assalamualaikum w.b.t and hello again.
alhamdulillah. masih dibekalkan nyawa secara semulajadi. titis-titis embun yang walauweh, memang mengancam sukma untuk tidur separuh hari. ada perkara hari ini. suatu kejadian yang amat tragis selepas beberapa hari.
kisah ini kisah seorang kawan. aku pinjamkan untuk jadi santapan nurani kawan-kawan yang aku sayang. sebab bagi aku, kalau tak diceritakan, aku akan lupa, dan sekali lagi, mudahnya Tuhan tinggalkan aku. :(
kisah ini bermula tak lama dahulu. tanggal 24 Oktober 2012. aku chill chill dengan kawan baik aku si mimosa di kajang. main boling straight 3 games walaupun bayar untuk 4 games. tak apelah. rejeki adik aku si azam join sekaki. naim dan aqil tak dapat join. cari tiket untuk aqil balik raya haji. *seddayhhh nak cari tiket last minute!* cerita diteruskan. dimaklumkan, seorang kawan aku ke putrajaya. menapak bersama-sama seorang sahabat lainnya di sana. tak kisahlah. life kau. kau yang tentukan kebahagiaan sendiri. tepat jam 2 pagi, aku dapat mesej ringkas, sangat urgent. minta along aku ambik dia di presint 11, putrajaya. aku bingung, dan terus tanya kenapa *dan pelik bila otak aku amat berfungsi waktu itu* aku ditinggalkan serumah dengan penagih, nab. please nab. selamatkan aku. begitulah bunyi urgent. aku jadi canggung. siapa lagi yg aku boleh harapkan selain daripada along sendiri. tapi, aku dan along ibarat minyak yang dituang ke api. tidak boleh segandingan.
seorang demi seorang. aku mula dengan naim. kemudian rakan sekerja Jusco aku dulu, nasrullah. lepastu aku macam malu, aku minta dia telefon Abg Akim. then barulah aku teringat, aku ada Beno. ye. Beno. tapi sayangnya, semua tiada kudrat untuk membantu sahabat aku. tak apalah. andai aku mempunyai anu, sudah lama aku berharap dengan diri sendiri. aku cuba untuk menghubungi polis mahupun JPA. tapi kawanku menghalang. lalu aku menyuruhnya duduk dalam toilet. ingat Allah akan sentiasa membantu. dan entah datang dari mana keberaniannya, dia melarikan diri dari rumah itu. dan duduk di dalam surau. aku mengucap syukur. aku harap ada insan yang akan membantunya. dan alhamdulillah, sahabat aku yang lain membantunya. terima kasih saviour. awak memang hebat!
esoknya. dugaan untuk dia diteruskan lagi. hai dik. kau diuji hebat, tanda Allah nak kau beriman! kau tak dapat peluang beraya dengan keluarga seperti biasa. sedih. nah lagu raya siti nurhaliza untuk kau..... sayuuuu, hati ini makin sayuuuuu.. rinduuu.. terkenangkannn desa permaiii... tak payah nak desa sangatt!! so hari diteruskan dengan senyum kelat. tak apa. tak apa. biasalah dugaan bas tambahan. bukan kau je, berlambak lagi manusia yang terdesak nak balik tak dapat balik. teringattt kisah raya versi Bernas tu. :)) so, kau masih bertuah. ingat tu.
dan hari ini. kau sekali lagi diuji. dan aku harap, kau bertabah. ungkapan letih dengan ujian bak jatuh ditimpa tangga tu, kau buangkan. ingat. luka semalam adalah untuk pelangi hari ini. lihat sesuatu lebih jelas. tak kisahlah kalau kau nak kata, cakap senang, susah nak buat. susah tu datang dari kita. kita kata susah, susahlah jadinya. kita cakap senang, senang jugaklah kita melepasinya. tak gcewww?
ye. aku gemar sangat menulis tanpa deco-deco yang mengindahkan pembacaan. so What? kau baca novel PTS tu takde pun gambar-gambar, so don't talk rubbish dengan aku. #eh emosi! kau yang baca, aku peduli apa???!
moral of the story : kisah dan tauladan aku kali ni lebih menjurus ke arah kepercayaan kepada Qada' dan Qadar. apapun yang terjadi, memang tersurat untuk diri kita. tak payah pertikai lagi. kurangkan ucap pertanyaan kenapa? tapi lebihkan ucap pertanyaan bagaimana untuk melepasi cobaan kali ini. insyaAllah. dipermudahkan oleh-Nya.
dan mood aku masih lagi mood ustazah.
till then, iloveyou.
WL : enabcantiksangat
No comments:
Post a Comment