tidur, tak terjaga.
perut, tak tentu hala.
mata, dibiar saja.
hati, pilu terasa.
jiwa, terseksa sentiasa.
kepala, pening tak terhingga.
kerja, nak cepat saja.
hidup, penuh nak cerita.
meja, sepah sini sana.
baju, tak terbasuh segala.
air, tak cukup rasanya.
laptop, on sedia.
biskut, dibuka segera.
ubat, dipandang hina.
semua ini rasa satu masa.
ini yang aku rasa.
bukan kau, atau dia.
hanya aku rasa.
betapa tertekannya jiwa, batin terseksa.
kau hanya mampu kasihan.
atau hanya ucap, bersabarlah.
tapi kau tidak rasa.
kerana rasa ini aku yang punya.
No comments:
Post a Comment