hearts

Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

. mengundang .



kau dah siap AR nab? kau nak siapkan bila nab? kau dah hantar kat penyelia kau? dah tajuk mana dah AR kau? kau tak jilid lagi?


bertalu. selalu soalan macam ni bertalu dekat aku. baik dari pensyarah, atau kawan-kawan aku. magisnya, aku jawab dengan lancar. dengan nada marah, adakala dengan nada menyampah.

manusia. motivasi ada naik turunnya. iman pun sama. jadi hendak digahkan apa? aku dicanang tidak hebat bekerja? aku dihebah hanya petah berkata? nahh. kesetanan jenis apa yang korang cuba ni? kenal aku hanya pada nama, tidak bermaksud kain aku habis kau selak baca.

jangan jadi kera. kau hendakkan aku, dilambung-lambung sayang. buangkan aku, ditunjal-tunjal macam celaka. sekali lagi aku tanya, kesetanan apa yang korang cuba ni?

lama aku diam, lama aku perhati. bukan aku sengaja diam. konon diam mahu positif. lihat kurang apa dalam diri. makin aku diam, makin seronok korang menari. jelik dengan korang, aku blah angkat kaki. biarkan korang seronok dalam dunia yang dicipta fantasi.

datang balik. cerita tak sedap pasal aku. alaaaaahai. jangan sampai aku gelar yang menyampaikan tu bangang abadi. yang ikut sama lagi dahsyat, konon kamceng padahal baru lepak tak sampai sehari. ini, aku bagitau, kalau baru makan gaji sekali, jangan cerita macam esok kau punch card terakhir kali.

benda macam ni, mengundang beb. tak tahu cerita, ditanya apa. bukan semberono kau canang satu dunia. bukan boleh kau gelak ketawa macam takde agama. tanya.

eh iye. lupa pulak aku. kau kan sempurna, suci dosa. iman kau tiada hadnya. motivasi kau tiada kurangnya. kot ye pun gitu, reti-retilah jauhkan diri dari pendosa macam aku. jangan mintak macam-macam dari aku. aku pendosa. bukan berhala yang kau simpan hujung meja. kau tak sembah berhala, kan?

ada masa aku sabar, ada masa aku pendam. pendam sebab malas cakap dengan orang suci dosa macam kau. yang takde masa untuk orang-orang macam aku. yang hanya "sembah berhala" bila tahik kau dah minta keluar.

kau. memang mengundang.


Saturday, September 28, 2013

. sudah cukup cukup sudah .



apa yang aku rasa,
tidak semesti kau rasa sama.

dan aku tidak mahu kau rasa sama.

atas sebab itu,
aku mahu kau tahu.

bukan aku tak mahu.

soal hati amat nipis,
takut koyak, rabak habis.

sensitif amat bagi aku.

kerana aku masih baik-baik.
bukan rosak tak boleh baik.

hati kering, mati.

belum masa untuk terus maju,
jangan paksa aku.

kerja Tuhan siapa tahu.

duduk diam, terus kerja selalu,
tiup wisel, buka buku.

jangan risau.

umur sudah pasti bertingkat,
masa jadi makin singkat.

terus saja hidup lihat apa ada.
rasa nikmat sementara ada.

jangan risau.


Tuesday, January 17, 2012

kiraan bajet semester.

Assalamualaikum w.b.t


dah hampir sebulan sejak semester 5 bermula. lebih kurang 4 semester lagi sebelum ijazah digenggam. isu minggu pertama sem kali ni, mestilah "kau kerja tak cuti hari tu?" atau "kat rumah bertatih jadi suri rumah sepenuh masa" atau barangkali "habis saving aku satu sem, asal cuti je berjalan merata". macam-macam cerita. sampai 4 pagi pun bertahan mata. yelah. cuti asyik tidur je. 

isnin pagi minggu kedua. masing-masing mula bertanya, bila elaun semester nak masuk. aku masih terpinga-pinga. pelik dengan gelagat manusia. tidak terfikir sama ada ada hutang perlu diselesaikan mereka. sedikit tegang rasa dijiwa. tatkala matahari tegak pada hari selasa, telefon aku berbunyi. dari nombor tak dikenali. dan aku semakin tegang. dan soalan "bila nak dapat elaun" mula menyesak di dada. sesak. sekarang aku betul-betul sesak. dan aku mula faham perasaan mereka. bila didesak dan diasak. 

setiap kali semester sudah menjadi perkara wajib aku mengira bajet semester. supaya duit yang aku keluarkan tidak seperti sungai. mengalir tidak tahu mana arah tuju. paling penting, langsaikan hutang dan bil-bil semua. itu paling penting.

cukup untuk aku titipkan bahawa elaun tidak mencukupi pada dasarnya. entahlah. kadang-kadang bila lecturer kata, "elaun hangpa dok beli henpon ja. duit makan mak pak yg tanggung" aku jadi sedih. mungkin bagi sesetengah pelajar. tapi jelas bukan aku. dari isu beli buku, makan, barang mandi, pakaian dalam dll, semua aku guna elaun. hinggakan, aku juga menanggung sebahagian besar perbelanjaan sekolah adik-adikku. iya. memang keluarga aku tidak dalam kategori senang. dalam erti kata lain, hidup di kotaraya metropolitan begitu mencabar. duit gaji mak takkan mampu menyara kami semua. ayah hanya bergantung kepada gaji pencen yang hanya seciput untuk membayar segala bil. *menangis*

aku tidak berniat untuk menagih simpati. cukup hanya kalian berdoa supaya hidup aku mudah untuk dijalani dan diberkati Allah S.W.T.


nota kaki : pengalaman semalam mengajar aku untuk jadi baik hari ini. dan pengalaman hari ini buat aku lebih baik untuk hari esok!


WL: enabcantiksangat


Thursday, November 3, 2011

10 things i wanna say to my crush.

  1. do not blame me. i just wanna be happy.
  2. i can't find any others like what Adele said in her song.
  3. i'm totally afraid with my heart feeling.
  4. i'm breathless whenever i see u with that smirk face.
  5. i see your name on my top contact list every day.
  6. it is you.
  7. whatever they said, whatever they show, it doesn't affect me.
  8. i wanna be with you when the mcbright comet strikes the sky.
  9. lets second date!
  10. it just a dream. sorry.

hello oreo! oreo! oreo!

Friday, October 28, 2011

less than perfect.

assalamualaikum w.b.t and hello fellas!


beberapa ketika waktu, aku merasakan aku kadang-kadang macam sampah. diguna, dibuang, dilempar. tidak sekali memikirkan penat lelah untuk memastikan kebahagiaan digenggam kemas. tidak. mereka selalu kata, "hey, kau kan ada dia. buat apa fikir tentang beliau?". sungguh. mudah untuk menutur ungkapan menegah fikir tentang kesakitan jiwa. tapi hati orang, siapa dapat meramal. 

meow meow. rengek si nzor, kucing baru kazen.

aku terus renung si nzor. terfikir jugak, kalau jadi kucing, mesti tak teruk bila dianggap macam sampah. 

satu ayat jiwang yang sering bermain dalam hemisfera otak kanan aku sekarang. 

when i said "Hi!" it definitely means "I Miss You Dear."
when i ask you Question, actually there's only one Q that i wanna ask. "Will You Be Mine?"


aku tak sejiwang orang lain. sebab jiwang aku tahap core. 

bukan bermakna gila jika bercinta
itu tanda aku normal manusia biasa.


terimakasih baca sampah.


WL : enabcantiksangat

Wednesday, October 12, 2011

tak marah, cuma wonder.



kalau orang lain, mahu dimaki perangai macam kau ni.
berjanji lain, buatnya lain.
isk.
tapi, kau bernasib baik dapat kawan emosi terkawal.
tidaklah marah. cuma wonder why.
soalan ni je yang selalu main kat fikiran.

tergamak gila kau buat orang macam ni? 

orang bagi betis, janganlah tamak haloba mintak peha.
orang bagi muka, janganlah tergamak pijak kepala.
janganlah selesa bila orang tak reti marah kata apa.
orang lain pun ada hati, ada rasa.
kau kata member.
tak taulah kalau member jenis kelas ke berapa.
mungkin mudah untuk kau guna.
tapi janganlah sampai orang terasa.
binasa.

Monday, October 10, 2011

dan air mata pun berguguran.

assalamualaikum.


tajuk mcm cliche' sangat kan? okey. greetings friends!


aku masih mendongak langit.
mengadu bercerita kisah sakit.
hanya terbuka sedikit aib.

aku masih mendongak langit.
menggagau kekuatan ihsan dari-Nya
dan air mata aku pun mengalir.

aku masih mendongak langit.
terbentuk awan tanda terima.
aku tadah syukur tidak terhingga.

aku masih mendongak langit.
alam sama merasa sakit.
hujan pun terus meratah bumi.

aku masih mendongak langit.
kerana aku yakin kuasa di sebalik Pencipta langit.


aku tidak lagi rasa sakit.

Thursday, September 29, 2011

emosi perlu distabilasikan.

assalamualaikum w.b.t

hai enab. kau baliklah hujung minggu ni. kita kan ada family meeting.
hai cuzz! i tak dapat join lar. busy. lots of work. next next time lar nampak gayanya.

hai nab. macam mana team? semua cukup? semua okey? don't worry. i put my trust on you.
hai sir. err. team? they all good. plus cukup semua. err. 


hai nab. how my progress? are you done? 
hai vids. you're definitely publish now. wonder what would my lect say about you.


hai nab. it's me again. done with me already? i need to be pass up next week. are you ready?
err, hai assignments! i'm sorry. i'm lil forgot about you. sorry again. 

hai enab, i miss you.
hai oreo. i've been waiting to say i miss you too. 
i'm joking. :)

################################

plurghhh!! lotsa work and my moods become swing up and down. kalau buat graf, mesti tunggang terbalik. tak percaya, then ask lah my friends. sometimes i kinda moody, sometimes i just senyap tak cakap, sometimes i cried out loud. sometimes senyum tak semena. sometimes bergurau tak bertempat. sometimes rajin. err. hati, tolonglah tabah!


p.s : aku perlu lebih berhati-hati memilih emosi. tidak menyakitkan orang dan tidak menyakitkan diri. istighfar sebanyaknya. zikir dengan sempurna.


WL enabcantiksangat

Tuesday, September 27, 2011

syahdu terkedu.




bila hati kita menangis
senyumlah selebarnya.
bila hati kita ketawa
senyaplah tanpa dusta.
sungguh, hati lebih tenang bila kita menyenangkan hati mereka.



air wick.

assalamualaikum w.b.t


hello friends. nice! akhirnya aku menulis sesuatu, bukan membaitkan puisi. hey, aku ada hati, sebab tu aku bait sebaris dua puisi. selamat petang readers!


hectic month is around the corner. with assignments, amali, and kuliah. oh, nak terlupa pulak. jamuan dan majlis persaraan. semua ni bikin panas! HAHA.


i need some fresh air. something that can sooth me. with lavender, bath tub. oh, maybe its kind of mandi bunga. no-no. i think i wanna go sail, be a sailor. yeap. a moment at Straits Quay made me feel to be a sailor and spending my whole life as a sailor. *oh banyaknya perkataan sailor, confirm betol nak jadi sailor nih.*


well, let say HELLO to hectic week and month, and goodbye to beautiful journey of 4th semester. i'm gonna be kat stratford again by tonight. :)


till then, RIP Heath. i love you dear.


WL: enabcantiksangat

Monday, September 26, 2011

penting untuk awak tahu.

bila rasa kasih datang menerpa,
hatiku sayu tidak berkata.
biar sedih tidak kuluah,
lihat kau dan dia, buat aku bahagia.

sungguh. aku cemburu.
tatkala kau dan dia senyum berdua dalam gambar itu.
ehe. cemburu ku tidak sebuta sesiapa.
kerana itulah cemburu bahagia. 

tak perlu cari bintang lain.
kau cukup, tidak terbanding.
tak terlihat andai terdetik.
kerana kau satu tiada yg lain.

cuma.
kalau benar kau bersama dia nanti,
aku mampu utus hadiah beserta kad ucapan "SORRY".
serta doapun diiringi.
kerana aku percaya, jodoh bukan kerja kita.
dan aku tidak mampu hadir.
kerana aku penat biar airmata ini terus mengalir.


dan sememangnya,
INI MEMANG UNTUK AWAK.



p.s untuk awak : terima kasih for all things that u have done for me before this. kesanggupan, pengorbanan dari segi masa dan tenaga. dan maaf kalau before this macam stalker. opss! sekarang pun dah ter'stalk' kau.

p.s utk readers : aku cukup tak minat buat entry pasal heart feeling. tapi hari ni, aku mintak maaf. aku malas nak tekan Ctrl A dan backspace. baca jela ye. maaf lagi sekali untuk korang. sayang korang more than words can say. :)


WL: enabcantiksangat


Sunday, June 19, 2011

penang, aku dah muak.

assalamualaikum.


selamat hari ahad. awak, awak. saya dah nak balik penang. awak. saya cakap ni. saya nak balik penang sudah.
*ayat macam ........*


aku fed up lah. aku bosan. aku muak. aku cemuih. semuanya dalam satu perasaan amat teruk negatif. aku benci pulau pinang. bukan. aku benci ulang alik selama 4 tahun ni. empat tahun. walaupun aku baru tahun ketiga dekat maktab. tapi kalau dikira dari saat UiTM dihatiku kupunya cinta tu, memang tahun keempat. wadde.

pulau pinang. kalau perak, aku memang terima dengan hati terbuka. sebab dalam tempoh 2 atau 3 jam dah sampai. tapi bila 5 jam nak sampai, aku dah jadi macam 1st time aku datang penang. aku penat. aku letih. aku tak larat.

dah lah. aku nak jerit laung kuat-kuat. aku muak dengan PULAU PINANG. ambik!



dengan sedihnya; enabcantiksangat

Friday, June 10, 2011

i do, nadzri.

siapa tak kenal Mohd Nadzri Zainal Abidin? sila angkat tangan. ok terima kasih.

mode nama : saya.


ceritanya bermula begini,


"adik, kenapa dia yg kau suka? dah la pelat. terabur. apa yg ada? sebab dia artis?" kata ayah.

"isk, tak best la dia tu. macam ape tah." kata kawanku, dua tahun dulu.

"kesianlah aku tgk dia. bukan lawak mana pun drama dia tu. komedi satu pun tak paham." sampuk beberapa lagi kawan aku, pun dua tahun dulu.

*****************************
dari FB sepah maharaja lawak

well, saya tak pernah berhenti menyokong orang Johor kegemaran saya yang sorang ni. tinggi, pelawak. memang buat saya jatuh cinta setiap hari. bukan sebab dia artis. sebelum dia jadi artis. sebelum dia dan gengnya diangkat sebagai juara. saya sudah jatuh cinta sejak minggu pertama. pelat, terabur, cakap tersembur. bukan satu masalah. sebab itu satu kelebihan yang dia ada. dan itulah rezeki dia.  dan dia pandai menyanyi. okey. jatuh cinta lagi dan lagi.

sekarang, dia dan geng bagai disanjung. dan saya harap dia tak berubah. tak lupa peranan songkok tinggi dengan baju melayu teluk belanganya. saya tetap di sini. mengharap dia mencari. HAHA.

******************************

mode nama : aku.

itu kisah Nadzri atau lebih dikenali ramai sebagai Jep Sepah. kalaulah satu hari nanti, Jep tibatiba tweet aku balik dan kata, "boleh kawen dgn kita tak?" dan aku mesti syok lompat-lompat. dan ye, aku akan jawab balik, "i do, nadzri."

dah. sudahlah berangan. bai.


JepWL: enabcantiksangat

Sunday, June 5, 2011

sekadar termampu.

menulis. bukan sesuatu yg baru.
terlihat, terdengar satu persatu.
aku bolos. bolos terus tidak semena.
aku berhenti. berhenti kerna tiada.

semua itu mainan sukma.
jiwa gelora remaja penuh tipu daya.
tak perlu tewas.
tak perlu upaya.
cukuplah satu.
sekadar termampu.

dayungan ke muara hidup takkan pernah berhenti.
andai jodoh kita pasti bertamu kembali.
kelak tiada bukan bererti harus mati.
kuatkan iman. cekal di hati.
dan kekal terus cinta padaMu Ya Rabbi.

aku tak mahu menjadi manusia yang pelong kerana cinta manusia.
sesat terus buat aku rasa berdosa tiap masa.
biarpun kasih manusia buat aku bahagia di dunia.
kelak di sana terpaksa menggalas segala.

sudah.
aku berhenti.
4 tahun sudah dan masih sendiri.
melihat panorama manusia yang tidak mampu hidup tanpa insan bernama lelaki.
bertukar pasang baju sekejap itu ini.
lirik senyum aku kembali.
mencari pengalaman tepat dari manusia-manusia ini.
dan sekali lagi.
cukuplah satu. sekadar termampu.

p.s: luahan sehingga 4 pagi begitu menenangkan sukma jiwa lara. dan sekali lagi, hai awak!


WL: enabcantiksangat

Wednesday, May 4, 2011

monolog 2 - rindunya maharani taksiah.

assalamualaikum.


saya ada opah. namanya HAJAH TAKSIAH. dah lama tak jumpa opah. saya rindu.

opah : helo, assalamualaikum. ape kabo? sehat kamu?
enab : waalaikumussalam. sihat opah. opah sihat ke? lame benor tak jumpe opah. rindu rasanya.
opah : aishh. ate, kamu idak langsung balik-balik ke? ape dibuat sampai langsung tak menjenguk.
enab : belajar la opah. cuti susah. duit takde. nanti le kalo ade duit lebih, insyaAllah. haa. angah kawen nanti opah ikot ler ke johor. boleh syubidubidu.
opah : haah. kalo ade yg membawaknye, berjalan ler awok. kalo takde, takde ler.
enab : aishh. adenye yg membawak. kalo takde, nab yang bawak. hehe:)
opah : ye ler kamu.
enab : okey lah opah. jage diri yer. jgn dibuat khroje berat. awok tido je.
opah : aish. takde awok nak berkhroje. baren je tengok orang. 
enab : hehe. okey. bai opah.
opah : haah. kirim salam semua.  assalamualaikum..

p.s :> semua perbualan direka semata-mata. sebab saya rindu sangat.


OPAH dan erin. hari raya 2009.

WL : enabcantiksangat

10 things I want to say to one person.

assalamualaikum.

hai! hari ni masih diteruskan dengan topic day 4. hehe. (gosok-gosok tapak tangan)

topik : 10 perkara yang aku nak cakap dekat kau.

perkara 1 : aku suka kau.

serius. aku suka dekat kau. baru-baru ni je. entahlah. kalau boleh, tiap-tiap hari aku nak jumpa kau. tapi, macam boleh. err, weekend boleh tak? hehe.


perkara 2 : hey, kau ada janggut comel!

heh! mesti kau dah garu-garu kepala kan? tak tak. aku serius ni. memang aku suka janggut comel kau. tak payah blushing. memang serius kau comel.. eh, janggut kau comel. HAHA.


perkara 3 : mata kau, macam SRK lah!

apa tu SRK? sekolah rendah kebangsaan ke? HAHA. tak tak. shah rukh khan la. kau ni. tak haptudet la. g gugel cepat~~~


perkara 4 : kau ni gila lah!

nasib baik aku kata kau gila. kalau aku kata kau, eh. takmau. aku takmau kata. aku nak kata kau gila je. boleh?


perkara 5 : kau banyak idea nak tulis lah. hebat sangat.

-.-" speechless.


 perkara 6 : kau ni pemalu, betul tak?

HAHA. berani tak kau buat confession?


perkara 7 : aku pelik.

kenapa kau tak follow aku lagi? HAHA.


perkara 8 : kenapa kayif?

kejap kerol, kejap kayif. kau ada dua personaliti siang malam ke? HAHA.


perkara 9 : tahap kejiwangan kau. IJAZAH KELAS PERTAMA.

gila karan kau punya puisi memuisi. kalah aku. isk...... -.-"


perkara 10 : dah ah.

habis kat sini je. sambung kat fb.


hey hey hey!! ada extraaaa!!!



perkara 11 : terima kasih kayif!

sebab approve aku. hehe. sila layankan kegilaan aku. HAHA.


hari ni dah day 4. lagi 6 topik lagi untuk habiskan 100 perkara. hee:) korang try lahh!!


WL: enabcantiksangat

Monday, April 25, 2011

harus malu dgn diri sendiri.

assalamualaikum.


hye kawan-kawan. harap semua sihat.


aku tidur sepanjang hari ni. kurang sihat,itu yg pasti. alhamdulillah. masih bernyawa lagi. dan aku malu dengan diri sendiri.


semalam, ceramah agama dari dua orang anak murid guru agama dari Yaman datang maktab aku. masa dapat mesej dari naqibah usrah aku, aku excited. serius. dah lama aku tak hadiri majlis ilmu. aku pergi hantar barang-barang mia dan manis. dan terus berpotpet leka (dlm fb) tak habis.

malu.

ya. aku malu. dengan seniorku yang bukan Islam. hatinya kuat. biar ada saja yg menentang. tetap Islam yang dipegang. ceramah tu juga dia hadiri. bertelekung lengkap kata sahabatku. detik hatiku,"nab, kau patut rasa malu. kau lahir dah siap agama Islam, tapi bersikap angkuh dengan Tuhanmu. tiada manusia yang lebih malang dari kau kerana sikapmu itu."

konsert muzik malaysia.

syaitan ibarat bersorak sorai bila aku ditanyakan hal konsert itu. dan aku mengaku. sebahagian kecil hati aku nak sangat tengok konsert tu. bukan selalu. ya, syaitan terus bersorak gembira. seperti wujud keramaian disisi mereka. terus, memikir. terngiang-ngiang lagi di cuping aku, "nab, dia pun turun surau semalam. siap bertelekung. ekau ado?"

sentap.

aku terus menolak ajakan rakan aku untuk ke konsert. malu. itu perasaan pertama yang tergambar. aku malu dengan diri sendiri yang bersifat angkuh dengan Penciptaku. aku malu kerana bersikap acuh tak acuh dengan agamaku. dan, aku malu kerana aku terlalu bangga mengaku aku penganut agamaMu sedang aku sombong untuk menambah ilmu agamaMu.

aku tak mahu malu lagi. itu yang aku rasakan kini.

Ya Allah. suburkanlah cintaku padaMu kembali. tebarkanlah benih cinta dan sayangku hanya padaMu. hanya padaMu.


credit to her FB account.


p.s: terima kasih XUELI. 




WL: enabcantiksangat

Saturday, April 23, 2011

tanpa mu.

assalamualaikum.


hai kawan-kawan. sabtu memang indah kalau dapat buat pengurusan diri teratur kan?

so, today nak pantun sikit tentang babyband saya yang dah kena terminate sejak 2 minggu lalu. perasaan? confirmlah liao.


buka fb di invite sana sini.
main ItGirl jadi klik orang itu ini.
baby dah takde mcm mana nak main ni?
haish, dtglah duit. aku perlu sgt ni.

musim assignment musim sibuk.
mulalah aku sawan dok cari bahan.
alamak, sekali scribd pun kena block.
camne nak donlod kalau tanpamu babyband?

siang malam orang dok share.
maharaja lawak musimnya sekarang.
babyband takde sememangnya rare.
semua dok youtube, aduhai apekah malang.



dah. taknak pantun. jadik sedih. 


WL: enabcantiksangat

Saturday, April 16, 2011

senyum sikit sikit.

assalamualaikum.

hai readers. hope you have a great saturday today. well, i have good saturday actually. that is why i wrote senyum sikit sikit as title.

well friends, it is good when we started our day with smile and the day will smiling back (as result happy day-LAH!) ... btw, my i've done my pretty best on MUET tadi. so far, this english to english lesson that i wrote and let you guys read (though it sounds garbage gila) but at least, i remember those word that i used to use often. like oftenly. there is no oftenly actually. when i started to wrote it, i make a long                                                so i change it to often. yeah, thanx chrome. thanx for your red underlining. despite of that, i also repeated my same foolishness when i just wrote y for why. derr? jerk kan? (itulah, tulis kasi penuh lain kali)....

so, how was your MUET? isn't that cool when you have good band for your first time test? i have to admit. i'm really good at speaking, but not in public. i prefer discussion. you know. like person to person, interview. but please, don't give the speech. i'm getting nervous when i on stage, alone. (ala, hari tu individu pun gabra..)

till then.

WL: enabcantiksangat

Tuesday, April 5, 2011

sejuta terima kasih.

assalamualaikum.

i don't want to talk about what happened with my MUET test. all i could say is, i should prepared and not take it easy. it is about life, and more, it is about myself.

however, today, i learnt so many things which i can conclude it as one. i don't cherish the time. i simply used it and wasted it. but somehow, all the punishment made me to think wisely and maturely. i am future teacher. i am going to teach my student to be on time. but what will happen if me myself couldn't manage my time? and what would happen if my student cross back what i am doing now?

dear encik zarani.
i am sorry (even i know you won't read this) for being selfish. i am too thinking about myself as far as i don't think about my classmates, and especially you. i believe, all this should be a good lesson for me to be a good teacher tomorrow.

encik alyes
to my heart, encik alyes.
yes, i admit. i am the one who you expelled from jabatan late this afternoon. and i am the one who also late for ten minutes. i am sorry for not thinking about your orang rumah or even worse, your football class. it should be my own responsible to be on time and not making others wait, especially you. i adore your leadership, and i adore your fatherhood. you just like my dad, with your funny jokes and when you got mad, it shows your love, not your abhorrence.

to all my friends, especially yaya and naim, oh. fariz also. sorry for zillions times. i made you guys waiting. and i know. it is all my fault. i'm acting immaturely. and i admit, you guys are getting annoyed with me. but yet, still, thanks for your moral support by smiling even your heart was broken.

and to my best kawan sampai mati 'afifah farah syamira bt abu hassan.

thanks for being understanding. lend me your shoulder and your bed late this morning. and by being selfish, i just let you alone doing the powerpoint presentation. even i know, the quality still like one person did, but at least i know, deep in my heart said that you are good student yet a good friend. thanks a lot my heart, my soul. i definitely believe that people are only jealous upon you because you have such a strong personality that they couldn't break it ever. and i strongly believe that if i could push you ever, they will be jealous even more. so heart, sleep with me tonight please... let us done what people think you cannot done.

to everyone who did hurt with my attitude. i am sorry. zillions of sorry for each one of you.

and sejuta terima kasih for those who taught me lessons. i really appreciate it.

WL: enabcantiksangat