? 

ha ha ha ha..

jentera baru aku ni baru je angkat jumaat lepas. runsing gak bila nak guna. satu, sebab ayah aku bukan tahu pun pasal barang baru ni. lepastu, pen dia pulak buat hal. penat aku menggigibirukan supaya kengkonon boleh guna. tapi sedih. memang sedih.

tapi kenapa aku pilih surface pro 3?

mudah je. sebab handy dan boleh buat kerja tak kira tempat. yelah, sejak dah bekerja ni, aku lebih produktif dan asyik fikirkan kerja je. sampai kawan aku sendiri gelar aku generasi cintakan sekolah. cuti pun rela datang sekolah. bila senior-senior suruh kahwin, aku boleh pulak mintak excuse me, jangan tanya saya soalan itu. bukan apa, aku faham, diorang taknak aku dipergunakan. niat dah baik. tapi nak buat macam mana. bila soal kerja, kadang-kadang senior tak boleh bagi komitmen disebabkan suami dan anak kecil. kesian kan?

sebab yang kedua pulak, aku pilih surface pro 3 ni sebab dia boleh link semua kerja susah payah aku masa belajar dulu ke dalam file pro 3 ni. so tak payah aku nak guna pendrive or hard disk dan komputerku akan lebih terjamin keselamatannya.

ketiga, takde sebab lain selain look trendy and masa depan sangat. kau boleh cabut keyboard bila-bila masa, touchpad tak rosak sebab asyik nak scroll email. 

cuma biasalah, camera dia depan belakang 5Mp. tak boleh nak bergambar cantik sangat. lagi pulak, aku bukan nak amik gambar je, ye tidak??

stylus pen pun aku kena study lagi. tak cukop pro untuk pakai Pro3. kampung girl macam aku ni memang ambik masa sikit nak belajar. terlebih protein. ha ha ha ha...

harga surface ni basically kena pergi banyak kedai untuk dapat harga patut. macam aku angkat ni 128mb je. okay dah untuk orang pesen aku. harga tablet dgn pen je MYR3k. tambah keyboard lagi. salah kedai korang pergi, memang masak teruk sebab ada yang tekan harga sampai 4k. ada jugak asingkan harga tablet dengan pen. padahal, memang combination pro3 dengan pen. 

akhir kalam, kalau korang beli pro3, korang takkan kata AKU MENYESAL!



Sunday, June 15, 2014

happy graduate!

Assalamualaikum w.b.t
and helllllllllo Sunday!


dear friends,

now i am officially graduate from Teaching Institute. proud me!
instead of writing, i chose visual type to tell you what did happen during the C-day. yeap. C-day. Convocation Day lahai....



toodles!

WL: enabdacrazie

Sunday, April 27, 2014

lambat cepat 2014.

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat memeriahkan kembali.


aku baru sedar. satu entri 2014 aku tak pernah nak terbitkan. sombong nauzubillah betul. mementang dah ada smartphone, timeline twitter manjangg je lajunye. fb ke, blogging ke, semua tu aku jeling-jeling je. bukan apa, seronok blogging ni bila on dekat pc. rasa luasnya Tuhan bagi ruang dekat aku. ehem.

2014 ni aku rasa cepat sangat. maybe sebab aku menganggur sampai April tu hari. even dah masuk kerja pun, aku akui masa berlalu pantas. siapa sangka aku dah hampir sebulan bekerjaya. kau adeeeee.. :P

banyak nak share. momen-momen baru. dengan housemates, colleagues. penting untuk korang-korang tahu, aku sekarang dah jadi part of lagu Havoc lah kan. sebab?? hihi.. guwa budak subang jaya y'all. kau ade keeee???

lagi pulak, suasana kerja aku ni memang tak berapa boleh aku bayangkan sebenarnya. sebab 5 tahun aku belajar, memang target aku ke sebelah borneo sana. fefeeling sabah sarawak. fefeeling boleh belasah pakai baju apa yang aku nak. nah! Tuhan bagi aku cabaran kerja kat sekolah yang aku boleh kategorikan sebagai antara best school in Selangor, elit, yet berprestasi tinggi. each of my subject, all the orders, MUST in English. lebih kurang English dah jadi mother tongue budak-budak sini. jenuh jugak. iolss ni cikgu kampung je anak-anak. kadang-kadang budak-budak betulkan grammar aku. malu, tapi tak apa. belajar. baru sebulan. hihi.

ramai jugak anak orang berpengaruh sekolah dekat sekolah aku. ada yang dari cyberjaya pun hantar anak sekolah sini. alasannya, best ranking school. berat nananggg.

aku perasan jugak corak diet budak sekolah ni. MOST of them, bawak bekal. lepas tu, bekal semua stok cereal je. cikgu PE ni pulak diet dia memang nasik je. tengok pipi pun tahu. hikhik.

apa-apapun, aku seronok so far. tugasan pun makin banyak. kursus tak ada lagi, tapi 23 Mei ni confirm jadi guru pengiring lagi. kali ni dekat Janda Baik pulak. seronok sebab dapat berjalan-jalan. mak selalu pesan, kerja mana-mana pun penat. yang penting, diri kita kena pilih. nak seronok, atau nak stress. kalau kita rasa jadi cikgu pengiring tu stress, so kita dapat stress. kalau kita rasa jadi Admin VLEFROG tu stress, stress lah sampai bila-bila. syukur, sekolah aku ni teamwork cikgu memang power. yang penting, habuan kluster dapat. hee :)

aku rasa, cukup kot buat entri pemula 2014 aku ni. walaupun lambat sikit. heeeee...


WL;
enabdacrazie