hearts

Saturday, September 28, 2013

. sudah cukup cukup sudah .



apa yang aku rasa,
tidak semesti kau rasa sama.

dan aku tidak mahu kau rasa sama.

atas sebab itu,
aku mahu kau tahu.

bukan aku tak mahu.

soal hati amat nipis,
takut koyak, rabak habis.

sensitif amat bagi aku.

kerana aku masih baik-baik.
bukan rosak tak boleh baik.

hati kering, mati.

belum masa untuk terus maju,
jangan paksa aku.

kerja Tuhan siapa tahu.

duduk diam, terus kerja selalu,
tiup wisel, buka buku.

jangan risau.

umur sudah pasti bertingkat,
masa jadi makin singkat.

terus saja hidup lihat apa ada.
rasa nikmat sementara ada.

jangan risau.


2 comments:

Ana Syanaz said...

Care less enjoy more..just follow da flow of time..be happy :)

maizatul suraya said...

yeap. just follow the flow. aha!