hearts

Wednesday, October 2, 2013

. hidup dan hirup .



hidup macam satu perjalanan. kena rancang, sebab jalan tak semesti rata. kejap berlobang, kejap jammed tak gerak-gerak. bijak buat keputusan.

hidup macam main dart. nak tuju kena fokus. kena tahu sudut tangan. kena tahu rintangan angin. rasa semua guna deria persekitaran. peka.

hidup macam pilih tempat makan. kena tahu apa yang berbaloi. kena kira feedback pasal kedai tu. kena cuba tempat baru. kena tahu diri. tepat dengan selera. 

apepun, hidup masih macam roda. berlagak macam manapun kita, ada masa bagai dipijak. jangan sombong macam tak ada Tuhan. hati baik, Tuhan sayang. bagi taik, lambat laun jilat balik. tak kita, keluarga kita. roda kan?




________________________________________________



beberapa minggu je lagi nak habiskan masa dengan kawan-kawan. lima tahun beb. LIMA TAHUN. lama sangat kenal peri sisi setiap adik-adik aku (dibaca : rakan sekelas). kenal habis. sampai mudah aku terima, mudah aku tepis prejudis. 

satu-satu wajah aku belek. seronok tengok ada perubahan setiap dari mereka. Alhamdulillah. dari keras hati sampai boleh diplomasi. Alhamdulillah. aku turut terkena tempias yang sama. Alhamdulillah.

yelah kan. orang berubah ni, memang bagus. aku pun turut rasa berubah dan bertuah. sebab mampu untuk berubah. tapi. ada tapinya. bila berubah, apa yang kita benar-benar fikirkan?


adakah kita berubah untuk mengubah diri kita kerana kita yang mahu perubahan?
adakah kita berubah untuk diri diperhatikan?
adakah kita berubah untuk memberi manfaat kepada orang lain?


kadang-kadang, kita berubah, kita berubah kepada kebaikan. dan fikirkan, kebaikan yang kita bawa, adakah beri manfaat kepada manusia lainnya?

kita omong memang mudah. mahu berubah. adakah hati kita berubah untuk kepentingan diri semata atau demi orang lain sama? mudahkah berubah?

untuk itu, aku pesan.

jadilah manusia yang punya keinginan kerana keinginan akan membawa kepada kejayaan.
jadilah manusia yang memberi kesenangan kerana kesenangan akan membawa kepada kebahagiaan.
jadilah manusia yang hidup dan hirup pengalaman kerana pengalaman mengajar sebuah erti sebenar kehidupan.


jujur ikhlas aku katakan, aku jemu sebenarnya jika semata bertelagah untuk jawapan yang hujungnya aku tahu bagaimana. senang jika dibiar, kerana hak mereka sama. aku tahu, diri sendiri lebih meletakkan orang lain sebagai yang pertama. kerana aku tahu sakit perit rasa diperlekehkan manusia. 

carilah aku andai kau rasa susah jiwa.
carilah aku andai pandanganmu tak diterima.

kerana hanya aku,
tahu pedih payau diendahkan kata.


-hanya aku-




2 comments:

Ana Syanaz said...

Kt kawan kn hihi..

maizatul suraya said...

kita kawan laa.. mohon pecut doa utk iolss dapat KL k k k @Ana Miyuki :)