tengok kiri, tengok kanan.
pusing belakang, ready depan.
satu-satu aku ucapkan.
takdelah kau jatuh memalukan.
cinta datang tak patah balik.
yang pergi-pergi tak usah nak sedih.
samalah jugak yang tak pernah berkasih.
ada ganjarannya untuk kau dik..
pakai seluar serupa cawat.
pakai baju yang ketat-ketat.
nak tayang body kau ke yang konon mampat.
lemak segalon kau nak banggakan?
dulu diam duduk tepi.
muka tak cantik tak sape sudi.
dah lawa sekarang semua kau nak bagi.
atas bawah semua kau kasi.
aku nasihat je.
tak niat nak kata apa.
kutuk itu sifat hina.
kan aku kata aku nasihat je.
:)
hearts
Showing posts with label sedih isu semasa. Show all posts

Thursday, June 30, 2011
aku nasihat je.
Tuesday, March 8, 2011
dosa.terhapus.
kelmarin..
kau ada di situ.
menjalani dunia remaja penuh noda.
dosa pahala nampak sama tidak berbeza.
permaisuri dunia gah di mata mereka.
tersenyum kelat tiada.
kau tersanjung, kau dijunjung.
warna neraka tiada bahangnya.
di sebalik botol hijau jernih air.
sambil dirangkul erat oleh buaya berbuah dua.
kau masih mendabik dada berlurah.
aku duduk. hanya melihat.
menegur kau yang kurang sifat.
diam-diam aku mendoa.
agar hangat neraka kau tak rasa.
kerana sayang, itulah tanda.
terhapus dosa tatkala siang.
terkoma seketika bila dikenang.
kuasa Tuhan tiada tandingan.
semua sedar adanya khilaf.
dada dilindung tanda insaf.
rahmat Tuhan untuk umat sekalian.
XOXO semua kawan perempuan saya.
WL: enabcantiksangat
Saturday, January 15, 2011
1Malaysia tu seMalaya la kan?
assalamualaikum.
kerenah politikus memenatkan jiwa aku yang tenat. aku hairan. kenapa harus agama dipolitikkan sedang politik itu sendiri harus berasaskan agama? ada hidup yang masih perlukan tindakan segera, bukan hanya menunggu bulan turun ke riba. tak sedar? masih?
ya, kau kan hebat. politikus mcm kau mana setanding aku yg hanya kuli menjilat-jilat. bodoh. bukan kau, tapi aku. sebab pilih kau untuk wakili kuli menjilat seperti aku.
hoi politikus, kau hebat kan? pergilah sign projek juta-juta konon bawak untung tu. or wakilkan je bini kau tu biar terus belanja duit kuli menjilat mcm aku ni. apelah sangat kan kalau nak dibandingkan untuk untung yang kau janjikan tu.
aku? takpe takpe. biar jelah aku tolong kempen untuk kau. kau kan ade projek juta-juta saham dunia tu. biar la aku tolong kau bereskan saham akhirat tu pulak. aku kan kuli yang hebat menjilat.
tapi JANJI TAU tiap kali puasa kau bawak masa depan ni shopping raya. tak salahkan kalau sikit dari untung kau aku buat belanja untuk main saham akhirat kau. senang kau weh. tak payah risau-risau.
wei kuli-kuli se-Malaya, teruskan kerja mengipas 24/7 kau tuh. jangan kira monteng je. kau ingat politikus hebat mcm beliau tak tau ke? sebab tu gaji kau tak barakat la ngai! tak reti mengipas politikus. makhluk kuli mcm kau ni tak patut wujud pon. harapkan padi Malaya, padi siam aku pilih.
encik politikus, aku nak kirim barang tiap kali kau pergi keluar masuk Malaya. biasalah. aku nak jgk kongsi-kongsi dengan masa depan. aku tak naklah brand-brand barat. kau baru balik dari kedai kedai pak arab kan? bawak balik tok sheikh la. biar masa depan ni jadi berguna banyak. baru boleh terus-terus vote politikus dan 40 orang konconya. kan? ,ye, tak payah lah kau puji aku melebih. dah memang tugas aku berkhidmat untuk politikus mcm kau supaya kekal disayangi. tak gitu?

cap:
bengang,
monolog,
sedih isu semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)