kamu di mana, dengan siapa, semalam berbuat apa.
lagu Yolanda kerap bermain dalam kepala.
entah kenapa.
aku teringat kamu secara tiba-tiba.
hari lahir sudah tiba.
raikan dengan lantunan ucapan.
tanda usia tua menjengah kamu, sayang.
seperti satu masa dahulu kita luang masa sambut bersama.
doa ulung untuk encik Oreo.
selamat ulangtahun kelahiran.
kali ini semata ucapan.
tiada hadiah seperti dulu.
tapi ikhlas tetap dari hati.
seminit berlalu.
kenangan ditepis, sayu.
moga kamu terus bahagia,
biar dengan siapa, walau di mana sahaja.
kamu tahu di mana mahu cari aku.
kerana aku tetap berdiri di sini,
menanti bahagia aku.
love, enab
No comments:
Post a Comment