hearts

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

# peperiksaan medan tahu kita kawan untuk kepentingan atau kawan sampai mati.

assalamualaikum w.b.t dan hello readers.


aku sudah 23 tahun 4 bulan. seumur hidup aku, kawan memang ada di merata-rata. kiri kanan selatan utara, oh ye, pantai timur tidak dilupa. seronotnyerr ada kawan! seronot-seronot-seronot! mana-mana pergi, hello hello.  ewwaah! heaven!


kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman. tentang kawan untuk kepentingan. oh tak cukop jahat. FRIENDS FOR BENEFITS. *tetap tak jahat kurasa*.

.aura syaitonnnn nirr rojim datang sekarang.


suatu hari, di sebuah asrama, datang seorang makhluk yang hanya sekadar melampiaskan senyuman kadang-kala, ke bilik aku. tiba-tiba tanya, "kau dapat spot tak?" dan aku sebagai pelajar yang jujur lagi berintegriti menghujahkan yang aku tiada spot malah aku belajar bukan ikut spot. aku skema. jadi orang skema memang bengal untuk study ikut spot. ye itulah aku yang aku impikan. menjadi manusia skema sebetulnya. jadi, si dia menjadi hampa kerana tidak mendapat apa yang diimpikan. dan mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.


suatu hari, di dalam bilik, bersendirian. ku ingat kalau ada suami, aku mahu berjimak kerana keadaan sangat bosan tatkala peperiksaan menjelma. tapi apakan daya, hanya menonton rancangan favourite atau movie sahajalah peneman manusia hampir skema ini. tiba-tiba datang seseorang yang biasanya berkata hai. aku terkujat. hampir pengsan. jadi ku tabah melampiaskan sekuntum senyuman sangat manis kononnya menerimanya seadanya. tiba-tiba, si dia tanya "sudah habis study kah?" maka luruhlah jantung aku. penat ku berpura-pura senyum, dia langsung tidak perasan aku sedang asyik mengunyah sebaldi cornflakes. tapi aku tetap memilih untuk menjadi Drama Queen, dan dengan sinis, "kau nampak tak baldi ni isi apa? dari tadi aku asyik makan dan makan sambil baca nota dekat laptop *sambil tunjuk isi blog*. "


suatu hari, saat printer aku hampir jahanam. aku pun meluangkan masa melihat lapangan sosial aku di facebook. manusia kaki LIKE dekat post-post aku *dan barangkali seorang SilentReader aku* tiba-tiba berusaha untuk say hi dekat ruangan chat. ye. kau tahu kini bagaimana aksi overreactive aku. aku melompat jatuh dari kerusi sebab teramat terkujat. "lecturer kau ada bagi hint tak kali ni masuk ape" ye. terlalu direct. sebab aku malas nak taip hiperbola. penat. letih and tired. aku pun terus logOut.



kau siapa yang baru nak cari aku?


kita bukan lahir untuk jadi kedekut ilmu.
kita juga bukan lahir jadi manusia yang dah dapat ilmu tak reti ucap terima kasih.
ucapan terima kasih bukanlah hanya dengan mulut. tapi turut diperakui dengan sikap dan penghargaan. 


aku tak kata ini yang terjadi pada aku. mungkin terjadi kepada kawan-kawan aku. mungkin pada anda juga. Friends For Benefits type is everywhere. maybe di ofis, maybe di pejabat. ye sama saja. tak kisah. waktunya juga berbilang. kejap malam, kejap siang. kejap waktu exam, kejap waktu kerja sekolah tak siap. kejap waktu assignment kena hantar lagi 24 jam, atau kadang lagi 36 jam dari waktu untuk presentasi. tiba-tiba akan datang makhluk yang hadooo tiba-tiba mintak itu ini. lepas tu muka tembok. lepas tu kopipes. lepas tu edit ayat pasif ke aktif, imbuhan apitan. lepas tu mengaku dia yang buat semua A-Z. lepas tu dia dapat markah highest lagi. lepas tu, aku terduduk kata whaddepork?

itu belum lagi jenis yang kata tak study lagi, tapi tiap-tiap sem kau dekan. lagi sekali, aku ucap "outta my way please."


whatever it is, pastikan kita bukan jenis itu. kita kan kawan-kawan yang ohsem dan tahu apa itu nilai seorang sahabat. jadi, jangan perjudikan soal kepentingan diri sahaja. fikirkan mereka yang sudah anggap kita kawan. hargai mereka. pleased them. yang kita layan lite lite tu, janganlah gamak sangat tanya untuk kepentingan diri sendiri. dah tahu exam lagi 2 minggu, kau buatlah ayat puitis. belanjalah kepsi mekdi sehari dua. kenny rogers dua tiga kali. baru ilmu yang kita dapat nanti barokah. HAHA. jangan buatlah maksud aku.



selamat berjuang untuk paper akhir untuk semester ini. paper major. rasa bahagia jek sebab cuti ni diisi dengan kenduri kahwin. ekekeke..



p.s : exam kali ni aku macam kurang feel. entah kenapa. malas barangkali.


till then, iloveyou.


WL: enabcantiksangat

Monday, September 24, 2012

praktikum kali kedua. ini cubaan kelas pertama.

assalamualaikum w.b.t.

dua bulan bertarung, kali ini bersama-sama sekolah daerah permatang pauh yakni sk permatang pasir. awalnya, mudah. mungkin, masalah murid jadi masalah utama, biasa. tune up yourself enab! but after few weeks, amboih. nampak banyak taring rimau jadian cikgu-cikgu. yang lawak, yang sekepala, tu aku terima. yang spesies tidak tenang tu yang aku risau. entah. kita buat daebak camne pun, mesti cari salah. entahlah. anyway, last day untuk second practicum adalah yang terbaik. *tak ada hadiah pun tak apa, ucapan terima kasih yang paling ikhlas tu yang buat aku lemah tak nak tinggalkan sekolah*

gambar2 di bawah adalah sekitar hari camping UB sekolah. untuk tahap  2 semata-mata :) enjoyce!




partner praktikum. mimosa-chan!

ketua panitia - cikgu zul

guru pembimbing - cikgu ismi

partner praktikum - nurul & memen, with baby amar

BBQ!

ketua komandan - cikgu najib

luruskan barisan pun tak reti pada awalnya. aiseh!

selepas dilatih oleh kapten Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin. omaiwaa!!

kat padang kawad, mana kenal erti senyum.

my students. pehh-liss!

Kapten Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin

sekali berPandu, selamanya Pengakap. *tepuktepukdahi*

simpan khemah macam ini ye anak-anak!

oh my lovely students!

"dalam 10 orang cikgu yg mengajar kami, 9 daripadanya meluat dengan budak ni. tapi cikgu Raja?"

hello junior!

keladi layer. my favorite!

practical teacher with GSTT. we are Y generation for future !

with sporting headmaster - pn Hanifah Bee :)

check-out.


well at last, aku berjaya jugak habiskan praktikum kali ni, meskipun mulut-mulut puaka manusia yang tidak tenang dengan kehadiran aku di sekolah ni tak dapat aku tutupkan. biasalah. puaka mana boleh tenang, kanzz? thanx to all colleagues yang tak sudah-sudah support, bagi peluang, etc etc.. dan juga geng-geng tahun 6 G yang aku berjaya brainwashed (sampai aku lalu sebelah kelas diorang jadi senyap). tak dilupakan, cikgu Ismail sebab bagi aku pinjam original Interlok yang tidak diolah semula. menarik sungguh bahan tersebut. dan juga aku ucapkan thanx berjuta-juta lemon dekat Kak Liza, yang sudi belanja minum, yang sudi bagi pinjam bahan, yang sudi pujuk kitorang bila kepuakaan TERmuncul. terima kasih. kasih.



semoga praktikum akan datang lebih memberi aku peluang untuk bertemu mereka yang berfikiran terbuka. dan juga memberi aku bekalan pengalaman yang berguna. insyaAllah.


WL: enabcantiksangat

Sunday, October 2, 2011

aku manusia, tegar laku khilaf.





untuk tulis sebuah objektif kognitif, aku perlu karang sebaris ayat.
aku mahukan pelajar menyebut atau menyatakan fungsi ambil lajak.
boleh tak kalau aku tulis,

"murid membilang fungsi ambil lajak iaitu untuk menghantar bola tepat ke sasaran"

kau rasa,bagaimana?





p.s : semalam, di Popular bookstore, ada 2 buah buku Bogel Menuju Tuhan.
 mampukah aku membelinya?








WL: enabcantiksangat

Wednesday, September 28, 2011

akukah itu?

assalamualaikum w.b.t.


hai friends! how was your day? i'm doing great even got some problems that i've already settled. well, while i'm reading my FB friends news feed, i stopped at one of my friend's status. she said,

"Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
... ... ... ... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru."



"WANITA..KAMU ISTIMEWA"


well dear, i really feel calm whenever i read this. since last year. and it helps me to get through all tough days with patient. and gratefully, it taught me how to be a better friend, with love and patience. ~ala mak-mak giteww~  and please Allah, please love me more. :)


WL: enabcantiksangat

Tuesday, September 27, 2011

air wick.

assalamualaikum w.b.t


hello friends. nice! akhirnya aku menulis sesuatu, bukan membaitkan puisi. hey, aku ada hati, sebab tu aku bait sebaris dua puisi. selamat petang readers!


hectic month is around the corner. with assignments, amali, and kuliah. oh, nak terlupa pulak. jamuan dan majlis persaraan. semua ni bikin panas! HAHA.


i need some fresh air. something that can sooth me. with lavender, bath tub. oh, maybe its kind of mandi bunga. no-no. i think i wanna go sail, be a sailor. yeap. a moment at Straits Quay made me feel to be a sailor and spending my whole life as a sailor. *oh banyaknya perkataan sailor, confirm betol nak jadi sailor nih.*


well, let say HELLO to hectic week and month, and goodbye to beautiful journey of 4th semester. i'm gonna be kat stratford again by tonight. :)


till then, RIP Heath. i love you dear.


WL: enabcantiksangat

Sunday, September 11, 2011

hantaran oh hantaran!

assalamualaikum. sekali lagi aku menyemakkan kehidupan korang yang serba indah tu. hehe. aku sayang korang. 
nahhh xoxoxoxoxoxoxoxoxoxo <3


encik google image adorable takde gambar yg lebih adorable utk keyword -HANTARAN

sekarang kan, aku selalu tengok dekat status dan dinding fesbuk kawan-kawan cerita pasal hantaran. kononnya ;-

>
>
>
>
>
>

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini (Ringgit Malaysia) dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000


realiti atau fantasi? 


aku perempuan. dan aku tahu, ramai kawan perempuan aku suka dengan sebut harga (mcm barang kan?) seperti di atas. kononnya, itu yang selayaknya. kalau mahu, harus sanggup. emm. terfikir seketika.


tiba-tiba. aku terjumpa sesuatu kata bantahan dari sang lelaki. oh. mereka begitu prihatin ye mengenai kes duit hantaran ni. tak betah duduk harus balas. katanya,

>
>
>
>
>
>
>
>
>

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH: Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ". Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat ".. Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ". Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!



sentap mak nak!
susah nak cakap. macam nak berniaga pun ada. 


kita manusia, bukan barang. sila ambik memory card, letak dalam otak, kalau rasa diri anda sebuah barang. harga hantaran bagi aku tak perlulah melebih-lebih. cukuplah sekadarnya, tidak menyusahkan pihak lelaki. kalau nak buat kenduri besar, sendiri keluarlah the money money. dan, kalau nak sangat hadap duit hantaran macam yang dicanang-canang, cari yang berkemampuan, buat apa cari pion opis, cari abg safeguards? carilah abg senior engineer (yg junior gaji ciput, kau tau kan?), carilah abg doktor bkn MA. 

eleh, boleh buat loan kot!

ewah! duit pinjam mana berkat! itu pasal aku suruh pasang memory card kat dalam otak. kasi kau ingat sampai bebila. duit pinjam bhai! tak abis bayar dah gaduh perang besar. konon tak mampu beli gelang tiap kali raya sebab nak settle kan hutang bodoh nak kawen dengan kau. penah tengok citer PRamlee yang seniman bujang lapok tu tak? tak ingat jalan cerita? aku malas cerita, kau cari sendiri boleh?

kau perempuan, #eh kita sama.

ye. aku pun teringin majlis besar. tak tipu. nak nak kerjaya macam aku, cikgu. banyak ni VIP list wajib jemput. guru besar, orang PPD, nazir sekolah. tapi, kalau itu yang aku nak masukkan, duit cari sendiri la. jangan susahkan pihak lelaki. diorang pun nak kumpul duit, bagi kita makan lepas kawen. kot-kot kita bunting pelamin, ahh sudah, susu lampin. semua nak kena sedia. kalau kita mudahkan diorang, diorang pun akan mudahkan kita, insyaAllah.

eleh, laki ni bukan boleh bagi muka. nanti dah dibagi, pijak kepala.

#eh kau pun satu kaum Adam. agak-agak la. kan aku dah cakap. kita semua manusia. bukan barang. nak main pijak-pijak. bersyukur la sikit bhai. jangan ingat kau je ada perasaan, yang wanita anggun ayu bergaya ni macam patung kau boleh tayang tapi boleh kau tipu tiap masa. dah girls ni baik hati, kau jgn salah guna. kerjalah untuk membahagiakan mereka setiap masa. ingat, orang perempuan ni lain sikit. kau naik suara pun, diorang dah fikir limaploh juta perkara negatif tentang kau. 

aku tak backup mana-mana pihak sebenarnya. aku cuma rasa, pandangan mengenai hantaran ni berbeza tiap orang. tapi tapi kita mesti selalu fikir, kita bukan barang utk dijual. jangan terpengaruh cerita pengantin utk dijual tu. hantaran tinggi utk sesiapa yang mampu. ingat tu je. kalau diluar kemampuan, aku kira tak mampu jugaklah. lainlah kalau laki tu yang offer diri nak tanggung kos AtoZ. tapi yang penting dia yang sebut. bkn kita. 

so, aku harap, feedback dari aku ni tak disalah erti oleh pihak-pihak tertentu. kita semua nak kawen kan? toleransi kunci utama. :)

sehingga itu (aku gantikan dengan till then), 
majulah perkahwinan untuk kita semua. HAHA


#ohmama #saya #mahukawen

WL: enabcantiksangat



tatkala rindu menyinggah by dear Yani


so today, i just want to read and read. and for now, i wanna share something that i read from my dear friend's Yani, fb. 

**************************************

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..bingkisan nota ini khas buat rumateku Ana Zahidah..
dan semua yg merindui air telaga Rasulullah..
bukan niatku titipkan rasa ini untu menyatakan kehebtan atau kealimanku..
sekadar berkongsi rasa..
berada di singgah sana ini sungguh gembira bersama keluarga..
namun mujahadah sendirian amat menggoyahkan tanpa shbt2 yg soleh..
ingin aku luahkan tarbiyah yg aku peroleh sepanjang di rumah..
malas aku nk menulis tetapi insyaAllah ini juga pena dakwah..
membaca qasidah burdah..yg bermaksud..
' yah, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidurpun susah,begitulah sebenarnya cinta apabila telah bertapak di di dalam hati,ia akan menukar segala kelazatan menjadi derita',..

4 sunnah yg aku menonton tanpa sengaja di tv n ada yg aku terbaca...rindu hati ini pada nabi..rindu sekali

1) bagaimana caranya nabi itu ke pasar
bicaranya nabi dari sekecil hal sehingga sebesarnya untuk mendidik ummah..nabi masuk ke pasar didahului dgn doa..agaknya g mana sikapnya kita pabila ke pasar..nabi itu ke pasar bergaul dengan penuh kesopanan.. nabi xsuka penjual yg melelong barangan dgn meninggikan suara...ada juga kisah nabi bersama abu hurairah..tatkala nabi membeli brg abuhurairah ingin bantu membawanya..tetapi nabi menolak katanya nabi biarlah yg membeli lebih afdhol membawa..jika diteliti nabilah sayyidul suq..tuan ptama yg memperkenalkjan pasar..penuh dgn peniaga yg beradab sopan..akhlaknya mulia.,,sungguh hari itu air mataku berderai...betapa sunnah itu ditinggalkan sehingga pasar jadi tempatnya penuh maksiat...mengapa mengaku cinta jika banyak yg dilakukan bukan sunnah..=(

2) nabi itu sukakan semua bermula dgn kanan
nabi masuk kerumah dgn kaki kanan,nabi mkn dgn kanan,nabi minum juga dgn tgn kanna, pkai bju juga mulakan dgn tgn kanan..SUBHANALLLAH...mengapa aku ini xtahu  mengambil keberkatan sunnah...sgalanya bermula kanan kecuali masuk ke tandas...nabi mahu semuanya dalam keadaan penuh kebaekAN..sama seperti membaca bismillah setiap kali mulakan pekerjaan kerna risau hilang berkahnya.. dan jgn sekali lupa mengambil sikap rahman nrohim dalm kalimah basmalah itu..benarlah keturunan nabi yakni ahlul bait..jika masuk kie rumah dgn kaki kiri mereka akn melompat keluar seperti nampak ular kerna hanya satu perkara iaitu menghidupkan SUNNAH..

3) nabi itu sagt sukakan kucing
SUBHANALLAH..ari ni ada org benci kucing,pijak kucing..takut dgn kucing..tatkala bubur saidatina a'isyah dimakan kucing..n dia membuang sedikit bekas jilatan nabi memberitahunya xperlu buang krna kucing xkotor..jika air dijilat kucing..nabi tetap menagmbil wudhuk dgnnya..sahabat nabi abu hurairah juga suka dgn kucing..ya Allah..bila dikaji saintis ya benar kucing itu bersih dri kuman..kerna itu dia xsuka dimandikan.,,kena air krana dlm air byk kuman..air liurnya mampu jdi penawar..ini bermakna cintanya nabi bukan hanya padaummat tapi pada haiwan juga xpernah berbelah bahagi..nah lihat saja akhlaknya terhadap binatang..Allah

4) nabi itu cintakan kanak-kanak
nabi jika jumpa kanak-kanak nabi peluk nabi cium pipi kanak-kanak..nabi mrh jika org dewasa mengajar menipu..nabi berlumba lari dgn kanak-kanak...jika diminta pukul kanak2 umornya 10thun jika xsolat..pukulannya tidaklah kuat..cukup sekadar sebesar batang kayu sugi..ya ALLAH..lembutnya nabi..halusnya akhlaknya...tatkala solat cucunya naik ke belakang..maka sujudnya nabi panjang hingga cucunya turun..tatkala menjamu buah kepada kanak2 baginda akn membaca doa pda buah tersebut agar jin yg suka menganggu kanak2  lari..tatkala cucnya nabi termkan  kurma zkat..dikoreknya dari mulut cucunya kerna itu bukan hak mereka yg berketurunan nabi..juga ingin aku katakan bahawa tatkala nabi menyatakan andai kata anakku fatmah mencuri maka tangannya akn ku potonhg..Allah..

Ya RAsulullah..Ya Habiballah..andai dlm hadis qudsi..Allah menyatakan dusta org yg mencintaiku sedangkan dia tidak bangun untuk qiam n merintih padaKU..begitu juga org yg mencintamu nabi..yakni aku tetapi akhlakku jauh tidak halus sepertimu..maafkan aku..aku masih dlm bimbingan murobbi..

ANDAI RASULULLAH SAW YG KITA CINTAI MAKA MARILAH KITA TURUTI AKHLAKNYA=)
                                                                   - FATTABIUNI -

yg membaca post ini..share n sebarkanlah...hanya satu pesanku..cintailah nabi sedalamnya..lama kelamaan satu persatu kejahilan,kekerasan,keegoan n akhlak buruk akan gugur seperti berguguran air mta kerinduan..hanya yg melalui keasyikan..merasainya...

**************************************

#iloveteachers


WL: enabcantiksangat

Thursday, September 8, 2011

love youth, love your country!

assalamualaikum.

something noble is never easy to do - Dato' Prof Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Vice Chancellor of UiTM.

hi friends! how do you do? well, i wish Selamat Hari Raya and happy birthday for those who celebrated. XOXO from me. :)


dear, what is the first thing comes to your mind when i said discipline? is it a teacher with "rotan"? or some races fighting? or just "pancitkan tayar cikgu tu"? how about self discipline? did you imagine about waking up late? or managing myself out? 

okay stop.

now let us see what is discipline all about. well, i said that a discipline is a routine that a human saw, did or heard everyday. well, i don't want to refer any Wiki's discipline definition. it just come along with my facts. that's all. in school, for example, students may lack of disciplines because they are exposed to too many negativity norms. as we could see, all medias like radios, tvs', newspapers, will brought these negativity right to their mind and poof! teenagers, they are more like fires, so the negativity will spreading in secs. don't be shocked, because, it is true hollywood stories

as an adults, it is our responsibility to help them. disciplinary is not about judging or punishing. it is about to educating youth. not to mention, teachers and parents should be together handling these matter. medias also. they should play a role with positive things. yayaya~ i know. it is your job to report all things that happened. but, you should know that your news is not only about dirty politics, and celebrities world, or even an abortion. it should be wider than that. my cousin takes journalism course, and yes, she did agree about all tabloids dirty games. political issues, abortions at some 'kampung', abortions between 'sekolah pondok' teenagers. it is all about money and ranking. not about the citizens, and most importantly it is not about YOU friends! write-lah something about that can motivating them. encouraging them. something that can bring positive and meaningful to them. it will helps, at least, decreasing discipline graph in Malaysia.

so lets help teachers, 'ringankan beban, berganding tangan'. :)


mesej komuniti ini disampaikan oleh saya, cik raja zainab. 

feel the passion, feel the care <3

#iloveteachers

WL: enabcantiksangat

Tuesday, May 17, 2011

mode : study

assalamualaikum.


hello peeps! well, i'm doing fine. just fine after going back from parit buntar. and starts to miss those beautiful angels.

ye. sekarang sedang bermodifikasi dengan beberapa bahan untuk diterjemahkan menjadi bahan penulisan saat peperiksaan. tak susah. asal baca, ulang baca, dan ulang baca. sesekali, peta minda dapat membantu untuk takrifan beberapa perkara yg mungkin tidak dapat diterjemahkan melalui pembacaan.

jadi. inilah dia. subjek taruhan untuk diperjuangkan sepanjang semester disini.


nama guru pelatih : Raja Zainab Bt Raja Muhaiyatdin
no matrik pelatih  : 20103013 xxxx
subjek dikenalpasti : EDU 3104, PJM 3108, PKE 3102
tarikh peperiksaan : 19 Mei, 24 Mei, 25 Mei


selamat berjaya.

WL: enabcantiksangat

Sunday, April 10, 2011

SOS

assalamualaikum.


since last night, i just read few ebook about some west east and Islam philosopher. i don't know why, but i think it is enough to say that Pendidikan Moral is really tough one. i thought, by choosing these subject as my minor, i can score it easier. but now, i am regret with what i chose. derrr...


okey. help me now. please.

WL: enabcantiksangat

Saturday, April 9, 2011

lapang sebelum sempit.

assalamualaikum.

it already written on Surah Al-Asr. so, friends, your precious moment currently wasted by your own reflection..


till my next post.

WL: enabcantiksangat

Thursday, March 10, 2011

erk? nak cuti mid term?

assalamualaikum.

aku saja nak berlagak. memang sifat. esok jumaat. petanda cuti sekolah bermula. dan aku bahagia.

itu je aku nak cakap. 


WL: enabcantiksangat

Saturday, February 26, 2011

progressing assignment.

assalamualaikum.

well, today i would like to spending most of my time at jusco, insyaAllah. so much things to buy and i have loads of assignments to be settled. so my first step, buying printer. i was like, 3 years in maktab, and this is my 3rd time i change my printer.

so, here we go, my progressing assignment.

PJM 3107 -  gimnastik. 65% done.
PJM 3108 -  outdoor. not yet start.
PJM 3109 -  football and netball. 35% done.
PKE 3102 -  keselamatan. 25% start.
EDU 3104 -  pendidikan. not even look at the question.
ELM 3101 -  moral. still finding the article.
WAJ 3114 -  waiting for BIG session, but overall, 15% start.
PBS           -  i have to looking back my previous attachment.

so sekarang, kewajaran untuk beli printer mmg dah layak. oke. sampai masa bicara lagi.

WL: enabcantiksangat

Monday, February 7, 2011

rajin pulak!

assalamualaikum.


"If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. We to, will not survive if we don’t respond to the radical way in which the world is changing"(Charles Handy (Hussein, 1993 : 223))

cukuplah kata-kata hikmat untuk hari ni.

teruskan usaha untuk berjaya!

WL: enabcantiksangat

Wednesday, January 26, 2011

jadual makan outdoor lesson.

assalamualaikum.

as i think before that my part as AJK MAKANAN for my outdoor class could be the best ever part i ever had. but now i should say, naaaa.. it never be better. nevvvv er!

you have to make sure all are healthy food and no can food allowed. my lecturer told that i have to never let them cooking something that might have high cholesterol. so how?

i also have to write some cooking standard operation procedure and manual for lecturers references in future. like a chef i guess.

p.s: no picture allowed for temporary. mine and wireless, never be best friend. sorry.

WL: enabcantiksangat

Friday, December 31, 2010

thank you Allah. Alhamdulillah.

assalamualaikum.

berdebar semalam. yelah. result dah boleh check. dah lama sebenarnya, cuma aku tak tau nak check macam mana. rupa-rupanya, kena call maktab. "sweet" kan?


aku takut. dan gelabah kuat-kuat. ambik nafas dalam-dalam. gagah tekan number guna hp encik bf.
*aku memang selalu takde kredit*

kali pertama, mamat kerja jabatan SUP tu suruh call lagi 10 minit.
pergh. cam payah je nak dapat reslut result.
aku tengok je jam kat laptop ni. bilalah nak 10 minit. 
tepat je 10 minit, aku call. 
semangat! kata mamat tu.
mestilah kan.. aku nak tau jugak apa effect kalau aku belajar 100%.
alhamdulillah. not bad. utk sem 2, aku almost dean.

erk? pelik eh nape aku kecoh sgt pasal result almost dean?
btw, kenapa aku bangga dengan diri aku?
sebab target aku tercapai. melepasi 3.4. 
tak cukup hebat?

hebatlah kalau nak dibandingkan dengan latar belakang aku tanpa ada asas renang, tanpa asas biologi untuk subjek anatomi dan belajar sendiri subjek motor learning yang kurang sumber.

oohh. bukannya 3.9? atau 4.0? gelabah je nak bangga?

sebab aku bersyukur sekurang-kurang aku cabar diri aku untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
dan aku berbangga sebab usaha awal dua bulan membuahkan hasil.

mcm aku cakap, aku bukannya ada asas semua tu kalau nak dibandingkan dengan classmates aku yang lain.
semuanya aku belajar sendiri. berlatih sendiri. 
Wikipedia dan about.com jadi kawan baik aku.
buku tak mampu nak beli. mahal. 
library pulak berat sebelah. kurang sumber untuk subjek-subjek aku.
bayangkanlah jerih payah aku nak dapatkan sedikit kejayaan.

aku berazam, sem 3 ni aku nak tingkatkan usaha ke 300%.
3.5 pulak target seterusnya.
khutub khanah jadi medan aku. 
insyaAllah.

thank you Allah. you always know best.

WL: enabcantiksangat

Saturday, December 18, 2010

keturunan batak.

Q: batak tu ape? 
A: batak tu salah satu jenis suku kaum kat indonesia. area sumatera utara.
Q: habis, kat malaysia takdelah ek?
A: aik? yang meloncat mekak kat ayza tadi tu ape?
Q: tu batak gak eh? kenapa?
A: entah. saje aku nak sebut.

ps 1: ade pengkaji kate orang batak ni kanibal. 
ps 2: batak bahasa aku kata org yg baru nak kenal dunia.
ps 3: aku pun batak gak. :)

WL: enabcantiksangat

Tuesday, December 14, 2010

bully chapter 1.

as salam semua. hari ni nab nak tulis sesuatu yang mungkin boleh jadi panduan kita semua. yelah. nab dapat idea ni pun masa tengok one episode of oprah winfrey show. berkaitan cyber bully. so, nab cuba cari maklumat mengenai buli ni secara mendalam, dan akan mengupasnya untuk memudahkan pembacaan korang semua.


apa itu buli?
buli merupakan tindakan seseorang mengasari seseorang lain yang lemah untuk menunjukkan kuasa dan kekuatannya. keadaan ini memaksa yang lemah akan tunduk dan menghormati yang kuat dan berkuasa. pembulian akan mewujudkan suasana yang kurang selesa dan tidak aman bagi seseorang yang dibuli.

siapa itu pembuli?
kebiasaannya, pembuli terdiri daripada orang yang lebih senior. memandangkan kes buli lebih berat di sekolah, maka pembuli terdiri daripada pelajar-pelajar senior. pembuli juga mempunyai anggota kumpulan yang ramai dan bertubuh sasa bagi meningkatkan kegerunan mangsa buli terhadap mereka. mengikut pakar, gejala buli ini dilakukan bagi memberi hiburan dalam kehidupan senior yang lebih bosan dan tertekan. pakar juga menyifatkan pembuli terdiri daripada golongan-golongan yang kreatif tetapi tidak tahu saluran yang betul.

siapa itu mangsa buli?
mangsa buli kebiasaannya terdiri daripada seorang pelajar yang bertubuh kecil. selalunya, mangsa buli kelihatan bersendirian dan tidak mempunyai kehidupan sosial yang baik. mangsa buli juga mungkin terdiri daripada pelajar baru dan pelajar yang kerap dipuji oleh guru. di negara luar seperti indonesia dan amerika, mangsa buli selalunya merupakan pelajar 'nerd' atau pelik dari yang lain.

mengapa pembuli membuli?
banyak sebab yang dapat dikenal pasti. antaranya,
- pengaruh rakan sebaya. disebabkan pembuli terdiri daripada sekumpulan pelajar, maka mereka akan cuba mempengaruhi sikap antara satu sama lain.
- pembuli juga mahu kelihatan popular dan dikenali dengan kekuasaan mereka.
- mereka memerlukan perhatian. sebilangan pembuli membuli untuk memperoleh perhatian daripada guru dan rakan sebaya terutama pelajar berlainan jantina.
- terdiri daripada seseorang yang tidak pandai mengawal emosi. pembuli kadang-kala merupakan seorang yang bersikap hiperaktif dan ini menyebabkan mereka tidak mengambil peduli perasaan orang lain.
- kebanyakan pembuli mempunyai rekod disiplin yang teruk dan tidak mengambil berat mengenai pelajaran.
- pembuli juga tidak senang dengan seseorang yang digelar teacher's pet, dan benci kepada sesiapa yang cuba menggunakan bahasa inggeris kerana dianggap sebagai berlagak.
- sebab lain ialah mereka bosan dengan sekolah, sengaja mahu menunjukkan kekuatan, tidak memahami perasaan mangsa buli atau pembuli pernah dibuli suatu ketika dahulu sebagai contoh, junior yang telah menjadi senior seperti yang berlaku di mana-mana sekolah asrama.

bersambung.....



WL:enabcantiksangat

Thursday, November 11, 2010

frust tak ingat!!!

post ini bukan ditaip dengan perasaan biasa.


nab bengang gila mati sebab soalan pasal urethra terpaksa tipu.

yela. semalam yakin je post pasal ni.
dah kat exam hall boleh pura-pura tak ingat.
damn betol. nasib x ingat yg first jer. 
kalau tiga-tiga, mau meroyan dalam tu jgk. (eleh, yg satu tu pun mampu je meroyan....)

keseluruhannya, Alhamdulillah. nab boleh jawab semua soalan. cumaaa........
tak tau betul ke tidak. hehehe....

korang mcm mana???



WL: enabcantiksangat

quick note from CSI Jenny.

bilangan tulang manusia dewasa - 206.
tulang terbahagi kepada 4 jenis iaitu tulang panjang (femur), tulang pendek (carpal, tarsal), tulang x sekata ( sakrum, koksil) dan tulang pipih (skapula, sternum).
3 susunan iaitu :
a) paksi longitunal
b) aksial (cranial --> koksil) (bhgn tgh bdn)
c) apendikular (pectoral girdles --> distal phalanges) (tepi bdn)

*******

fungsi sendi ada 4 :
artikulasi, pertemuan antara tulang, membenarkan pertumbuhan tulang dan membenarkan bdn bertindakbalas terhadap penguncupan otot rangka.
sendi terbahagi kepada 3 iaitu : 
i) sendi fibrous
ii) sendi kartilej (terdiri drpd kartilej)
iii) sendi sinovial ( pivot, saddle, soket, hinge)

*******

klasifikasi neuron system terdiri drpd neuron sensori (neuron aferen), interneuron dan neuron motor (neuron eferen).
neuron terdiri drpd 3 bahagian iaitu axon, dendrite dan nukleus.

*******

sistem urinari terdiri drpd kidney, ureter, pundi kencing dan urethra. (susunan dari atas ke bawah)
3 bahagian bagi urethra terdiri drpd :
i) prostatic urethra
ii) membranous urethra
iii) spongy (penile) urethra

*******

ciri paru-paru
a) lembut dan berongga
b) lebih kurang sekilo
c) kiri ada 2 lobus, kanan ada 3 lobus
d) byk aveolus utk pertukaran gas pernafasan.

fungsi respiratori
i) terima udara
ii) pertukaran gas O2 dgn CO2.

organ utama yg terlibat dlm sistem respiratori
i) farinks
ii) larinks
iii) trakea
iv) bronkiol

*******

ciri otot rangka ialah kebolehujaan, kebolehkuncupan, kebolehpanjangan, dan kebolehanjalan.


*******

kelenjar endokrin terdiri drpd kelenjar pituitari, kelenjar adrenal, kelenjar tiroid, pankreas dan gonad (kelenjar sex laki pompuan)
setiap drpd kelenjar ini merembeskan hormon tersendiri.


*******

imunisasi berkesan dalam mengawal penyakit.
kepentingan imunisasi ialah dpt elak jangkitan penyakit berjangkit yg serius, dpt elak berlakunya penularan epidemik atau wabak penyakit berjangkit, kurangkan kesakitan dan kesengsaraan pesakit dan keluarga, dpt membasmi penyakit spt polio dan neonatal tetanus, dpt kesan dan singkir bakteria sblm merebak dlm badan dan satu-satunya intervensi kesihatan yg kos-efektif.

amacam? ade bran nak jadi cikgu PJ? 


WL: enabcantiksangat