hearts

Wednesday, May 7, 2014

karapatan sa'yo!

Assalamualaikum w.b.t.
selamat berKhamis.


hm. aku selalu hidup dengan realiti biar telan sehabis baik. bukan imaginasi, bukan pentas aku berfantasi. iya. boleh tu bolehlah kalau sekadar berangan. cuma, realiti pahit juga pengakhiran. entahlah.

macam cerita temptation of wife, episod 16. banyak aku belajar. dari segi hubungan komitmen suami isteri. ada suami seronok berbelanja mewah untuk isteri, seronok punya isteri materialistik. nampak macam awak hero mampu sedia semua benda. ada yang romantik (mat-mat bunga) pesen luah cinta seromeo milik juliet. ada isteri yang setia, doakan bahagia bakal menanti dihujung cerita walau suami sedang dibelai wanita entah siapa.

komitmen.

itu antara perkara menghalang aku untuk teruskan suatu hubungan. pesen setia macam aku, memang tunggu masa untuk bagi komitmen. bukan main redah. sebab aku rimas dengan soal cemburu buta masa bercinta. aku rimas soal siapa kawan aku atau dia masa jiwa bergelojak asmara. aku rimas. bagi aku, cemburu semua bila sah akad dilafazkan. selagi belum, asalkan ayah aku tahu mana aku pergi, dengan siapa aku bergaul, maksudnya aku tidak perlu izin sesiapa.

beza.

iya. itu yang aku mahu tampilkan. yang aku mahu tonjolkan. celakarism bagi sesiapa kata perlu patuh dengan hubungan entah apa hujungnya. yang kata walau sudah dirisik, ibarat dah kena cop sah milik siapa. *sigh* dengar baik-baik. semua orang ada nafsu, ada perasaan. bukan semata hak untuk berkenalan, bergaul, bersosial milik lelaki. tidak wujud klausa perigi mencari timba, kan? jadi jangan terikat dengan soal berkenaan.

garang ke?

tak. jadi perempuan mahal bukan garang. kita kena tegas. aku sendiri akui, aku tidak setegas kawan aku nan seorang. aku mudah bergaul, ibarat lelaki. orang kata kaki layan. bukanlah layan bukan-bukan. cukup sekadar aku layan, untuk dan sebagai kawan. aku pun ada limitasi. wujud orang berkenaan untuk ruang yang aku bagi.

terima kasih.

aku bahagia dengan rasa yang aku ada sekarang. sampai mahu jerit kuat-kuat, "KARAPATAN SA'YO!!!" macam tu sekali. ada orang susah nak terima liberalisasi aku berkenaan perhubungan sebelum nikah. ada orang suka perempuan merajuk, sebab boleh main pujuk. entahlah. aku nak jugak. tapi mungkin bukan seru merajuk lagi. jadi bila aku pura-pura merajuk, aku sendiri terhibur dengan gelagat aku sendiri. jadi #mudahterhibur memang setepek dekat muka aku. satu lagi, #obseskendiri pun sama. haih.

itu je nak share. kosong kan cerita ni?


WL:
enabdacrazie

No comments: