hearts

Thursday, January 3, 2013

#GADOH

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

2013 aku bermula dengan perjalanan yang serba tidak semangat ke Penang. kepulangan kali ini menjurus kepada matlamat jangka pendek aku, - dapat elaun terbang ke Langkawi, dan beli sebijik Blackberry. -

tidak terlintas rasa mahu belajar. entahlah. kebarangkalian aku lelah dengan negeri orang. kecapekan terhadap Penang amatlah membimbangkan. ya. kau merasakan kali ni, aku menulis seakan luahan hati. tapi itulah yang terpaksa aku hadapi. perasaan 2 kali di sekolah menengah. sedangkan sekolah menengah hanya perlu dihadap sekali seumur hidup. ah. bosan melihat tulisan kali ini. mohon beredar.

aku dapat tahu aku dapat bilik asrama di tingkat 3, sama dengan Mie, Yaya dan rumet aku Fiza. kitorang dicampak di tingkat tertinggi dan dibiarkan berempat dalam bilik yang sama. Yeayyyyyyyyyyyyyyyy!!! <-------- itu perkara pertama yang aku sebut.  seronoklah gila babi sebab dapat duduk dengan makhluk Tuhan yang aku tahu lepas maktab ni tak boleh nak bahan satu sama lain. benda ni disampaikan oleh Mie masa aku buat lawatan ilmiah kat rumah dia. tapi deeeeeeeeeeeep talk dengan mak Mie buat aku sadar, duduk bilik sesama ni tak bawak sebarang manfaat punnnn.. aku fikir-fikir, benda ni ada betulnya. Semester 7 pulak lama nak praktikal. kalau duduk berempat ni selalunya akan ada sesi luahan hati sampai lupa nak buat RPH untuk hari esoknya. ni based on pengalaman aku masa duduk SEMTEG dululah. asal bulan naik jek, mesti nak muhasabah diri, mesti fefeeling nak jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat. TINDAKAN? takkan ada. sembanglahhh sampai kiamat. sembanglahhh...

nasib baik Yaya balik awal. ye. beliau adalah seorang yang amat seronok bila melibatkan hal maktab. seronok sangat sampai mimpi MissTeo pakai bulu mata tanam. tahpape. bila dah balik awal, dia argue pasaipa kitorang je yang dapat 1 bilik berempat tu. then, dapat tukar. but still, tingkat 3. aku ni bukan kisah sangat pasal tingkat-tingkat ni. cuma prinsip aku, sekali dah naik, jangan harap nak turun dan begitulah sebaliknya. gelak sendiri. aku nampak banyak kerutan timbul sejak Yaya jejak tanah Bainun ni. serius dia serius.

2 Januari. first day kelas yang kitorang merancang tak mahu ke kelas sebab Naim tak balik Penang lagi. memberontak katanyaaaaahhh..... taklah. niat utama sebab nak argue dan setelkan hal asrama. tahun akhir ni memang taring aku menjadi-jadi. semua benda konon tak puas hati, semua tak kena. ayat mula-mula aku dekat Yaya, "korang cakap, aku tambah-tambah nanti" ye. nampak macam tak bertanggungjawab mulanya, tapi tolong jangan mula buat dosa dengan perasaan rasa aku ni yang jenis menumpang je. jujur ye, aku kalau nak argue, aku keluar apa saja dari mulut, tak guna otak. lidah lagi cepat membariskan ayat. aku suruh geng aku cakap dulu sebab aku nak fikir senjata paling hebat. hasilnya, selepas hampir 400jam di depan pejabat asrama, kitorang mula lose hope untuk dapat bilik GRONDFLOOR. sengaja eja macam tu sebab nganjeng pejabat asrama eja salah. Fiza dengan Mie jadi taruhan, aku dan Yaya duduk tepi, fikir apa yang patut. tiba-tiba Fiza and Mie buat muka macam memang kita patut angkat bendera putih, terus jadi pemangkin buat aku. aku bangun dari duduk bodoh. pegi depan kaunter pejabat asrama dan buat muka saiko aku. ala-ala muka Puss in Boots. taklah secomel dia. mohon tidak terjijik rasa hati.

puff. akak tu terus bagi satu solution. mungkin dah naik jijik dengan muka kitorang menempel dekat depan pejabat dia buat dia loya. peduli pulak aku. yang penting, kitorang berjaya menyaiko 2 orang arahan** orang atasan yang sewenang-wenangnya melepaskan batuk di tangga hingga menyebabkan diri mereka disaiko oleh budak penyaiko. tahniah SuperSaikos. kenangan tahun akhir di awal tahun. keh keh keh


kesian jugak mereka yang terkena penangan geng SuperSaiko. nasib diorang tak jumpa SuperSailang. lagi haru. -wujudakah SuperSailang kat maktab ni? aku tahu siapa.


semoga tahun 2013 memberi kitorang Batch 2010 menjadi terhebat dalam sejarah Bainun. sejarah yang mustahil dicipta meskipun berjuta batch dicipta, tetap kitorang batch terunik. UNIK. dari sebaik-baik kes sampailah kes pelik Rizal bukan nama sebenar.. #eh?

bodoh mensi nama beliau. habis geng motor berkuasa tinggi cari aku. mohon cari mazidul akmal. dialah punca semua ini. KAH KAH KAH.


aku sayang diri sendiri. tak payah rasa bongok. aku sayang korang sebenarnya lah penyentapppppppppppp!




**arahan = sebenarnya aku nak tulis badut orang atasan. tapi, nanti pun aku akan merasakan seperti mereka. cuma aku akan pastikan aku tidak ulangi kebodohan sia-sia. nak bodoh, biar bodoh yang comel-comel jek, macam cerita korea yang bodoh tu. tak. aku tipu.


WL : enabcantiksangat

2 comments:

Naim Iman said...

kan.panjang melewa post.tetap ade nk mention salah aku walaupon kecik.eh? kau memg supersaiko! haha

yu ya said...

HAHA. Aku paling femes kat sini. Nama aq mention berkali kala.