hearts

Thursday, October 31, 2013

. mengundang .



kau dah siap AR nab? kau nak siapkan bila nab? kau dah hantar kat penyelia kau? dah tajuk mana dah AR kau? kau tak jilid lagi?


bertalu. selalu soalan macam ni bertalu dekat aku. baik dari pensyarah, atau kawan-kawan aku. magisnya, aku jawab dengan lancar. dengan nada marah, adakala dengan nada menyampah.

manusia. motivasi ada naik turunnya. iman pun sama. jadi hendak digahkan apa? aku dicanang tidak hebat bekerja? aku dihebah hanya petah berkata? nahh. kesetanan jenis apa yang korang cuba ni? kenal aku hanya pada nama, tidak bermaksud kain aku habis kau selak baca.

jangan jadi kera. kau hendakkan aku, dilambung-lambung sayang. buangkan aku, ditunjal-tunjal macam celaka. sekali lagi aku tanya, kesetanan apa yang korang cuba ni?

lama aku diam, lama aku perhati. bukan aku sengaja diam. konon diam mahu positif. lihat kurang apa dalam diri. makin aku diam, makin seronok korang menari. jelik dengan korang, aku blah angkat kaki. biarkan korang seronok dalam dunia yang dicipta fantasi.

datang balik. cerita tak sedap pasal aku. alaaaaahai. jangan sampai aku gelar yang menyampaikan tu bangang abadi. yang ikut sama lagi dahsyat, konon kamceng padahal baru lepak tak sampai sehari. ini, aku bagitau, kalau baru makan gaji sekali, jangan cerita macam esok kau punch card terakhir kali.

benda macam ni, mengundang beb. tak tahu cerita, ditanya apa. bukan semberono kau canang satu dunia. bukan boleh kau gelak ketawa macam takde agama. tanya.

eh iye. lupa pulak aku. kau kan sempurna, suci dosa. iman kau tiada hadnya. motivasi kau tiada kurangnya. kot ye pun gitu, reti-retilah jauhkan diri dari pendosa macam aku. jangan mintak macam-macam dari aku. aku pendosa. bukan berhala yang kau simpan hujung meja. kau tak sembah berhala, kan?

ada masa aku sabar, ada masa aku pendam. pendam sebab malas cakap dengan orang suci dosa macam kau. yang takde masa untuk orang-orang macam aku. yang hanya "sembah berhala" bila tahik kau dah minta keluar.

kau. memang mengundang.


No comments: