hearts

Friday, June 3, 2011

sebuah pencarian.

RAJA ZAINAB - SEBUAH PENCARIAN

duduk kemas buku kertas memori dulu.
saat waktu diri naif bodoh melulu.
terlihat gambar satu persatu. lucu.
kenangan menerjah mengusik kalbu.

sekeping gambar coretan jiwa remaja.
gembira tidak endah siapa-siapa.
tangis simpan biar jadi pengalaman.
tawa luah biar tahu dek semua.

aku pernah menjadi remaja macam kamu semua.

muka buku jadi saksi.
google search jadi juri.
betapa engkau sanggup kucari.
kerana selama ini hanya kau yang aku rindui.

teman-temanmu aku tambah, biar senang dicari.
tapi tetap kau tiada. seolah semua ini hanya sebuah mimpi.
akukah arai? akukah sang pemimpi?

gambarmu aku simpan semula.
kerana aku tak mahu lupa sedikit tentang rupa kau. semuanya.
hidung, mulut. mata. kening. segalanya.
dan paling penting. senyuman manja.
yang selama ini buat aku tewas dalam kerasnya jiwa.


andai kau terbelek puisi ini kawan, aku mahu kau tahu, aku tewas dengan sifat keras hatiku.

WL: enabcantiksangat

3 comments:

maizatul suraya said...
This comment has been removed by the author.
Princess Novella said...

aku tau sape! hahahaha

Anonymous said...

:( nape cam sad sgt ni? haih