hai kawan-kawan! awak sihat tak? saya sihat jadi awak pun mesti sihat sama. :)
<mode kata nama : nab>
pernah dengar tak istidraj? tak pernah? pernah? nab pernah jadi awak semua mesti pernah. kan? tak apelah. kita bukak balik usrah setelah sekian lama cerita picisan. kan?
mari buka usrah kita dgn ummul kitab. al-fatihah.
daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." masyaAllah, sikit benar yang nab kongsikan dengan kawan-kawan tentang ilmu agama. kita sama-sama pelan-pelan kayuh, boleh?
apa itu istidraj? sejenis nikmat atau sekadar peringatan?
kawan-kawan, nab selalu pelik, tertanya-tanya masa zaman sekolah + UiTM dulu, kenapa si polan tu, bersosial sampai 2/3 pagi, sekadar solat depan mak ayah, tidur dalam kelas, tak tutup aurat, tapi masih, result gempak, duit berkepuk-kepuk, siap boleh fly pergi US lah, Kanada lah, Aussies lah. nampak mudah je jalan diorang kan? lepas tu, ada pulak geng yang jenis solat wajib tak tinggal, yg sunat pun tak tinggal, patuh cakap mak ayah, suruhan Allah pun takut nak langgar, tapi still, result mcm hidup segan mati takmau, family susah, kais pagi mkn pagi je.
nab masih ingat, one of my friend menangis, teresak-esak depan nab masa kat Teknik Gombak dulu. bila ditanya kenapa, dia jawab, "aku sedih la nab. kau nampak kan usaha aku, siang malam aku tak tinggal mengaji, solat apatah lagi. study toksah ckp, kau pun boleh ceritakan? tapi kenapa aku masih dapat result yang mcm ni? kenapa Allah masih tak bagi aku peluang berjaya walau seketika?"
googleable. |
nahh. selalu sangat perkara ni jadi. mesti ada. awak jangan tipu kalau awak taknak saya tipu awak sekali. HAHA. maaf. kembali serius.
perkara seperti di atas sering berlaku dalam kalangan kita. yang senang, terus senang. yang susah, sukar nak senang. kenapa perkara macam ni masih berlaku? yang lakukan maksiat, masih dapat apa yang dikehendaki dengan mudah. yang patuh perintah Tuhan, perlu berdoa siang dan malam untuk peroleh apa yang dikehendaki.
seperti yang tercatat dalam al-Quran, surah al-An'am ayat 44 - 45, "tatkala mereka melupakan peringatan yang disampaikan kepadanya, Kami membukakan pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga bilamana mereka bergembira dengan kesenangan yang mereka dapatkan itu, kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, serta merta mereka menjadi putus asa. maka orang-orang yang zalim itu habis dimusnahkan tanpa bersisa, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam."
langit keinsafan. sumber: google jgk. |
apa pulak diistidrajkan oleh Allah?
maksudnya, setiap kali manusia menambah atau memperbaharui salah mereka, maka Allah juga akan menambah atau memperbaharui nikmat yang Dia nak bagi pada mereka yang lalai ni. dan setiap kali tu jugak, Allah buat hambaNya yang lalai tu terus lupa nak mohon ampun atas dosa yang dia dah buat sambil Allah menarik secara perlahan-lahan nikmat tu dan Dia tidak menariknya secara mengejut.
manusia yang diistidrajkan oleh Allah ni merupakan golongan manusia yang lupa daratan. diorang ni ingat Allah syg kat diorang meskipun dosa dah menggunung diorang buat. sebab tu kalau kawan-kawan pernah tengok filem "aku masih dara" ada part yang sorang girl tu kata kat raja farah "eleh, kau tengok, mak ayah aku, tak pernah tinggal solat, tapi tak kaya-kaya pun. tak payahlah kau tiba-tiba nak jadi alim pulak."
hey hey. peringatan ye. akhirat nanti, kita tak kenal sesiapa ye. jangan pulak kita leka dan kata macam neraka nanti boleh masuk sama-sama.
ingat lagi tak kisah Firaun? dia adalah antara makhluk yang paling diistidrajkan oleh Allah. sampai berani mengaku diri dia Tuhan. yelah, Allah bagi dia nikmat tak pernah sakit, malah bersin pun tak pernah. tapi, bila sampai masa, Allah tarik nikmat dia sampai membinasakan diri dia sendiri.
ingat ya kawan-kawan, bukan kaya atau miskin tujuan kita di bumi ni. kita diturunkan ke bumi untuk mencari redha Illahi. jadilah khalifah seperti yang dituntut. jika kita ikhlas mengabdikan diri kita, insyaAllah, lama-kelamaan Allah tetap memberi apa yang kita ingini. mungkin tak banyak. tapi cukuplah sekadar yang Dia mahu.
kawan-kawan. nab rasa cukup setakat ini dulu untuk kali ni. insyaAllah, kalau panjang usia, kita mantapkan ilmu kita lagi. InsyaAllah.
WL: enabcantiksangat
4 comments:
satu pesanan yang cantik dan bagus.
RA: terima kasih. :)
kak jenab pny post semua da ilmu. good2
pah: hee:) tak semua. merapu je selalu. btw, thanx singgah. xoxo
Post a Comment