hearts

Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

Friday, December 28, 2012

# quote - It's Sayyidul Ayyam

Assalamualaikum w.b.t and greetings everyone!


today is Friday, lets preach togetherrr!!! Bismillahirrahmanirrahim.


Friday which also a Sayyidul Ayyam for Moslem. Sayyidul Ayyam means the head of days in a week. it is the best day for us (Moslem) to fill the day with zikr, side worships, and ask our Allah the best for our life indeed.

I read this on my friend's status, and would like to share with you.




so. Friends, what do you think??  Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah.


I also found this and it was like my alarm to repeat the deeds again and again.




say it friends!!!! let the spirit longlastingg!!!!


WL : enabcantiksangat

Tuesday, October 30, 2012

#3 luka semalam, pelangi hari ini.

assalamualaikum w.b.t and hello again.


alhamdulillah. masih dibekalkan nyawa secara semulajadi. titis-titis embun yang walauweh, memang mengancam sukma untuk tidur separuh hari. ada perkara hari ini. suatu kejadian yang amat tragis selepas beberapa hari.

kisah ini kisah seorang kawan. aku pinjamkan untuk jadi santapan nurani kawan-kawan yang aku sayang. sebab bagi aku, kalau tak diceritakan, aku akan lupa, dan sekali lagi, mudahnya Tuhan tinggalkan aku. :(


kisah ini bermula tak lama dahulu. tanggal 24 Oktober 2012. aku chill chill dengan kawan baik aku si mimosa di kajang. main boling straight 3 games walaupun bayar untuk 4 games. tak apelah. rejeki adik aku si azam join sekaki. naim dan aqil tak dapat join. cari tiket untuk aqil balik raya haji. *seddayhhh nak cari tiket last minute!* cerita diteruskan. dimaklumkan, seorang kawan aku ke putrajaya. menapak bersama-sama seorang sahabat lainnya di sana. tak kisahlah. life kau. kau yang tentukan kebahagiaan sendiri. tepat jam 2 pagi, aku dapat mesej ringkas, sangat urgent. minta along aku ambik dia di presint 11, putrajaya. aku bingung, dan terus tanya kenapa *dan pelik bila otak aku amat berfungsi waktu itu* aku ditinggalkan serumah dengan penagih, nab. please nab. selamatkan aku. begitulah bunyi urgent. aku jadi canggung. siapa lagi yg aku boleh harapkan selain daripada along sendiri. tapi, aku dan along ibarat minyak yang dituang ke api. tidak boleh segandingan.

seorang demi seorang. aku mula dengan naim. kemudian rakan sekerja Jusco aku dulu, nasrullah. lepastu aku macam malu, aku minta dia telefon Abg Akim. then barulah aku teringat, aku ada Beno. ye. Beno. tapi sayangnya, semua tiada kudrat untuk membantu sahabat aku. tak apalah. andai aku mempunyai anu, sudah lama aku berharap dengan diri sendiri. aku cuba untuk menghubungi polis mahupun JPA. tapi kawanku menghalang. lalu aku menyuruhnya duduk dalam toilet. ingat Allah akan sentiasa membantu. dan entah datang dari mana keberaniannya, dia melarikan diri dari rumah itu. dan duduk di dalam surau. aku mengucap syukur. aku harap ada insan yang akan membantunya. dan alhamdulillah, sahabat aku yang lain membantunya. terima kasih saviour. awak memang hebat!

esoknya. dugaan untuk dia diteruskan lagi. hai dik. kau diuji hebat, tanda Allah nak kau beriman! kau tak dapat peluang beraya dengan keluarga seperti biasa. sedih. nah lagu raya siti nurhaliza untuk kau..... sayuuuu, hati ini makin sayuuuuu.. rinduuu.. terkenangkannn desa permaiii... tak payah nak desa sangatt!! so hari diteruskan dengan senyum kelat. tak apa. tak apa. biasalah dugaan bas tambahan. bukan kau je, berlambak lagi manusia yang terdesak nak balik tak dapat balik. teringattt kisah raya versi Bernas tu. :)) so, kau masih bertuah. ingat tu.

dan hari ini. kau sekali lagi diuji. dan aku harap, kau bertabah. ungkapan letih dengan ujian bak jatuh ditimpa tangga tu, kau buangkan. ingat. luka semalam adalah untuk pelangi hari ini. lihat sesuatu lebih jelas. tak kisahlah kalau kau nak kata, cakap senang, susah nak buat. susah tu datang dari kita. kita kata susah, susahlah jadinya. kita cakap senang, senang jugaklah kita melepasinya. tak gcewww?


ye. aku gemar sangat menulis tanpa deco-deco yang mengindahkan pembacaan. so What? kau baca novel PTS tu takde pun gambar-gambar, so don't talk rubbish dengan aku. #eh emosi! kau yang baca, aku peduli apa???!

moral of the story : kisah dan tauladan aku kali ni lebih menjurus ke arah kepercayaan kepada Qada' dan Qadar. apapun yang terjadi, memang tersurat untuk diri kita. tak payah pertikai lagi. kurangkan ucap pertanyaan kenapa? tapi lebihkan ucap pertanyaan bagaimana untuk melepasi cobaan kali ini. insyaAllah. dipermudahkan oleh-Nya.

dan mood aku masih lagi mood ustazah.

till then, iloveyou.

WL : enabcantiksangat

Sunday, September 11, 2011

tatkala rindu menyinggah by dear Yani


so today, i just want to read and read. and for now, i wanna share something that i read from my dear friend's Yani, fb. 

**************************************

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..bingkisan nota ini khas buat rumateku Ana Zahidah..
dan semua yg merindui air telaga Rasulullah..
bukan niatku titipkan rasa ini untu menyatakan kehebtan atau kealimanku..
sekadar berkongsi rasa..
berada di singgah sana ini sungguh gembira bersama keluarga..
namun mujahadah sendirian amat menggoyahkan tanpa shbt2 yg soleh..
ingin aku luahkan tarbiyah yg aku peroleh sepanjang di rumah..
malas aku nk menulis tetapi insyaAllah ini juga pena dakwah..
membaca qasidah burdah..yg bermaksud..
' yah, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidurpun susah,begitulah sebenarnya cinta apabila telah bertapak di di dalam hati,ia akan menukar segala kelazatan menjadi derita',..

4 sunnah yg aku menonton tanpa sengaja di tv n ada yg aku terbaca...rindu hati ini pada nabi..rindu sekali

1) bagaimana caranya nabi itu ke pasar
bicaranya nabi dari sekecil hal sehingga sebesarnya untuk mendidik ummah..nabi masuk ke pasar didahului dgn doa..agaknya g mana sikapnya kita pabila ke pasar..nabi itu ke pasar bergaul dengan penuh kesopanan.. nabi xsuka penjual yg melelong barangan dgn meninggikan suara...ada juga kisah nabi bersama abu hurairah..tatkala nabi membeli brg abuhurairah ingin bantu membawanya..tetapi nabi menolak katanya nabi biarlah yg membeli lebih afdhol membawa..jika diteliti nabilah sayyidul suq..tuan ptama yg memperkenalkjan pasar..penuh dgn peniaga yg beradab sopan..akhlaknya mulia.,,sungguh hari itu air mataku berderai...betapa sunnah itu ditinggalkan sehingga pasar jadi tempatnya penuh maksiat...mengapa mengaku cinta jika banyak yg dilakukan bukan sunnah..=(

2) nabi itu sukakan semua bermula dgn kanan
nabi masuk kerumah dgn kaki kanan,nabi mkn dgn kanan,nabi minum juga dgn tgn kanna, pkai bju juga mulakan dgn tgn kanan..SUBHANALLLAH...mengapa aku ini xtahu  mengambil keberkatan sunnah...sgalanya bermula kanan kecuali masuk ke tandas...nabi mahu semuanya dalam keadaan penuh kebaekAN..sama seperti membaca bismillah setiap kali mulakan pekerjaan kerna risau hilang berkahnya.. dan jgn sekali lupa mengambil sikap rahman nrohim dalm kalimah basmalah itu..benarlah keturunan nabi yakni ahlul bait..jika masuk kie rumah dgn kaki kiri mereka akn melompat keluar seperti nampak ular kerna hanya satu perkara iaitu menghidupkan SUNNAH..

3) nabi itu sagt sukakan kucing
SUBHANALLAH..ari ni ada org benci kucing,pijak kucing..takut dgn kucing..tatkala bubur saidatina a'isyah dimakan kucing..n dia membuang sedikit bekas jilatan nabi memberitahunya xperlu buang krna kucing xkotor..jika air dijilat kucing..nabi tetap menagmbil wudhuk dgnnya..sahabat nabi abu hurairah juga suka dgn kucing..ya Allah..bila dikaji saintis ya benar kucing itu bersih dri kuman..kerna itu dia xsuka dimandikan.,,kena air krana dlm air byk kuman..air liurnya mampu jdi penawar..ini bermakna cintanya nabi bukan hanya padaummat tapi pada haiwan juga xpernah berbelah bahagi..nah lihat saja akhlaknya terhadap binatang..Allah

4) nabi itu cintakan kanak-kanak
nabi jika jumpa kanak-kanak nabi peluk nabi cium pipi kanak-kanak..nabi mrh jika org dewasa mengajar menipu..nabi berlumba lari dgn kanak-kanak...jika diminta pukul kanak2 umornya 10thun jika xsolat..pukulannya tidaklah kuat..cukup sekadar sebesar batang kayu sugi..ya ALLAH..lembutnya nabi..halusnya akhlaknya...tatkala solat cucunya naik ke belakang..maka sujudnya nabi panjang hingga cucunya turun..tatkala menjamu buah kepada kanak2 baginda akn membaca doa pda buah tersebut agar jin yg suka menganggu kanak2  lari..tatkala cucnya nabi termkan  kurma zkat..dikoreknya dari mulut cucunya kerna itu bukan hak mereka yg berketurunan nabi..juga ingin aku katakan bahawa tatkala nabi menyatakan andai kata anakku fatmah mencuri maka tangannya akn ku potonhg..Allah..

Ya RAsulullah..Ya Habiballah..andai dlm hadis qudsi..Allah menyatakan dusta org yg mencintaiku sedangkan dia tidak bangun untuk qiam n merintih padaKU..begitu juga org yg mencintamu nabi..yakni aku tetapi akhlakku jauh tidak halus sepertimu..maafkan aku..aku masih dlm bimbingan murobbi..

ANDAI RASULULLAH SAW YG KITA CINTAI MAKA MARILAH KITA TURUTI AKHLAKNYA=)
                                                                   - FATTABIUNI -

yg membaca post ini..share n sebarkanlah...hanya satu pesanku..cintailah nabi sedalamnya..lama kelamaan satu persatu kejahilan,kekerasan,keegoan n akhlak buruk akan gugur seperti berguguran air mta kerinduan..hanya yg melalui keasyikan..merasainya...

**************************************

#iloveteachers


WL: enabcantiksangat

Friday, July 22, 2011

i am used to..

i am used to.

be the best student.
be the better track and field athlete.
be my school best volley player.
be a good muslimah and great daughter.
and granddaughter.
be the best friend of anyone.
be the best encourage people.

but please read carefully.
it's all in past tense.
shows that it happen before.
and please Allah.
make it happen again, forever.
till i meet You in future.
:)



hye friends. hope you fine and in happy mode. :)

while i pick this topic, my mind keep telling me that please remember what did my past taught me. and please share with rest of my beloved friends and families.

this story was told by a friend of mine. and she wants me to share with my dearest.

"i'm used to be a very rebellious person. or student to be exact. my past life full with joy and sometimes i just forget what is God function if i can manage my own world. i did make friends with some of too good and too bad people. i know each of them. oh yes, bisexual is my life before. even my family doesn't know what happen in my teenage world. i've got numbers of boyfriends and girlfriends. my social life was really suck but by that time, i still feel that my world is my heaven. years past, then i heard my boyfriend car crushed and he died immediately. i just cried. past few month after my boyfriend died, rumors spreading about my girlfriend was kidnapped when she walks home. well, it still doesn't effect me. until one day, there's come a news that she wasn't kidnapped, but she had a ride with her boyfriend but she was burnt after that. police believed that it is about jealousy. her boyfriend cannot be tracked. then i've got some blackmailing telling that i am the next. i was afraid. i don't know what i am gonna do. i asked my dad,and  i did ask forgiven because of my tragic love between man and woman. my dad shocked and he told that he will try to help me. few days later, my dad sent me to kedah to stay with my uncle. for once, i feel totally saved. while staying my uncle place, his wife always ask me to accompany her to some religious occasions. well, at first i just followed because i'd promised to my dad that i will listen and be polite if i want to stay safe. after one occasion to another, i feel calm and started to learn how to pray. one day, my dad called and said that blackmailer was caught and he is my girlfriend's boyfriend. when my dad ask me to come back home, he was shocked. it's all because of i want to keep staying in village. years past, i did married. and i hope my past will be my best teacher on my way to grab happiness." (AM, 2009)


thanks my friend. experience always be our best teacher. and your experience also can be our teacher. 


p.s : just a simple reminder to me. again AM, i miss you sis. call me when you free. i still use that old number.

WL: enabcantiksangat

Sunday, June 26, 2011

kenapa masa itu emas?


<ketika subuh>
adik. bangun, solat. nak tunggu jam berapa baru nak bangun?
adik. cepatlah. ayah kena pergi hospital ni.
adik. turunkan ayah kat situ je. lepas tu adik carilah parking.

_________________________________________

assalamualaikum.

hai kawan-kawan. selamat hari Ahad. ingat, hari ni hari cuti. tapi esok dah mula kelas atau kerja macam biasa. dah prepare belum untuk esok. yelah. masa itukan emas. 


kenapa masa itu kita ibaratkan seperti emas?

pernah tak dengar pepatah masa itu duit? lebih kurang sama konteksnya. orang yang suka buang masa samalah dengan orang yang suka buang duitnya. oh. tak jugak. konteks kali ni lebih besar. orang yang suka buang masa akan menyebabkan kerugian lebih banyak. kita boleh lihat contoh restoran Cina yang buka seawal 5.30 pagi di kawasan kejiranan Cina macam tempat yang aku tinggal sekarang. i mean, Kajang. Penang pun sama je. Seremban pun ada. kenapa? sebab bagi mereka, wang adalah segalanya. jika kita tak pantas, atau membazir masa, kita akan rugi. dan lihatlah. ekonomi mereka lebih berjaya. dekat Kajang pun. kaum Melayu berebut buka gerai nasi lemak seawal 6.30 pagi. sebab apa? takut rugi. kalau lambat sikit, orang akan cari kedai lain yang lebih awal. 

dialog kat atas tu pulak jadi sendiri dekat aku. selalu kejadian waktu bangun subuh. kali ni aku nak seru kawan-kawan sebaya dan adik-adik remaja. bangunlah awal. solatlah awal. sebab kita tak tahu perkara akan datang. ayah aku selalu berpesan, 

"masa ni ibarat pesaing kita masa berlari. kita kena lari jauh tinggalkan masa. tapi kalau kita biar masa tu ngam-ngam atau dah tinggalkan kita, kita mesti rugi."

most student selalu cakap, aku jenis yang last minute. kalau last minute mesti jadi punya. truth is, ia takkan jadi sebaiknya. memang sesuatu itu akan terjadi. tetapi tak semestinya ia terbaik. kita perlu didik diri kita untuk sentiasa bersedia. dah siap satu kerja, prepare mental dan fizikal kita. mungkin ada perkara lain yang akan tiba secara tiba-tiba. kita tak tahu masa depan, bukan? sentiasalah bersedia. kejarlah masa. 

oh ya. jaga kesihatan sama. jangan terlalu bekerja sehingga stress. rehatkan minda sekali sekala. take five.


WL: enabcantiksangat

Thursday, April 28, 2011

sekejap je, boleh?

assalamualaikum.


nab nak pinjam 5 minit je pagi ni. baca tau.



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




:)


WL: enabcantiksangat

Monday, April 25, 2011

harus malu dgn diri sendiri.

assalamualaikum.


hye kawan-kawan. harap semua sihat.


aku tidur sepanjang hari ni. kurang sihat,itu yg pasti. alhamdulillah. masih bernyawa lagi. dan aku malu dengan diri sendiri.


semalam, ceramah agama dari dua orang anak murid guru agama dari Yaman datang maktab aku. masa dapat mesej dari naqibah usrah aku, aku excited. serius. dah lama aku tak hadiri majlis ilmu. aku pergi hantar barang-barang mia dan manis. dan terus berpotpet leka (dlm fb) tak habis.

malu.

ya. aku malu. dengan seniorku yang bukan Islam. hatinya kuat. biar ada saja yg menentang. tetap Islam yang dipegang. ceramah tu juga dia hadiri. bertelekung lengkap kata sahabatku. detik hatiku,"nab, kau patut rasa malu. kau lahir dah siap agama Islam, tapi bersikap angkuh dengan Tuhanmu. tiada manusia yang lebih malang dari kau kerana sikapmu itu."

konsert muzik malaysia.

syaitan ibarat bersorak sorai bila aku ditanyakan hal konsert itu. dan aku mengaku. sebahagian kecil hati aku nak sangat tengok konsert tu. bukan selalu. ya, syaitan terus bersorak gembira. seperti wujud keramaian disisi mereka. terus, memikir. terngiang-ngiang lagi di cuping aku, "nab, dia pun turun surau semalam. siap bertelekung. ekau ado?"

sentap.

aku terus menolak ajakan rakan aku untuk ke konsert. malu. itu perasaan pertama yang tergambar. aku malu dengan diri sendiri yang bersifat angkuh dengan Penciptaku. aku malu kerana bersikap acuh tak acuh dengan agamaku. dan, aku malu kerana aku terlalu bangga mengaku aku penganut agamaMu sedang aku sombong untuk menambah ilmu agamaMu.

aku tak mahu malu lagi. itu yang aku rasakan kini.

Ya Allah. suburkanlah cintaku padaMu kembali. tebarkanlah benih cinta dan sayangku hanya padaMu. hanya padaMu.


credit to her FB account.


p.s: terima kasih XUELI




WL: enabcantiksangat

Friday, April 22, 2011

istidraj.

assalamualaikum.

hai kawan-kawan! awak sihat tak? saya sihat jadi awak pun mesti sihat sama. :)

<mode kata nama : nab>

pernah dengar tak istidraj? tak pernah? pernah? nab pernah jadi awak semua mesti pernah. kan? tak apelah. kita bukak balik usrah setelah sekian lama cerita picisan. kan?

mari buka usrah kita dgn ummul kitab. al-fatihah.

daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." masyaAllah, sikit benar yang nab kongsikan dengan kawan-kawan tentang ilmu agama. kita sama-sama pelan-pelan kayuh, boleh?

apa itu istidraj? sejenis nikmat atau sekadar peringatan?

kawan-kawan, nab selalu pelik, tertanya-tanya masa zaman sekolah + UiTM dulu, kenapa si polan tu, bersosial sampai 2/3 pagi, sekadar solat depan mak ayah, tidur dalam kelas, tak tutup aurat, tapi masih,  result gempak, duit berkepuk-kepuk, siap boleh fly pergi US lah, Kanada lah, Aussies lah. nampak mudah je jalan diorang kan? lepas tu, ada pulak geng yang jenis solat wajib tak tinggal, yg sunat pun tak tinggal, patuh cakap mak ayah, suruhan Allah pun takut nak langgar, tapi still, result mcm hidup segan mati takmau, family susah, kais pagi mkn pagi je.

nab masih ingat, one of my friend menangis, teresak-esak depan nab masa kat Teknik Gombak dulu. bila ditanya kenapa, dia jawab, "aku sedih la nab. kau nampak kan usaha aku, siang malam aku tak tinggal mengaji, solat apatah lagi. study toksah ckp, kau pun boleh ceritakan? tapi kenapa aku masih dapat result yang mcm ni? kenapa Allah masih tak bagi aku peluang berjaya walau seketika?"
googleable.
subhanallah. masa tu nab terkebil-kebil. tak tahu nak cakap apa. nab cuma balas mcm ni, "astaghfirullah, awak tak fikir panjang ni. awak harus igt, Allah tu syg kita, sebab tu Allah bagi kita sekadar sahaja. takut kita lupa Dia. cuba awak fikir, kalau diberi awal-awal kejayaan tu, mungkin awak boleh lupakan Dia. tak mengaji dah. haa, sebab tu la Allah nak awak terus syg Dia, memuji-muji kebesaran Dia. biar dlm hati awak, cuma ada Dia. jgn cakap macam tu, sbb mcm awak tak bersyukur, nikmat yg Dia bagi kat awak mcm hidup, kenyang dan ada kawan mcm saya. awak nak Allah murka dengan awak semata-mata sebab awak tak bersyukur ke?" dia senyum, berhenti menangis. <kalau awak senyum mesti saya senyum sekali, kan? hehe:) >

nahh. selalu sangat perkara ni jadi. mesti ada. awak jangan tipu kalau awak taknak saya tipu awak sekali. HAHA. maaf. kembali serius.

perkara seperti di atas sering berlaku dalam kalangan kita. yang senang, terus senang. yang susah, sukar nak senang. kenapa perkara macam ni masih berlaku? yang lakukan maksiat, masih dapat apa yang dikehendaki dengan mudah. yang patuh perintah Tuhan, perlu berdoa siang dan malam untuk peroleh apa yang dikehendaki.

seperti yang tercatat dalam al-Quran, surah al-An'am ayat 44 - 45, "tatkala mereka melupakan peringatan yang disampaikan kepadanya, Kami membukakan pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga bilamana mereka bergembira dengan kesenangan yang mereka dapatkan itu, kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, serta merta mereka menjadi putus asa. maka orang-orang yang zalim itu habis dimusnahkan tanpa bersisa, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."
langit keinsafan. sumber: google jgk.
istidraj ialah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi). 


apa pulak diistidrajkan oleh Allah?


maksudnya, setiap kali manusia menambah atau memperbaharui salah mereka, maka Allah juga akan menambah atau memperbaharui nikmat yang Dia nak bagi pada mereka yang lalai ni. dan setiap kali tu jugak, Allah buat hambaNya yang lalai tu terus lupa nak mohon ampun atas dosa yang dia dah buat sambil Allah menarik secara perlahan-lahan nikmat tu dan Dia tidak menariknya secara mengejut.


manusia yang diistidrajkan oleh Allah ni merupakan golongan manusia yang lupa daratan. diorang ni ingat Allah syg kat diorang meskipun dosa dah menggunung diorang buat. sebab tu kalau kawan-kawan pernah tengok filem "aku masih dara" ada part yang sorang girl tu kata kat raja farah "eleh, kau tengok, mak ayah aku, tak pernah tinggal solat, tapi tak kaya-kaya pun. tak payahlah kau tiba-tiba nak jadi alim pulak." 


hey hey. peringatan ye. akhirat nanti, kita tak kenal sesiapa ye. jangan pulak kita leka dan kata macam neraka nanti boleh masuk sama-sama. 


ingat lagi tak kisah Firaun? dia adalah antara makhluk yang paling diistidrajkan oleh Allah. sampai berani mengaku diri dia Tuhan. yelah, Allah bagi dia nikmat tak pernah sakit, malah bersin pun tak pernah. tapi, bila sampai masa, Allah tarik nikmat dia sampai membinasakan diri dia sendiri.


ingat ya kawan-kawan, bukan kaya atau miskin tujuan kita di bumi ni. kita diturunkan ke bumi untuk mencari redha Illahi. jadilah khalifah seperti yang dituntut. jika kita ikhlas mengabdikan diri kita, insyaAllah, lama-kelamaan Allah tetap memberi apa yang kita ingini. mungkin tak banyak. tapi cukuplah sekadar yang Dia mahu.


kawan-kawan. nab rasa cukup setakat ini dulu untuk kali ni. insyaAllah, kalau panjang usia, kita mantapkan ilmu kita lagi. InsyaAllah.




WL: enabcantiksangat

Tuesday, March 8, 2011

dosa.terhapus.

kelmarin.. 
kau ada di situ.
menjalani dunia remaja penuh noda.
dosa pahala nampak sama tidak berbeza.
permaisuri dunia gah di mata mereka.
tersenyum kelat tiada.

kau tersanjung, kau dijunjung.
warna neraka tiada bahangnya.
di sebalik botol hijau jernih air.
sambil dirangkul erat oleh buaya berbuah dua.
kau masih mendabik dada berlurah.

aku duduk. hanya melihat.
menegur kau yang kurang sifat.
diam-diam aku mendoa.
agar hangat neraka kau tak rasa.
kerana sayang, itulah tanda.

terhapus dosa tatkala siang.
terkoma seketika bila dikenang.
kuasa Tuhan tiada tandingan.
semua sedar adanya khilaf.
dada dilindung tanda insaf.
rahmat Tuhan untuk umat sekalian.
XOXO semua kawan perempuan saya.


WL: enabcantiksangat

Monday, February 21, 2011

secrets behind.

assalamualaikum.

hari ni Isnin. ramai member fb luahkan kemalasan, keberatan untuk menghadapi hari Isnin ni. termasuklah aku. bila Isnin je, aku mesti fikir, "ahhh.. macam takde hari lain". tapi, kalau hari lain sebagai permulaan pun, tetap terima persepsi yang serupa. itu semua alasan. marahkan hari yang sebenarnya takde salah pun.

well, actually, hari ni, disebabkan aku tak suka hari Isnin ni, aku memulakan hari aku dengan membaca buku favorite aku. most of my book were about encouraging people to do best every moment. yelah, memang ada novels, but it just a least. tipulah aku tak baca yang romance and light reading kan.... but that's me. i don't tell neither families nor friends about my actual problems. to me, it just between me and Him. and my books just help me to find the right path.

i was doing lots of mistakes before, and it takes time to fix it back. and about Monday. i hate it because i don't have much rest on weekend. it just a feel. then, i read some phrase from my book that encourage me well.

"banyak perkara yang engkau hindari ternyata mendatangkan perkara yang engkau harapkan"


"jika anda berada pada pagi hari, janganlah anda menunggu datangnya petang hari"


"jangan pernah berputus asa kerana perubahan itu akan terjadi beransur-ansur. anda akan menghadapi banyak rintangan yang melemahkan semangat, maka jangan biarkan ia menguasai diri anda"


"sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah, kecuali hanya orang KAFIR"


"usirlah semua kesedihan dengan menyebut nama Allah yang bergantung padaNya segala sesuatu dan hindari serta jauhilah hawa nafsu yang melenakan"




in addition, i also read about secrets behind
first, the meaning.

la = no/neither/none/not
hawla = change/alteration/transformation/movement/motion
wa = and
la = no/not/neither/none
quwwata = strength/power/potency/force/might/vigor
illa = but/except/if not
bi = with/to/for/in/through/by means of
llah = Allah

in words, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah.

next, the miracle.

for those who least this word, my advice is practicing this word every day and your life will be better. 
1st case: argh nab, aku study cmna pun, lagu tu gak result. sembahyang pun cukup pa.
2nd case: aku tak paham la nab, duit aku cm ayaq. laju ja kuaq. henti pun sat sat ja. elaun bkn nak masuk full.

well friends, we should not give up with what happen in our life. 
in 1st case, once before, i was such a person yang bukan bagus manapun. then, my dad asked me, "adik, cepatnya solat? tak zikir istighfar ke?" but to me, it is enough by praying. my dad told me then, "nak berjaya bkn kena solat je. zikir, istighfar semuanya bantu kekurangan solat kita. kadang-kadang kita tak khusyuk, zikir istighfar tu yang tolong cover balik. amalan sunat walaupun kecil, nampak besar pada Allah." then i try it. though my SPM result pun tak bagus mana, but i still practicing it until i got my UiTM then Maktab for now. Alhamdulillah. it simply my way.

then, 2nd case. i was such a person who will use money for some reason. i don't like to shopping all time, but my saving still running like a pipe water. but then i read in my handy book, the writer told that we should be thankful and not easily give up with what happen. keep on zikr and Allah will open another gates for us to move on.

well, that's all for today sharing knowledges. usrah seterusnya aku bagitau lain. ingat! ingat Allah selalu, insyaAllah, Dia akan ingat kita jugak. jangan malas-malas. tak lama pun. 5 minit x 5 waktu solat dari 24jam. amalkan ye.

p.s : all quotes were cited from jangan bersedih : jadilah wanita paling bahagia, some on9 forum and from me.

WL: enabcantiksangat