hearts

Thursday, January 17, 2013

# takkan pernah sempurna.

assalamualaikum w.b.t , hello friend.



# tajuk sendiri telah menunjukkan betapa seriusnya aku dalam menjadi diri aku. aku manusia biasa. takkan pernah sempurna. terselak cacat cela dimana-mana.


# aku punya kesedaran. takkan lupa membalas budi, takkan angkuh menabur budi. ikhlaskan hati. kerana manusia biasa ini tahu mana harga diri.


# wujud benci dalam diri sendiri. melihat cela terbiar tanpa tahu menyembunyi. diam. biar manusia biasa ini sembunyi.


# minta satu hari, agar manusia tolol ini pergi berlayar tanpa perlu menyusahkan manusia lain. mohon ditinggalkan di pulau sendirian. biar tahu sembunyi cela berbaki.


# aku bukan manusia sempurna. yang mohon dimaafkan andai kata diterjemah tanpa hemah. yang mohon diampunkan dari setiap perilaku salah.


# aku berusaha menjadi sempurna. tanpa aku sedar, manusia tidak akan pernah sempurna. manusia terlalu picis untuk sempurna. manusia sentiasa sampah dan hina.


# aku melihat jam papan pemuka. detik itu juga tidak menentukan bahawa aku akan sempurna. aku penuh dengan cacat cela. aku manusia tanpa kepala.


# aku tunduk. tunduk aku kerana sedar betapa hebatnya kuasa Pencipta. sentiasa mencipta manusia tanpa sempurna. kerana bagian manusia itu dilempar sini sana. biar rasa cinta membawa sempurna.

ehsan Google


RZ : aku tak pernah sempurna. jangan minta aku untuk sempurna, jadilah bahagian yang menyempurnakan aku, kawan.


WL : enab

No comments: