assalamualaikum.
*******************************
lama dulu, aku suka baca novel. gila kau! zaman kegemilangan novel. first novel aku baca tentulah dari penulis novel hebat Ahadiat Akashah iaitu Awek Cun, tahun 1999. aku amatlah berterima kasih pada Kak Long Munirah aku yang sudi meminjamkan novel itu *okey, ayat poyo*. masa tu, aku ingat lagi, aku setia je dengan novel Melati Publishers aka tulisan bang Diat lah. dengan kak Zuraidah Othman. okey. masa tu aku sekolah rendah. titik.
tak lama dulu jugak, aku ada try beberapa novel Alaf21. macam Cinta Marissa, dan sebagainya. oh. aku cuma baca beberapa je. mungkin less than 15 books. sebab aku bosan. cerita lebih kurang sama. dan angan-angan yang sama. perempuan miskin tapi cun gila jumpa dengan mamat anak dato' or keturunan hebat-hebat tapi perangai mamat tu macam gampang. *maaf. aku menulis kasar utk menunjukkan emosi sebenar*.
aku mula beralih kepada pembacaan berat lewat usia remaja aku. cukup aku katakan, masa lepas SPM. lewat. sangat lewat. walaupun aku telah memulakan pembacaan berat sekitar usia 9 tahun dengan meminjam buku di khutub khanah sekolah. dan buku tersebut pasti dikenali ramai, Debu Hiroshima.
tapi, dalam banyak-banyak buku, aku rasa, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku penyiasatan macam siri Salma dan siri apetah satu lagi. sebab, namapun Top Student sekolah. hadiah pun mestilah novel-novel penyiasatan. *motippp??*
********************************
introduksi yang panjang lebar di atas sebenarnya nak perjelaskan bahawa, aku benci dengan novel picisan. ibaratnya, aku membuka setiap muka surat tetapi kosong. tidak berdakwat. aku mahukan realiti hidup yang lebih kompleks, bukan ringan sekadar kapas dihembus angin. hentikanlah angan-angan yang tidak memberi kebenaran. aku sedih. melihat kini ramai wanita senang memilih bertemankan novel ringan. ya. mungkin kau rasa, kau letih dan perlukan sesuatu yang lebih kasual. itu hak individu masing-masing. bukan aku membangkang, tidak. aku cuma mahu perjelaskan bahawa, penggunaan bahasa dalam penulisan kasual itu ringan. tidak memberi peluang untuk sejenak kita berfikir. keselindungan sesuatu plot cerita. plot itu perlulah rahsia. tidak terlalu berat dan tidak pula terlampau ringan.
dan kini, aku lebih memilih membaca cerpen dan puisi. cukuplah angan itu.
WL: enabcantiksangat
No comments:
Post a Comment