hearts

Showing posts with label encik oreo. Show all posts
Showing posts with label encik oreo. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

Sunday, March 17, 2013

# release and forget.

just a good evening. Assalamualaikum everyone.



I just saw him. yeap. him. my 5 years part time lover. and his new car. and his gf. whatever. the point is, I realize, over these 5 years, you taught me how to be a good Raja Zainab. how to be a better person. and how to look some point from some other perspective.

"dear you.
i know, it is hard to forget you. 3 years wasn't a short period for me. you have become my secret love before, and this 5th year really the best year for me to forget.  i know, we have been through rough and plough together. sharing thought and everything. yes, i admit it is hard for me to forget.

by seeing you, living your life happily with your love one, makes me realize, i have to move on. yes. since the last day i know you never be mine, i told myself moving on is the best. but still, it never happen. i am still looking for you, yet still need you to be my wake up call every time i need to done my assignments. oh, how i miss you boy.

remember, when i told you my friend likes you? you just follow my advice. do made a call and have a chat with her. deep inside, i just tear my own heart. but it is okay. i chose this way. and always thanks to you because always be by my side even i know, there is no way for me to make this feeling real.

and remember when i need you while i'm working at Ukay's? and how i need you to accompany me to Istana Budaya? and how i need you to brought me to see Anis when she needs me right before she got operated then we go to Damansara to get your advance birthday present? how i miss our days. really miss that.

there a so many memories between us. and i think this is the perfect time for me to move on. i need to find somebody that can place the missing puzzle. i have plenty of friends, but i don't really found some other you. maybe i am choosy, or maybe there is always you inside me. don't worry, i will let myself moving on and get the happiness as you do.

thank you sir. you are the only best teacher.


regards, your only Raja Zainab."

Tuesday, March 12, 2013

# pukau.

diam.
observe dari jauh.
senyum.
hai, sebagai pemula.


aku perempuan.
mudah terpana dengan keindahan ciptaan Tuhan.
sedikit geli.
tapi aku tahu
aku mula berangan kau mula dulu.


hai.
nak panggil apa?


aku mula jadi lipas kena spray.
macam geli impian jadi nyata.
dalam otak nak jawab apa.
tapi sayang
mulut tak sekolah.


jenab je.
cukop.


dah tak ada nama sweet lagi?
atau kau memang nak tunjuk
kau masih bernama klasik?
show off.


jenab?
jarang dengar nama tu.
unik.
dan 
senang nak ingat.


tolong jangan bagi aku angau.
tolong jangan memukau.
meski ada daya tarikan magnet melampau.
belum masa untuk kau aku igau.



tapi. kau comel. #JanjiPengakap.



ps, .RZ.


Thursday, February 14, 2013

# mohon doa kamu juga.

assalamualaikum w.b.t dan selamat hari khamis.



ehem. pejam celik pejam celik, dah hari khamis. cuti untuk aku berbaki lagi 3 hari jek lagi. dah kena balik penang. syok tak syok? wuwuwu~~~


so, hari ni, aku berkesempatan untuk ke SAAS bagi sesi menempah dewan. alhamdulillah. tarikh yang aku minta, masih kosong. tiada kerisauan untuk itu. sekurang-kurang, balik penang, dah setel satu bahagian. tak payah nak serabut lagi pasal peta kad jemputan bagai. :)


tadi, masa kat SAAS, aku jumpa 'pakcik' yang duduk dekat kaunter pertanyaan. dari gaya, aku tengok macam Penolong Kanan atau Ketua Pembantu Tadbir. kedua-duanya macam mirip gaya beliau. santunnya berbahasa, tak payah nak cakap. memang berbudi je. i loikeeee~~~

tetiberrrrrrr!!!!!!! ceng-ceng-cengggggg *sound effect kasi lebihhhh*


"cikgu kahwin ye nanti?"


terkaku kejap. macam pelik. bertambah pelik. isk isk isk~~

dalam hati bertalu-talu soalan, mana dia tahu aku cikgu? dan bagaimana (ceh bagaimana konon) dia boleh agak aku yang nak kahwin ni???????????


dengan merah padam muka, aku cakap,

"err, bukan. bukan saya. saya tolong tempahkan dewan je. erherherher~~"



jadi, korang-korang semua, doakan jugaklah aku biar disampaikan jodoh juga yekkk?? tak sekarang, akan datang. insya-Allah....... aameeennn :)


love, RZ.

Friday, January 11, 2013

# usia tua.

kamu di mana, dengan siapa, semalam berbuat apa.
lagu Yolanda kerap bermain dalam kepala.
entah kenapa.
aku teringat kamu secara tiba-tiba.

hari lahir sudah tiba.
raikan dengan lantunan ucapan.
tanda usia tua menjengah kamu, sayang.
seperti satu masa dahulu kita luang masa sambut bersama.

doa ulung untuk encik Oreo.
selamat ulangtahun kelahiran.
kali ini semata ucapan.
tiada hadiah seperti dulu.
tapi ikhlas tetap dari hati.

seminit berlalu.
kenangan ditepissayu.
moga kamu terus bahagia,
biar dengan siapa, walau di mana sahaja.
kamu tahu di mana mahu cari aku.
kerana aku tetap berdiri di sini,
menanti bahagia aku.

love, enab

Monday, November 12, 2012

tak perlu dendam, sayang.

diam aku kerana rajukku.
tidak kerana dendam terhadapmu.
air mata tertitis laju.
terhiris seketika dengan sikapmu.

silapku ternyata.
sayangku hanya bayang-bayang.
kau rosakkan separuh jantungku.
tak berfungsi separuh ragaku.


kelam.




Saturday, March 3, 2012

wonder if he knew.

oh yes. late 2009. u asking me right? sorry. 



everything had change. but neither my feel nor my heart. still keep. just for you.


WL: enabcantiksangat

Thursday, November 3, 2011

10 things i wanna say to my crush.

  1. do not blame me. i just wanna be happy.
  2. i can't find any others like what Adele said in her song.
  3. i'm totally afraid with my heart feeling.
  4. i'm breathless whenever i see u with that smirk face.
  5. i see your name on my top contact list every day.
  6. it is you.
  7. whatever they said, whatever they show, it doesn't affect me.
  8. i wanna be with you when the mcbright comet strikes the sky.
  9. lets second date!
  10. it just a dream. sorry.

hello oreo! oreo! oreo!

Friday, October 28, 2011

less than perfect.

assalamualaikum w.b.t and hello fellas!


beberapa ketika waktu, aku merasakan aku kadang-kadang macam sampah. diguna, dibuang, dilempar. tidak sekali memikirkan penat lelah untuk memastikan kebahagiaan digenggam kemas. tidak. mereka selalu kata, "hey, kau kan ada dia. buat apa fikir tentang beliau?". sungguh. mudah untuk menutur ungkapan menegah fikir tentang kesakitan jiwa. tapi hati orang, siapa dapat meramal. 

meow meow. rengek si nzor, kucing baru kazen.

aku terus renung si nzor. terfikir jugak, kalau jadi kucing, mesti tak teruk bila dianggap macam sampah. 

satu ayat jiwang yang sering bermain dalam hemisfera otak kanan aku sekarang. 

when i said "Hi!" it definitely means "I Miss You Dear."
when i ask you Question, actually there's only one Q that i wanna ask. "Will You Be Mine?"


aku tak sejiwang orang lain. sebab jiwang aku tahap core

bukan bermakna gila jika bercinta
itu tanda aku normal manusia biasa.


terimakasih baca sampah.


WL : enabcantiksangat

Thursday, September 29, 2011

emosi perlu distabilasikan.

assalamualaikum w.b.t

hai enab. kau baliklah hujung minggu ni. kita kan ada family meeting.
hai cuzz! i tak dapat join lar. busy. lots of work. next next time lar nampak gayanya.

hai nab. macam mana team? semua cukup? semua okey? don't worry. i put my trust on you.
hai sir. err. team? they all good. plus cukup semua. err. 


hai nab. how my progress? are you done? 
hai vids. you're definitely publish now. wonder what would my lect say about you.


hai nab. it's me again. done with me already? i need to be pass up next week. are you ready?
err, hai assignments! i'm sorry. i'm lil forgot about you. sorry again. 

hai enab, i miss you.
hai oreo. i've been waiting to say i miss you too. 
i'm joking. :)

################################

plurghhh!! lotsa work and my moods become swing up and down. kalau buat graf, mesti tunggang terbalik. tak percaya, then ask lah my friends. sometimes i kinda moody, sometimes i just senyap tak cakap, sometimes i cried out loud. sometimes senyum tak semena. sometimes bergurau tak bertempat. sometimes rajin. err. hati, tolonglah tabah!


p.s : aku perlu lebih berhati-hati memilih emosi. tidak menyakitkan orang dan tidak menyakitkan diri. istighfar sebanyaknya. zikir dengan sempurna.


WL enabcantiksangat

Monday, September 26, 2011

hati korupsi

diam seketika.
lihat luar sana.
tiada.
jeling kiri setan suka.
jeling kanan, rasa hampa.
terus tegak jalan.
gerigi kayu diasah lembut.
lembut hati cair bagai air.
paling semula.
takut dunia.
takut sana.
duduk semula.
hati terkorup walau seketika.
rasa berdosa entah sampai bila.
tiada yang pasti.
maaf.

penting untuk awak tahu.

bila rasa kasih datang menerpa,
hatiku sayu tidak berkata.
biar sedih tidak kuluah,
lihat kau dan dia, buat aku bahagia.

sungguh. aku cemburu.
tatkala kau dan dia senyum berdua dalam gambar itu.
ehe. cemburu ku tidak sebuta sesiapa.
kerana itulah cemburu bahagia. 

tak perlu cari bintang lain.
kau cukup, tidak terbanding.
tak terlihat andai terdetik.
kerana kau satu tiada yg lain.

cuma.
kalau benar kau bersama dia nanti,
aku mampu utus hadiah beserta kad ucapan "SORRY".
serta doapun diiringi.
kerana aku percaya, jodoh bukan kerja kita.
dan aku tidak mampu hadir.
kerana aku penat biar airmata ini terus mengalir.


dan sememangnya,
INI MEMANG UNTUK AWAK.



p.s untuk awak : terima kasih for all things that u have done for me before this. kesanggupan, pengorbanan dari segi masa dan tenaga. dan maaf kalau before this macam stalker. opss! sekarang pun dah ter'stalk' kau.

p.s utk readers : aku cukup tak minat buat entry pasal heart feeling. tapi hari ni, aku mintak maaf. aku malas nak tekan Ctrl A dan backspace. baca jela ye. maaf lagi sekali untuk korang. sayang korang more than words can say. :)


WL: enabcantiksangat


Thursday, July 28, 2011

yes. i admit it.

susah sangat ke angkat muka?
susah sangat ke tunjuk kau suka dia?
susah sangat ke sampai dia patut kau lupa?
susah sangat ke kau nak jawab ni semua?

aku tahu kau percaya ketentuan-Nya.
aku tahu kau nak dia.
aku tahu kau tak sanggup hilang dirinya.
aku tahu kau tengok dia jadi serba tak kena.

kau tahu tak dia punya rasa yang sama.
kau tahu tak dia pendam cinta.
kau tahu tak dia senyap tak bicara.
kau tahu tak sebab kau, dia jadi tak betah duduk sempurna.

ye. kau patut luah apa kau rasa.
ye. kau tak perlu takut risiko semua.
ye. kau harus percaya jodoh kau dan dia.
ye. ini semua karutan belaka kalau kau tak percaya.

dan aku, masih melihat kau.

Sunday, July 24, 2011

naik cinta


mesti kau terfikir.
lambai apakah yang aku sampaikan.
benci marah atau menyesal.

tiada.

sesungguhnya cinta untuk kau telah aku redha.
dari saat kita kenal dari mula.
sebab aku pasti semua Tuhan punya kerja.
tak perlu sibuk tanya-tanya.

dan ye.
lambai semalam merupakan lambaian cinta.
rasa kasih melihat yang tersayang bahagia.
kerana aku sedang naik cinta.




Wednesday, July 6, 2011

susunan bait indah katamu.
menggusar setiap lohong nafasku.
seutus puisi melingkari ruang matamu.
aku sedar.
kau mencari yang sebenar.
tanpa mengerling aku walau sebentar.
entah.
aku bukan dia.
barangkali dia injap jiwa.
buat madahmu terus berkarya.

lemas dalam kegusaran.
tegar berpaling dari terus menahan.
ini bukan cinta.
ini bukan sayang.
ini syaitan.

Monday, June 13, 2011

urup

lebih sejengkal bahaya tiba
menyaksikan sejuta tangan menerpa.
hanyut dibuai perasaan bangga.
putih hati dinilai dengan kasih.

urup.
bukan cinta biasa yang didamba.
lebih lagi rasa kasih disulami mesra.
rupa cantik ada dimana-mana.
putih bersih jiwa tiada.
luaran boleh dilupa.
dalaman jua pengikat rindu rasa hiba.


urup.
 Ajar Baniaz. June, 13 2011

Friday, June 10, 2011

i do, nadzri.

siapa tak kenal Mohd Nadzri Zainal Abidin? sila angkat tangan. ok terima kasih.

mode nama : saya.


ceritanya bermula begini,


"adik, kenapa dia yg kau suka? dah la pelat. terabur. apa yg ada? sebab dia artis?" kata ayah.

"isk, tak best la dia tu. macam ape tah." kata kawanku, dua tahun dulu.

"kesianlah aku tgk dia. bukan lawak mana pun drama dia tu. komedi satu pun tak paham." sampuk beberapa lagi kawan aku, pun dua tahun dulu.

*****************************
dari FB sepah maharaja lawak

well, saya tak pernah berhenti menyokong orang Johor kegemaran saya yang sorang ni. tinggi, pelawak. memang buat saya jatuh cinta setiap hari. bukan sebab dia artis. sebelum dia jadi artis. sebelum dia dan gengnya diangkat sebagai juara. saya sudah jatuh cinta sejak minggu pertama. pelat, terabur, cakap tersembur. bukan satu masalah. sebab itu satu kelebihan yang dia ada. dan itulah rezeki dia.  dan dia pandai menyanyi. okey. jatuh cinta lagi dan lagi.

sekarang, dia dan geng bagai disanjung. dan saya harap dia tak berubah. tak lupa peranan songkok tinggi dengan baju melayu teluk belanganya. saya tetap di sini. mengharap dia mencari. HAHA.

******************************

mode nama : aku.

itu kisah Nadzri atau lebih dikenali ramai sebagai Jep Sepah. kalaulah satu hari nanti, Jep tibatiba tweet aku balik dan kata, "boleh kawen dgn kita tak?" dan aku mesti syok lompat-lompat. dan ye, aku akan jawab balik, "i do, nadzri."

dah. sudahlah berangan. bai.


JepWL: enabcantiksangat

Sunday, June 5, 2011

sekadar termampu.

menulis. bukan sesuatu yg baru.
terlihat, terdengar satu persatu.
aku bolos. bolos terus tidak semena.
aku berhenti. berhenti kerna tiada.

semua itu mainan sukma.
jiwa gelora remaja penuh tipu daya.
tak perlu tewas.
tak perlu upaya.
cukuplah satu.
sekadar termampu.

dayungan ke muara hidup takkan pernah berhenti.
andai jodoh kita pasti bertamu kembali.
kelak tiada bukan bererti harus mati.
kuatkan iman. cekal di hati.
dan kekal terus cinta padaMu Ya Rabbi.

aku tak mahu menjadi manusia yang pelong kerana cinta manusia.
sesat terus buat aku rasa berdosa tiap masa.
biarpun kasih manusia buat aku bahagia di dunia.
kelak di sana terpaksa menggalas segala.

sudah.
aku berhenti.
4 tahun sudah dan masih sendiri.
melihat panorama manusia yang tidak mampu hidup tanpa insan bernama lelaki.
bertukar pasang baju sekejap itu ini.
lirik senyum aku kembali.
mencari pengalaman tepat dari manusia-manusia ini.
dan sekali lagi.
cukuplah satu. sekadar termampu.

p.s: luahan sehingga 4 pagi begitu menenangkan sukma jiwa lara. dan sekali lagi, hai awak!


WL: enabcantiksangat

Friday, June 3, 2011

sebuah pencarian.

RAJA ZAINAB - SEBUAH PENCARIAN

duduk kemas buku kertas memori dulu.
saat waktu diri naif bodoh melulu.
terlihat gambar satu persatu. lucu.
kenangan menerjah mengusik kalbu.

sekeping gambar coretan jiwa remaja.
gembira tidak endah siapa-siapa.
tangis simpan biar jadi pengalaman.
tawa luah biar tahu dek semua.

aku pernah menjadi remaja macam kamu semua.

muka buku jadi saksi.
google search jadi juri.
betapa engkau sanggup kucari.
kerana selama ini hanya kau yang aku rindui.

teman-temanmu aku tambah, biar senang dicari.
tapi tetap kau tiada. seolah semua ini hanya sebuah mimpi.
akukah arai? akukah sang pemimpi?

gambarmu aku simpan semula.
kerana aku tak mahu lupa sedikit tentang rupa kau. semuanya.
hidung, mulut. mata. kening. segalanya.
dan paling penting. senyuman manja.
yang selama ini buat aku tewas dalam kerasnya jiwa.


andai kau terbelek puisi ini kawan, aku mahu kau tahu, aku tewas dengan sifat keras hatiku.

WL: enabcantiksangat

Saturday, May 7, 2011

andai masih punya sisa.

hanyut. hanyut.
fikiran terus hanyut.
hanyut dalam khayalan astonia.
mencari kebahagiaan tidak sedar.

pengemis cinta itu masih menanti.
andai masih punya sisa baki.
pasti diambil digilap bersinar kembali.

terus. terus apa lagi?

hampa. penuh, hampa.
baja tidak perlu kini.
cinta ini tak mungkin kembali.
biarkan sahaja ia pergi.

bangun. itu mimpi.

aku masih punya harapan.
walau bisa sudah sampai ke rawan.
kusedut semuanya.
andai masih punya sisa.


p.s : aku masih menanti sehingga kini. mungkin sehingga tiada lagi hari esok.

WL: enabcantiksangat