hearts

Sunday, September 29, 2013

. kasut dan public transport .


perjalanan jauh tak terasa
kerna hatiku melonjak sama
ingin berjumpa sanak saudara
yang selalu bermain di mata

- dipetik dari lagu Balik Kampung, Sudirman.



hari ni aku cerita pasal sepasang kasut dan public transport. benda yang selalu aku perhati bila naik public transport. iyelah, takkan aku nak cerita tentang bau hazab ketiak entah siapa pulak kan? nak nak sekarang KTM ada ladies koc. so, bau bidadari jelaa yang adeee.. tak gitu? ahaks!

jadi, berbalik kepada cerita. aku sering perhati mak aku pergi balik kerja dulu. selaaaalu pakai kasut ala-ala kungfu cina tu. cap penguin tak silap aku. wonder jugak, camne bos mak aku kasi lepas pakai kasut macam tu. hmmmmm.. 

beginilah rupanya. tapi yg ini aku gugel jek..

mak aku ni, lepas ayah aku jadi orang pencen, memang naik KTM je. maklumlahtakde lesen. ehekhek.. jadi, dia pun semangat beli kasut cemni. isk isk.. bila aku tanya, mak aku suka jawab ikut suka dia.

Adik : Mak, si Polan tak marah mak ke pakai kasut yang emmm cantik sangat ni pegi ofis?
Mak : ehe. dia pun pakai macam ni tiap hari. 

bila aku macam dah ada akal, baru aku sedar. kasut ni selesa. senang nak lari-lari kejar tren ala-ala hindustan tu masa atas jambatan nak cross rel tu. ihiks!

kya ka huar hey, kuch kuch hota hai~~

akal ni aku dapat masa aku selalu naik bas dan tren yang jadi penghubung aku dan rumah. iyelah, dari Penang, aku suka naik bas. berhenti pulak dekat KL. bukan apa. memang ada bas direct pegi Kajang, tapi selalunya timing tak best. so aku prefer naik bas ke KL then amik StarLRT Plaza Rakyat sampai ke BTS then tukar KTM terus ke Kajang. aah. aku suka susahkan diri tukar kenderaan ni. dari timing tak best. haah.


disebabkan kepandaian aku yang suka transit ni, aku menilai peribadi manusia berdasarkan kasut apa yang diorang pakai masa diorang dalam public transport.


#1 FASHIONISTA


ewah. diva kau. dari atas sampai bawah, melarammm tak sudah. kau dari Penang jugak cik kak/abg. turun KL terus nak dating ke camne? satu lagi. Pudu je kan? KLIA boleh jugak terima dek akal aku. ah-haa!!


#2 BERMUSIM



kategori ni, pesen yang suka pakai kasut ikut musim. bukan berlatarkan dia naik apa. dah kalau musim tu semorang pakai but, dia pun ikut sama lah. ada iras-iras diva kat atas ni jugak. ehem


#3 PEDULI APA ORANG KATA


individu jenis ni hanya pentingkan selesa. tak kisahlah gladiator je ke, flipflop je ke, asalkan dia selesa. lagi pulak, turun Pudu kena amik tren tau tidak? kena hamikk tangga lagi. jadi tak menyesal lah kalau individu ni pilih flats sebagai pilihan hati dia.


#4 SUKA COMFORT TAPI LEBIH STAILISTA


pesen ni pulak, jenis pakai sneakers tak kira masa. hujan ke panas ke, harungg sama. yang penting comfort dan tak comot. selalu individu macam ni aku jumpa yang lelaki lah. pikir panjang, bas kan sejuk. jadi pakai sneakers lebih selesa. ehek.


apepun, ni dari sudut pandangan aku. sebagai seorang anak di perantauan.. pulanglah di hari rayaaaaaaa~~ gituhhhh..


sekian sahaja post yg telah menjadi draf selama 4 minggu. ehek!

adioss!

No comments: