Dia datang bawa air minuman. Arina juga pelik. pelik kerana sikapnya berubah terlalu selamba. aku teruskan permainan yang aku sendiri khuatir dengan pengakhirannya.
kami bertiga terus menuju ke pusat ilmu. peperiksaan akan berlangsung tiga minggu lagi. aku dan Arina masih belum bersedia kerana kali ini kami terpaksa repeat beberapa paper. Aswad masih kelihatan selamba. keputusan peperiksaan yang sudah beberapa kali mencapai status Dekan menyebabkan Aswad begitu selamba. aku lihat Arina begitu khusyuk. aku juga masih tiada semangat. bagiku, peperiksaan hanya kayu pengukur kejayaan di kampus. realitinya, aku mahu berjaya dalam hidup. bukan atas kertas semata. "hey, mengelamun teruk-teruk ni. dah sampai mana ni Ain?" tiba-tiba suara itu menyentak lamunanku. "dah ke venice dah encik Aswad.. kenapa? nak join ke??" balasku, selamba. "eleh, dia nak join kau la tu Ain. jeles, kau boleh berangan sampai ke Italy. HAHA," tambah si Arina, sakit hati. Aswad hanya senyum, tidak berkata. aku terus mencapai buku HBM3112. malu dengan sikapku terhadap Aswad.
"err, Ain, awak free tak lepas Asar ni? err, macam ni.. sebenarnya, saya nak mintak awak temankan saya beli baju untuk adik saya. lagipun, adik saya kecik, macam awak jugak. err.. boleh?" soal Aswad. "weh, takkan Ain je. aku kau tak nak ajak. memilih kawanlah kau ni Wad....." celah si Arina. "err, Wad, awak ajak Arina jela. dia nak sangat ikut. lagi pulak, saya dah janji dengan Iwan. nak prepare design bunting untuk Exam Month nanti. takpe kan?" helahku. Aswad dengan rela hati menerima alasanku. dan kami menukar arah masing-masing.
**************
"Ain, I tengok, si Aswad tu macam syok dekat you je. you tak minat dia ke?" jolok si Iwan. "for your information Encik Iwan, saya dengan Aswad, just friend. tak lebih dari tu. lagi pulak, dia tu nerdy. mana pulak datang kasih-kasih, lovie dovie macam yang you cakap tu, right?" aku membidas Iwan, yakin. "well, i know that you won't to fall in love, especially with nerds. girl like you should have big strong guys like me as bf, kan?" ujar Iwan dengan jelik. "kalau nak big strong guys, aku tak nak yang macam kau. busuk pekat. yuckss!!! dah la. aku dah siapkan design. kau nak, kau ambik. kalau tak nak, kau reka lain. malas aku nak layan cita-cita cinta kapas kau tu!" tinggi suaraku, tanda protes.
No comments:
Post a Comment