hearts

Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

# Nak Makan Boleh, Tapi........ Tips

Lulu : nak kurus apa lagi ni RZ? dah kecik sangat aku tengok kau ni.
CRZ : huhu. aku nak susut sikit. rasa gemuk lah.
Lulu : ek eleh. tapi nasik lemak order sampai 3 dengan aku.
CRZ : itu semua penangan mimpi tadi weyyy~ jangan ah cakap cemtu...
Lulu : yeke...
CRZ : gila punya mimpi. mimpi nasik lemak markas lak tu. HAHAHA.
Lulu : yela. pegilah makan. :)
CRZ : thanx Lulu. kau memang memahami!


****************************************************


Assalamualaikum w.b.t dan happy Sunday olss~~ :)


well, disebabkan semalam saya telah bedal 3 bungkus nasi lemak markas yang sedap, dek kerana stress ulangkaji (tipu), hari ni dengan penuh iltizam, saya pun mengorbankan masa saya dengan berjoging dan berjoget di Mengkuang Dam. mihmihmih. syok jugak sebab rezeki saya ada senamrobik anjuran MyIPO tadi.


hari tu saya dah janji nak share sikit tips camne nak kurus kan? kan? errr. leh rujuk SINI kot. hihi.

***************************************************


1. set your goal first. aku selalu kalau orang tanya camne nak kurus, literally aku takkan sebut benda ni dulu. selalu nak last-last ayat. actually, inilah kedudukan sebenarnya. korang kena tetapkan dulu niat nak kurangkan berat, macam,

"Sahaja aku nak susut kerana aku bakal pengantin lagi 3 bulan" #hambar gtewww~~

eherher~ lebih kurang cemtu arr. tak payah nak sahaja pun okay. yang penting korang ada matlamat. matlamat pulak tak payah nak kecik-kecik sangat. motivasi kurang. dan tak perlu berat sangat. pun menyebabkan motivasi kurang. kiranya akan jadi inverted U lah graf korang nanti. eh

minggu ni aku ada paper pasal arousal sebenarnya. terbawak-bawak. he he he

2. pastikan air dalam badan sentiasa cukup. korang kena paham byline aku ni. cukup. tak lebih, tak kurang. selalu aku amalkan setiap sejam mesti teguk 3 kali air. cukup. seteguk tu pulak secomel yang mungkin. semuat mulut kata orang. erherher. ini tidak. ada orang tu teguknya macam setahun tak minum. ada jugak hanya having a sip. well dior, jangan begitu ye. badan kita ni perlukan air untuk banyak proses. bagi oksigen, proses penghadaman etc etc. so, jangan kedekut bagi badan kita air. atau korang sanggup kena sakit buah pinggang? hah? hah? takut tak?

bila aku ckp air, sila paham. air kosong kurang manis. okay?


3. serat tinggi dalam diet. orang Malaysia ni, femes dengan makanan. semalam dengar Chef Wan cakap kat Red.Fm, disebabkan orang kata makanan Malaysian ni banyak kolestrol, menyebabkan ramai chef muda memfusionkan makanan asli rakyat Malaysia.  padahal bukan makanan yang salah, manusia yang makan tu yang tak reti menyeimbangkan diet diorang. yang penting, bekalkan badan kita dengan makanan yang tinggi serat.

buah-buahan yang berwarna gelap dan sayuran hijau mampu untuk membantu perut comel kita menghadamkan makanan yang kita makan. ingat ye. serat tu banyak bakteria baik yang membantu menyahtoksinkan bakteria jahat dari usus kita. ibaratnya dialah janitor yang bekerja untuk usus kita ni.

set hidangan yang baik untuk anda! :)

oh, kalau korang adalah spesies tak makan sayur, boleh amalkan Yakult takpun Yogurt. yang penting, baca dulu kandungan minuman korang tu. kalau ada lactobacillus, kira okaylah. sebab lactobacillus ni adalah sejenis bakteria baik. dalam keju pun ada :)


4. make a move! garang tak kita?? hikhik.. okay. aku maksudkan korang kena bergerak kerap. kalau kerja tu pesen duduk doplohpat jam, apa kata, setiap 2 jam, korang gerak pegi toilet yang paling jauh dalam building ofis. bukan apa, kurang-kurang, urat sendi semua boleh diregang sikit. taklah kendur. bila urat sendi elok, perjalanan darah pun jadi smooth. hikhik. maaflah. bahasa kampung. kita orang kampung. ihiks!

buat keje sambil berdiri lagi bagus tau. serius tak tipu.

5. last sekali, (eh dah last dah?) korang kena tanya kawan-kawan, how do i look? selalu. kita ni kan selalu fefeeling kurus. eh, aku kot sebenarnya. mihmihmih. kita kena tanya kawan kita, elok tak saiz aku sekarang? muka aku pucat tak? aku buncit tak? dan lain-lain soalan yang sepatutnya. sebab itu sebagai motivasi kita. kadang-kadang bila dah perasan kurus, kita tak sedar, mata kita makin sembab, tangan makin gelebeh dan muka nampak cengkung serupa opah kita. hihi. so, jangan malu, tanya kawan kita. :)

time tanya tu, jangan buat muka cemni. silap haribulan, ICU.


**************************************************


so, kesimpulannya, nak makan tu, tak ada masalah. makanlah. sebab usus kita kena bersenam jugak, dengan menghadamkan makanan kita. cumanya, jangan berlebihan dan ikut kuantiti yang diperlukan. korang ikat perut camne pun, kalau makan serupa tak pernah nampak nasik, tak payah. he he he


till then,



toodles!


Friday, May 10, 2013

# Nak Makan Boleh, Tapi........TrueStory

Mak : hmm. adik, mak tengok kau kecut balik. apesal? kau diet ehh?
CRZ : oh, aah. diet. hari tu bunbun sangat. orang diet sikit-sikit je. mak jangan worry worry ekk?
Mak : diet diet jugak. jangan sampai tak makan. (muka serius)
CRZ : erk? yelaaa. orang makan. 

*****************************************

Assalamualaikum w.b.t and morning Fridaysss!! (sambil terbayang MV TGIF Katy Perry)


awak-awak-awak. KITA ADA SATUUUUU PENGUMUMAN!! kita dah susut tauu. mihmihmih. 


dulu, aku ingat lagi.. nak turunkan berat badan sebab nak kurus. kekdahnya nak kurus kalau rangka memang kecik, ye tak??? tapi memang memainkan peranan ye, bila kau timbang, kau rasa penimbang semua tipu sebab berat kau macam mendadak. serius itu aku. lepas tu mulalah Yo-Yo diet. seminggu and puffffff!! berjaya turunkan 3kg++. cewahh. bangga diri, then nak dekat period, nafsu makan membuak balik. pergh. padan muka naik balik.

cemni ah reaksi aku bila rasa penimbang tu menipu. wkwkw

aku jadi give up sebenarnya. dah 2 tahun aku amalkan prinsip, takpelah. makan je macam biasa. kalau fikir diet, makin lapar pulak rasanya. yang penting sihat. ceh. dunia je wehh semua tu. dalam hati aku siapa yang tahu?? sob sob sob..... 

last year, aku mula sebilik dengan fiza fcfc. dialah pencetus semangat aku nak kurus balik. dia kata, "antara kita siapa yang turun 5kg dulu, kita bagi hadiah, cane?" wow. bersemangat tak korang, membaca? ekeke... kalau dalam situasi tu, aku jadi semangat gillaaaa! so, aku mula balik berdiet. tapikan, kekdahnya nak diet kalau rumet aku tu ajak makan, aku menurut perintah dan makan sekali? siud. jadi, masih tidak berjaya.

FCFC selalu bagi perangsang cemni. sedih tau awak.. :(

kitorang teruskan lagi tahun ni. so, masa awal tahun (precisely, a week practicum) aku pergi timbang. aiyooo... 60kg gileee!! aku ni tinggi ala-ala Eva Longoria jek. sangatlah down masa tengok penimbang tu. penipuuuuu! so, aku rasa, aku boleh susut sebab praktikal kan penat. semakin penat badan, semakin tak larat makan (hipotesis awal aku). 

dijadikan cerita, tokey kantin sekolah aku amatlah terer bab masak. sampai bau masakan dia menusuk hidung aku masa dalam bilik guru. aku terus dibuai rasa mahu makan. makan-makan-makan-makan. satu hari yang hening, ada seorang cikgu bergelar Puan menegur, "amboi cheq, masuk hari tu kecik ja. la ni tembun macam anak dua," sambil gelak kecil. dah caci hina, boleh gelak pulak. konon berjenaka lah? ye. aku butthurt tahu?

aww. kita tak kurus dan kita tak pakai cemni. ihiks!

bersemangat aku nak susutkan berat. kali ni, objektif aku tukar. NAK SUSUT SEBAB NAK SIHAT! jadi, aku amalkan NASI SEMINGGU SEKALI, iaitu pada hari Sabtu. dan kuantiti nasi adalah sebanyak 6 suapan besar. lebihkan serat yakni sayuran dan buahan. deep fry perlu dielakkan. ayam goreng ke, pedal goreng ke, semua tu, NO! aku sangatlah berdisiplin, tahu? lepas tu, aku telan air teh pelangsing lepas aku ambil heavy meal. 

aah. teh ni lah :)

minggu pertama macam berat sikit, tapi masih fokus. masuk minggu kedua, teringin nasi tapii!! jeng jeng jeng... mulut aku tak larat nak kunyah. nikmat makan nasi dah kurang. big hurrayyy!! so aku teruskan sampai target aku tercapai. wkwkwkw~~

oh ye. aku jugak jadi aktif berjoget semasa dalam program diet aku ni. sebagai satu senaman aktif. sebab aku malas nak lari-lari jog-jog ni. malas cari tudung. ekekekeke~~

so, aku buat kesimpulan dalam entry lain. sebab macam panjang sangat TrueStory aku ni. hikss!




til then, 


toodles!

Tuesday, June 7, 2011

play it well.

assalamualaikum.

semua sihat? ya atau tidak kita harus optimis. jangan biar sakit pemusnah hari. oh. aku sakit hati. tapi tak apa. biarlah ia.

sana sini orang kahwin. abang aku pun baru seminggu bergelar suami. tahniah abang!

okeylah. tajuk aku play it well. apa tu? play apa? play ball ke? play a girl ke? tak kisah. tu bukan subjek penceritaan. aku lebih suka jadikan sesuatu itu general. so then, kita mesti boleh guna untuk macam-macam.

play it well.

play atau main atau lakukan sesuatu mesti bersungguh-sungguh. mesti ada kesedaran taktikal. mesti ada strategi. tak seronok kalau kita buat, kita main atau kita play dan tidak punya strategi.

so, untuk guys out there yang try to be a good playboy or hottie chicks yang memang love being a wonderful playgirl, jangan nakal tamak haloba ye. jadilah player terbaik. HAHA.


p.s: tadi aku kata nak cakap secara general, tapi tetiba aku tetap mention tentang heart player ni kenapa?? MML betol. HAHA.


WL: enabcantiksangat

Friday, May 27, 2011

kejadian : kahwin fahmie marisa. perling. day 1.

assalamualaikum.


hai kawan-kawan super extra awesome! saya dekat JB, bukan jalan bukit, tapi Johor Bahru. percaya tak percaya? HAHA.



masa ni masih di kajang. tengah isi minyak. oh ye. saya naik kia sportage kawan pengantin. hebat. ada yg cakapcakap mcm polis tu. saya tak tau nama dia apa. comelkan saya. HAHA. nonsense gedik macam nak kena sepak. HAHA. oh. ada siren jugak. mmg power kan?




berhenti kejap dekat Jejantas Ayer Krohkroh. saya lepak dekat daily fresh. benda wajib beli mestilah soursop. hee:) tapi tapi, ape motif saya letak gambar yg super annoying ni? HAHA. sebenarnya, saya musykil. kenapa still letak gambar yg hodoh tu dan amaran konon-konon keras tu? berjaya ke buat geng smoking tu berhenti beli rokok? kalau aku, lagi dicakap, lagi dibuat. haisehhh... -.-'

gambar 1

gambar 2

gambar 3

okey. mari saya jelaskan. saat ni, kami dah sampai RnR Pagoh. hee:) makan bihun sup saje. konon nak kurus dalam sehari. mcm boleh kannnnnn!! HAHAHA. okey. mari saya cerita gambar 1 sampai gambar 3.

gambar 1. hai. ini reez. kawan sekolah teknik gombak. nama sebenar, harizah hanim mohamad. baru-baru ni, saya baru je hit wall fb dia. cakap dah dekat 5 tahun tak jumpa dia. tapi, takdir Allah. kami jumpa even sesaat dua. HAHA. sayang kau lagi banyak  reez!

gambar 2. ini pengantin. hish. aku sibuk je nak diet, kurus. tapi dia. damn! HAHA. maklumlah. pengantin ni nak tunjuklah yg dia super bahagia sekarang.

gambar 3. ni pulak ayen. kawan pengantin. masa ni dia buat aksi terdampar. aku tak paham la dgn gay sorang nih. HAHA.


hot sentap.
hey. gambar ni masa baru je lepas tol skudai. tengah tunggu konvoi yang bersama kami. kami bertolak pagi tadi berkonvoi 2 kereta je. lain-lain setel malam ni kot. dan esok pun ada konvoi lain sampai. kita doakan mereka yg akan bertolak tu selamat sampai ye.... hee:)

okey. yang terakhir. saya nak bagitahu group Geng Gemok Keji, sekarang, ada cabaran utk korang. sebab ada parody group untuk korang iaitu Geng Gemok Keji II. HAHA. lepas ni, korang bakal tak laku. HAHA.

korang ni takde kesedaran nak kurus ke? HAHA. maapmaap.

so, insyaAllah, saya akan terus update di laman facebook memandangkan ada wifi dekat homestay ni. hebatkan? HAHA.

till then, thanx for reading!

p.s: hari ni hari jadi bakal less than 24 hours sis in law saya. happy birthday kak marisa!

WL: enabcantiksangat

Friday, February 4, 2011

yeah. tentu sekali.

assalamualaikum.

well, finally i broke my own record. 25 minit untuk satu pusingan tasik cempaka. well done suraya! dah warm up warm up, baru boleh main badminton, kan?

tapi, bukan nak cerita sangat pasal warm up tu.  btw, aku sebenarnya tak sangka, meskipun usaha untuk meningkatkan tahap kesihatan begitu teliti, tapi aku tetap facing the same 3 years ago punya problem. face numb, with tongue and barely can't breath plus double visions. 3 years ago, aku dimasukkan ke hospital for the reason of body shivering with no breath circulation and hypertension. semuanya sebab tiba-tiba aku aktif dan angry with someone at the same time. body tak boleh terima.

so, aku ni totally ada hypertension. tadi masa kena dekat tasik cempaka, aku dah mengucap dah. konon redha la kalau dah sampai masa. tapi serius. memang out of sudden semua tu. aku tak sangka lah. makan aku dah jaga. cukup masa makan. tapi bila diingatkan balik, masa aku kena 3 years ago, doktor sarankan aku makan pisang sebab banyak potassium. mungkin body aku tak cukup potassium dan mulalah nak buat hal.

bila sampai rumah, aku pun terus baring which i know after doing an activity mana boleh rest mendadak. tapi aku memang tak tahan. terus baring and maybe i was pengsan sebab i didn't sedarpun bila i moved to my room. my face sekarang tak berapa nak okeylah. still sakit area cheek. heart beat pun still run faster which we know that after a long sleep, heart beat sure normal balik kan? tapi still run faster. and i can't explain about it though i am PE teacher-to-be.

tapi takpelah. if dah sampai masa, alhamdulillah.

so, this time, aku mintak maaf to each of you. and yeah, tentu sekali i heart you each one. thanx. :)

WL: enabcantiksangat

Monday, December 20, 2010

si gemuk pergi the curve.

assalamualaikum peeps!

ada seorang budak gemuk,
badannya renek berjalan bongkok,
tidak sedar jalan telah diblok,
oleh dia, si budak gemuk.

pergi the curve dengan sedara,
pergi berempat cukup kuotanya,
hilangkan bosan resah di jiwa,
yang penting happy, tak kisah gemuknya.

berjalan-jalan, tak ingat dunia,
tak tengok belakang ada si cina,
dimarah dibambu habiskan kata-kata,
badan dah la besor, bawak sengketa.

inilah kisah si budak gemuk,
konon berjoging tak kira masa,
tak tau badan dah macam momok,
bila tidur dan makan dijadikan petua.

hahahahaha! puas hati aku buat pantun si budak gemuk nih. haisshhh... penat aku nak kurus. semua tak berjaya. tension tension! hahahahaha!!

tapi......

disebalik semua ni, aku cuba untuk pura-pura bahagia. si dia kerap sangat muncul dalam mimpi aku. wet dream ke? wtf??? cesss!! tak,tak. mimpi biasa-biasa. yelah, bila realiti tak seindah mana, fantasi jelah jadi tempatnya. kann???? perghh!! aku nak jadi ape ni??? teruk,teruk,teruk. haishhh~~

oke oke. sebagai bukti aku dah gemuk, aku sediakan gambar gemuk aku khas untuk tatapan korang semua.  yang penting, aku lupa pasal dia. cukup lupa untuk hari khamis, 16 december tu.

aku tak paham kenapa jelas sangat kegemukan mase ni.

tak sempat nak cover. haha!

konon ramping. yekss!

mcm preggy mummy sajerrr.. dem!

before kitorang dimarah sang cina.

oke. ini usaha untuk gemuk.

berangan nak model. gemuk tak ingat!!!!

dah dah. mase korang bace ni, mesti aku tengah makan roti dengan sekaya. hahaha!!!

ps 1: the curve ni biasa-biasa je. pakai kelawar lagi cool.
ps 2: kitorg window shopping je. makan pun kazen aku belanja.
ps 3: jangan kutuk aku gemuk ye. doakan aku kurus jelita. warghaha!!

WL: enabcantiksangat