hearts

Thursday, May 1, 2014

temptation of a wife, bukan review biasa.

Assalamualaikum w.b.t
dan selamat hari pekerja!


hari ni, aku nak tulis review pasal temptation of a wife. bukan sebab aku bosan, dan bukan sebab aku ikut trend. semua sebab aku ada seorang murid pinoy yang memang tak tahu dan tak faham bahasa Malaysia. by watching this drama, at least, i can learning new language and improving my teaching skills (dengan mendalami budaya mereka).

so, cerita temptation of a wife tak ada beza macam cerita-cerita sinetron, samarinda, akasia, telenovela jugak. macam biasa, watak perempuan miskin dan lelaki kaya menjadi taruhan penerbit. tak kurang jugak watak isteri setia berat nanang dengan suami buaya kedelir tak tentu arah. plot lebih kurang, adakala sakit hati sebab boleh tahu apa yang berlaku next scene... gitulah.

paling biasa, scene menangis yang memang aku rasa kalau dalam 40 minit cerita, 20 minit tu menangis. lebih kurang sama banyak dengan iklan. hampess.

nasib untuk cerita ni, aku gunakan sebagai bahan untuk belajar bahasa filipina. kalau tidak, lama dah aku ignore cerita bersiri ni. baik bukak youtube, tengok mv baru.

moral yang aku dapat dalam cerita ni.
watak suami iaitu Marcel. aku rasa, kalau nak tahu celaka mana seorang jantan, tengok je perangai si Marcel ni. selfish satu hal, curang satu hal. tapi lagi celaka berlagak macam laki with no balls. the fish betul.

apa-apapun, aku enjoy je tengok cerita ni, walaupun selalu tengok lambat sebab tunggu MediaPrima upload dekat tonton.com. at least, i've got point untuk bersembang dengan Christine. :)



WL:
enabdacrazie

No comments: