hearts

Tuesday, January 29, 2013

# unik itu kurnia-Nya

assalamualaikum w.b.t dan hai.


pernah tak terfikir, kita ni unik. takkan pernah sama antara satu sama lain. ada bar code berlainan antara kita. yang akan mengesan perbezaan antara manusia. tahniah! anda tidak sendirian. *krik krik krik*

korang tahu ke tak unik tu ape? merujuk kepada kamus online @PRPM, unik ialah
tidak sama dgn yg lain, lain drpd yg lain, tersendiri, luar biasa, istimewa

aku juga sedar aku unik. tak perlu orang lain luahkan, sebab aku dah hampir angka 25. jadi aku tahu diri. lainlah jaman sekolah. sibuk cuba jadi orang itu ini, sebab jati diri sukar dikenal pasti. aku tahu diri.


penat aku usulkan, aku luahkan, aku ekspresikan tak kisahlah dalam percakapan, aksara mahupun lakuan. masih ada segelintir tidak faham manusia itu sifatnya berbeda. kok ada yang kurus masih gampang makan tak kira waktu. kok ada yang hebat masih cacat di sebahagian tempat. pokoknya, beda doank~

aku manusia yang acapkali terlepas kata, namun aku sedar cepat, bahawa aku bukan Tuhan yang sempurna segala zat. aku manusia biasa. tidak punya kuasa menghukum manusia sesama. kadang-kadang orang pelik, sikap aku yang tahu sebarang perkara tapi aku diam biar bodoh di mata manusia. bukan kerana apa. aku belajar. aku belajar mahu hormati kekurangan orang lain tanpa perlu menutup dosa. kita sama-sama punya aib sendiri. biarlah aku menjaga kainku sendiri dan kau dengan kainmu sendiri. kita jaga diri sendiri, lebih tepat.

aku juga manusia yang tahu diri, tahu sifat diriku. tanpa perlu tipu "aku mampu". itu umpama menyuruh aku melukis bulatan yang sempurna tanpa perlu jangka lukis diguna. siapa kita mahu menipu, semata-mata markah yang diugut satu persatu? aku bukan manusia begitu. niat aku Lillahi Taala dan akan kekal begitu sehingga bila-bila. aku tahu bahagian mana yang aku mampu dan aku sedar ada kekurangan aku di beberapa penjuru. aku tidak malu untuk mengubah diri aku, asalkan niat aku cuma satu, dan pastinya bukan kerana kamu. aku hanya minta kamu beritahu kurangnya aku pada aku, bukan dicanang sedunia bimasakti yang aku tidak mampu. itu buat aku malu. dan aku percaya, kamu juga begitu.

sumber google.

aku tahu diri aku sendiri.
bukan semata membuta tuli.
------------

pelik kadang-kadang. kita terlalu unik sehingga kita lupa batas kita sebagai manusia. kita tegar ingkar dengan diri sendiri dengan berselindung atas kesilapan orang lain. tanpa kita sedari, pekung kita dibuka, dan jangan hairan kenapa orang dah tak berapa intim dengan kita. itu semua vice versa atas dunia. aku percaya kita sudah lali dengan kata-kata hidup ini bagaikan roda. tapi itu #Fakta. kita kononnya tak mahu percaya karma, tapi kita tahu hidup ini berlandaskan percaya pada Qada' dan Qadar. orang baik, ujiannya tetap ada. yang berbezanya hanyalah tahap ujian mereka lebih tinggi, mengikut keperluan iman mereka. habis tu kita yang tak-berapa-nak-baik ni ujian biasa sahaja? tidak. ada juga band-band yang perlu kita lepasi sebelum kita hadapi ujian seperti mereka. jadi jangan takut atau gusar, kita semua bakal harungi ujian oleh yang Maha Esa.



konklusinya, aku unik, engkau unik, dia unik, semua orang unik. jangan sibuk canang peri buruk orang. sebab yang buruk itu jugalah contoh sisi unik seseorang. sebab bila kita canang buruk laku orang, itulah keunikan yang kita ada. memburukkan kejadian Dia.  #Nauzubillah #ingatan untuk aku dan kita semua.



Love, RZ

No comments: