hearts

Showing posts with label selamat malam. Show all posts
Showing posts with label selamat malam. Show all posts

Wednesday, May 7, 2014

karapatan sa'yo!

Assalamualaikum w.b.t.
selamat berKhamis.


hm. aku selalu hidup dengan realiti biar telan sehabis baik. bukan imaginasi, bukan pentas aku berfantasi. iya. boleh tu bolehlah kalau sekadar berangan. cuma, realiti pahit juga pengakhiran. entahlah.

macam cerita temptation of wife, episod 16. banyak aku belajar. dari segi hubungan komitmen suami isteri. ada suami seronok berbelanja mewah untuk isteri, seronok punya isteri materialistik. nampak macam awak hero mampu sedia semua benda. ada yang romantik (mat-mat bunga) pesen luah cinta seromeo milik juliet. ada isteri yang setia, doakan bahagia bakal menanti dihujung cerita walau suami sedang dibelai wanita entah siapa.

komitmen.

itu antara perkara menghalang aku untuk teruskan suatu hubungan. pesen setia macam aku, memang tunggu masa untuk bagi komitmen. bukan main redah. sebab aku rimas dengan soal cemburu buta masa bercinta. aku rimas soal siapa kawan aku atau dia masa jiwa bergelojak asmara. aku rimas. bagi aku, cemburu semua bila sah akad dilafazkan. selagi belum, asalkan ayah aku tahu mana aku pergi, dengan siapa aku bergaul, maksudnya aku tidak perlu izin sesiapa.

beza.

iya. itu yang aku mahu tampilkan. yang aku mahu tonjolkan. celakarism bagi sesiapa kata perlu patuh dengan hubungan entah apa hujungnya. yang kata walau sudah dirisik, ibarat dah kena cop sah milik siapa. *sigh* dengar baik-baik. semua orang ada nafsu, ada perasaan. bukan semata hak untuk berkenalan, bergaul, bersosial milik lelaki. tidak wujud klausa perigi mencari timba, kan? jadi jangan terikat dengan soal berkenaan.

garang ke?

tak. jadi perempuan mahal bukan garang. kita kena tegas. aku sendiri akui, aku tidak setegas kawan aku nan seorang. aku mudah bergaul, ibarat lelaki. orang kata kaki layan. bukanlah layan bukan-bukan. cukup sekadar aku layan, untuk dan sebagai kawan. aku pun ada limitasi. wujud orang berkenaan untuk ruang yang aku bagi.

terima kasih.

aku bahagia dengan rasa yang aku ada sekarang. sampai mahu jerit kuat-kuat, "KARAPATAN SA'YO!!!" macam tu sekali. ada orang susah nak terima liberalisasi aku berkenaan perhubungan sebelum nikah. ada orang suka perempuan merajuk, sebab boleh main pujuk. entahlah. aku nak jugak. tapi mungkin bukan seru merajuk lagi. jadi bila aku pura-pura merajuk, aku sendiri terhibur dengan gelagat aku sendiri. jadi #mudahterhibur memang setepek dekat muka aku. satu lagi, #obseskendiri pun sama. haih.

itu je nak share. kosong kan cerita ni?


WL:
enabdacrazie

Thursday, October 31, 2013

. mengundang .



kau dah siap AR nab? kau nak siapkan bila nab? kau dah hantar kat penyelia kau? dah tajuk mana dah AR kau? kau tak jilid lagi?


bertalu. selalu soalan macam ni bertalu dekat aku. baik dari pensyarah, atau kawan-kawan aku. magisnya, aku jawab dengan lancar. dengan nada marah, adakala dengan nada menyampah.

manusia. motivasi ada naik turunnya. iman pun sama. jadi hendak digahkan apa? aku dicanang tidak hebat bekerja? aku dihebah hanya petah berkata? nahh. kesetanan jenis apa yang korang cuba ni? kenal aku hanya pada nama, tidak bermaksud kain aku habis kau selak baca.

jangan jadi kera. kau hendakkan aku, dilambung-lambung sayang. buangkan aku, ditunjal-tunjal macam celaka. sekali lagi aku tanya, kesetanan apa yang korang cuba ni?

lama aku diam, lama aku perhati. bukan aku sengaja diam. konon diam mahu positif. lihat kurang apa dalam diri. makin aku diam, makin seronok korang menari. jelik dengan korang, aku blah angkat kaki. biarkan korang seronok dalam dunia yang dicipta fantasi.

datang balik. cerita tak sedap pasal aku. alaaaaahai. jangan sampai aku gelar yang menyampaikan tu bangang abadi. yang ikut sama lagi dahsyat, konon kamceng padahal baru lepak tak sampai sehari. ini, aku bagitau, kalau baru makan gaji sekali, jangan cerita macam esok kau punch card terakhir kali.

benda macam ni, mengundang beb. tak tahu cerita, ditanya apa. bukan semberono kau canang satu dunia. bukan boleh kau gelak ketawa macam takde agama. tanya.

eh iye. lupa pulak aku. kau kan sempurna, suci dosa. iman kau tiada hadnya. motivasi kau tiada kurangnya. kot ye pun gitu, reti-retilah jauhkan diri dari pendosa macam aku. jangan mintak macam-macam dari aku. aku pendosa. bukan berhala yang kau simpan hujung meja. kau tak sembah berhala, kan?

ada masa aku sabar, ada masa aku pendam. pendam sebab malas cakap dengan orang suci dosa macam kau. yang takde masa untuk orang-orang macam aku. yang hanya "sembah berhala" bila tahik kau dah minta keluar.

kau. memang mengundang.


Saturday, October 8, 2011

sedenyut nadi.


aku dongak, lihat atas, tanya Tuhan.
tanya sungguh-sungguh.
kalau betul dia jodoh.

aku fikir aku boleh.
tapi nyata payah hilangkan rasa sesak jiwa.
aku tak tahu apa dia punya rasa.
tapi nadi sedenyut sebut nama dia.

datanglah seribu.
tapi tetap kau, hanya satu.
cukup-cukuplah dengan rajukmu.
kemaafan diterima dan aku sayang kamu.

**********************************************

aku emosi di sini, kau emosi kat sana. macam mana nak selesai? aku nak kau pujuk jek. kalau kau pun dah nak feeling-feeling, memang kena gaya aku lah main peranan bagi kita cantum semula. okey fine. kita main masak-masak balik yek.  muahmuahmuah! dah. jangan nanges. tak malu punya rockers! haishh~


WithLove : enabcantiksangat

Monday, September 26, 2011

penting untuk awak tahu.

bila rasa kasih datang menerpa,
hatiku sayu tidak berkata.
biar sedih tidak kuluah,
lihat kau dan dia, buat aku bahagia.

sungguh. aku cemburu.
tatkala kau dan dia senyum berdua dalam gambar itu.
ehe. cemburu ku tidak sebuta sesiapa.
kerana itulah cemburu bahagia. 

tak perlu cari bintang lain.
kau cukup, tidak terbanding.
tak terlihat andai terdetik.
kerana kau satu tiada yg lain.

cuma.
kalau benar kau bersama dia nanti,
aku mampu utus hadiah beserta kad ucapan "SORRY".
serta doapun diiringi.
kerana aku percaya, jodoh bukan kerja kita.
dan aku tidak mampu hadir.
kerana aku penat biar airmata ini terus mengalir.


dan sememangnya,
INI MEMANG UNTUK AWAK.



p.s untuk awak : terima kasih for all things that u have done for me before this. kesanggupan, pengorbanan dari segi masa dan tenaga. dan maaf kalau before this macam stalker. opss! sekarang pun dah ter'stalk' kau.

p.s utk readers : aku cukup tak minat buat entry pasal heart feeling. tapi hari ni, aku mintak maaf. aku malas nak tekan Ctrl A dan backspace. baca jela ye. maaf lagi sekali untuk korang. sayang korang more than words can say. :)


WL: enabcantiksangat


Thursday, September 8, 2011

selamat malam by SSK ft. Otam


Hello ku ucap sambil tangan ku melambai
Hati ingin pulang ke alam mimpi yang santai
Suasana sepi jauh panggang dari api
Realiti haru-biru malam hingga ke pagi
Haiti dilanda bencana satu dunia haru
Tapi artid hollywood hanya mampu buat lagu
Perang kat timur takde orang bertindak
Nak jaga hubungan politik dengan semua pihak
Orang yang terang salah kau pandang sebelah mata
Setakat kaji illuminati kau buang masa
Jam pukul berapa? Jarum langsung tak gerak
Bukan setakat merompak orang sekarang culik budak
Kepala lembuk diarak …
Gereja dan masjid dibakar itu satu Malaysia?
Aku malas nak fikir dah pening kepala
Aku bukan menyindir tapi dunia yang gila
Kita pentingkan karier lupa nak hargai dunia
Dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
Bila tiba masanya kita menutup mata
Semalat malam der selama-lamanya
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Rentak hatimu susah sangat
Kau dah mula rimas dan muka kau penat
Jangan sampai kepala kau tersekat
Tiba lah masanya untuk berehat
Matikan lah enjin mu
Tutupkan lah tingkap mu
Tidurkan lah api mu
Sampai esok pagi baru menyala
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Apa nak jadi dengan manusia harini?
Harapkan jaga dia bunuh rakan sendiri
Modus operandi Mona Fendi kembali
Takziah buat keluarga Dato’ Sosilawat
Orang mati sana sini nyawa dah tak berharga
Peragut tak kira mangsa perempuan mengandung warga tua
Kes rompak dan ragut semakin berleluasa
Remaja tak bersenjata ditembak di kepala
Hari baik bulan baik tapi ramai yang jadi jahat
Ramai nak hidip senang tanpa perlu susah penat
Banyak kematian dicatat semasa Ops sikap
Banyak bayi dibuang kerana si bapa silap
Ramai orang ditipu sebab nak cepat kaya
Muncul ramai Firaun baru dengan skim piramidnya
Ramai yang jadi Qarun bertuhankan harta
Orang berada masih menindas brader tak berdaya
Kita pentingkan karier lupa nak hargai dunia
Dan dia pula pantas berlalu sekelip mata
Bila tiba masanya kita menutup mata
Semalat malam der selama-lamanya
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam
Hari semakin kelam ucap selamat malam
Ucapkan selamat malam kepada alam
Semoga esok lebih baik dari semalam
Selamat malam selamat malam

sumber lirik : Zoom Lirik