hearts

Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

.kocak hati.



senyum sampai telinga.
Research entah sampai mana.
asyik teringat satu perkara.
sampai tidur jadi tak lena.


kocak hati saat ini.
mohon terus teguh iman dihati.
tidak terpengaruh dengan ilusi.
aku harap bukan sekadar mimpi, lagi.


terus kocak hati.
kocak sampai hati mati.
dan tolong jangan pergi.
aku selesa begini.


google. #LDR

Thursday, January 31, 2013

# aku tak kuatlah.

assalamualaikum w.b.t and hello guys.


tadi tidur kejap
konon nak hilangkan letih separuh hari mengajar.
rumet aku balik, cerita.
dia jumpa Mat time dia pi dekat Ang Ang.
but then, Mat tanya, siapa lagi bawah Ang Ang.
pelik.
korang meeting dari tahun lepas tu, takkan sampai sudah tak tahu aku bawah Ang Ang.
konon menduga? pura-pura.
bila dia dapat tahu aku bawah Ang Ang, dia bagi amaran.
serta-merta.

hati-hati dengan Enab. (sumber google)



terima kasih Allah.
sebab bagi aku peluang untuk bangkit dari rebah.
sebab bagi aku sebab untuk bangun.
sebab bagi aku kekuatan untuk hadap segala tohmah.
kerana aku tahu aku tak kuat. 
hanya serah pada Kau, itu yang aku buat.

Allah Maha Besar. 
Dia saja tahu tiap butir perkara.
dan aku akan terus percaya.
bahawa Engkaulah punca rezekiku bermula.


Love, RZ

Sunday, January 22, 2012

we're still happy and please pray.

assalamualaikum w.b.t. and happy CNY to all dragons! :)


i miss my old days. w/ friends. school friend, precisely. i miss the moment we skipped classes, the moment when the rain start fallen. everything. i don't have any close friend since then. everyone change as the world starts the engine. lotsa classes for future. deep in my heart, i want to get back in school, not as a teacher, as a student.

technologies do help, but the real thing is, we had no more face-to-face and heart-to-heart talk since everyone getting busy w/ life. and for now, i did enjoy my maktab life, but seriously it different from old days.


to nazihah, diba, umi, cima, nanaz, oyin, ruhaya. i really miss you guys!

notakaki: geng nasik goreng jenab! bila nak makan besar weh?!!!!



WL: enabcantiksangat

Tuesday, October 11, 2011

senyum 4.18AM

assalamualaikum.



today is Tuesday. dan aku nak ucap greeting paling cliche' yg pernah aku ada, hi friends!


aku ditemani kole kopi berasap jenama TUAH kegemaran. sarapan pagi yang ringan untuk aku hadap sebelum mulakan kelas. gulp. seteguk. dua teguk. pahit. sengaja aku buat pahit. 'takut potong kaki' bisik aku semasa mencedok gula. teguk kali ketiga. fin.

bulan oktober banyak memberi kesan positif dan negatif dalam kehidupan seharian aku. tup-tap, dah hampir setahun aku menconteng post di sini. tidaklah hebat jika dibandingkan dengan orang yang dah lama berkecimpung dengan dunia menconteng entry. dan aku harap tulisan yang teramat picisan aku ini diterima segelintir pihak. kenapa segelintir? biarlah. ada gula ada garam, banyak orang banyak ragam. aku tidak boleh memuaskan hati semua pihak. siapa aku?

ya. siapa aku?

aku kerap menconteng dua ayat itu. siapa aku? aku masih orang yang sama cuma berbeza watak sedikit dari fana. aku dilihat amat tidak matang kira kau pernah jumpa aku di mana-mana. tapi tidak bila di sini. aku lebih serius dari perkara yang serius. dan aku serius.


4.18AM.

aku tersedar dari mimpi. mimpi seorang sahabat yang jumaat ini genap setahun meninggalkan aku dan semua insan yang mengenalinya. sahabat yang sentiasa senyum dan bercanda gembira. aku tidak begitu mengenalinya. tapi cukuplah aku pernah meluang masa bersamanya seketika. dan pemergiannya adalah sesuatu yang amat menyentap jiwa. tapi jam 4.18AM tadi benar-benar menghilangkan rindu yang lama. seakan mengerti apa yang aku rasa, dia datang beri senyum dan aku kembali gembira. terima kasih kawan. walau kau jauh, kau masih datang tanda setia. terima kasih.

kenangan gamelan 2009

al-fatihah buat Allahyarham Ahmad Syamil Bin Basri.