hearts

Wednesday, October 17, 2012

semata-mata untuk dia.

assalamualaikum w.b.t and hello readers!


ihsan gugel.

cerita 1.

saya dan dia bercinta hampir dua tahun. dia seorang yang manis. tidak kurang seperti saya. si dia juga keras hati, tidak pernah mengalah, walau hanya sekali. saya mencintai dia sepenuh hati. suatu hari, isu diungkit kembali. mengenai perihal kerjaya masa depan kami. saya memutuskan untuk dekat bersama famili kerana saya anak tunggal lelaki. dia masih tidak mahu mengalah, dan saya ambil keputusan untuk diamkan diri. salahkah tindakan saya?


cerita 2.
saya dan dia bercinta hampir 5 tahun. kami rakan sekelas, dan semua yakin pasti hubungan akan terus berkekalan. saya tidak mempunyai masalah dengan si dia, namun kadang-kala bingung dengan sikap si dia. dia sentiasa merasakan dirinya benar dan saya yang sering melakukan kesilapan sama. iya, saya akui. saya sentiasa mempunyai masalah lalai. tapi dia seharusnya menjadi pelengkap saya, bukan mencari salah semata. bagaimana harus saya katakan padanya?



berdasarkan dua cerita di atas (banyak lagi cerita, tapi aku malas nak fikir & reka), aku selalu merasakan dalam percintaan, memang perlu wujud pengorbanan, toleransi dan korelasi. tiada istilah kalah dalam bercinta. mesti wujud win-win situation. kita mudah merasakan selalunya kita yang bertindak sebagai kutub positif. persoalannya, benarkah begitu?

dia atau kita yang bersalah sebenarnya sama. bagaimana mungkin suatu kesilapan berlaku andai pelaku tidak membenarkan ianya berlaku? fikirkan sedalamnya.

aku melihat dan mendengar, semata-mata. untuk mengalaminya, perlukan masa. aku masih dalam situasi #ForeverAlone, cuma dalam konteks bercinta. kerana dlm persahabatan juga aku perlukan masa untuk menjaga hati semua.



mabruk untuk kawan-kawan yang bakal akhiri zaman bujang, tak kira korang sebaya, lebih tua, atau lebih muda dari aku. jaga suami / isteri sebaiknya. tak mungkin kita / dia sempurna segala, cukuplah kita / dia sempurna bila masing-masing saling menerima.


WL : enabcantiksangat












No comments: